Bahasa Karelia Olonets

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Karelia Olonets (Bahasa Karelia Timur, Livvi) merupakan sejenis Bahasa Karelia yang dituturkan oleh Orang Karelia Olonets, secara turun-temurun tinggal di kawasan antara tasik Ladoga dan tasik Onega, utara Sungai Svir. Nama ini berkaitan dengan Sungai Olonka. Sebelum Perang Dunia II, bahasa ini dituturkan di kedua-dua Rusia dan Finland, di bahagian tertimur Karelia Finland. Selepas Finland dipaksa menyerahkan bahagian besar Karelia kepada KRSS selepas peperangan, orang Karelia Olonets Finland ditetapkan semula di Finland. Walaupun kini masih terdapat penutur ibunda Bahasa Karelia Olonets tinggal berselerak di Finland, tetapi semua kawasan di mana Orang Karelia Olonets mengekalkannya sebagai sebuah bahasa komuniti terdapat di Rusia.

Bahasa ini kekal lama tidak terpengaruh oleh Bahasa Rusia, walaupun terdapat kemasukan Orang Rusia diikuti oleh pengasasan Saint Petersburg pada tahun 1703.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]