Bahasa Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Rusia
русский язык russkiy yazyk
asli ke Rusia, bekas republik Soviet, Israel, Svalbard dan AS.
asli penutur bahasa primer: kira-kira 145 juta
bahasa sekunder: 110 juta (1999 WA, 2000 WCD)  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Sistem penulisan Huruf Cyrillic
status rasmi
Bahasa rasmi di Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Crimea, Abkhazia, Ossetia Selatan, Transnistria, dan Gagauzia.
Dikawal oleh Akademi Sains Rusia
kod bahasa
ISO 639-1 ru
ISO 639-2 rus
[[File:
RussianLanguageMap.png
Negara di mana bahasa Rusia dituturkan.
|300px]]

Bahasa Rusia (русский язык russkiy yazyk) merupakan bahasa Slavik yang paling ramai penutur.Ia merupakan bahasa yang paling besar serakan secara geografinya di Eurasia, paling ramai penutur di kalangan bahasa-bahasa Slav.

Bahasa Rusia tergolong di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Berada di dalam kalangan keluarga bahasa Slav, bahasa Rusia merupakan salah satu daripada tiga ahli kumpulan Slav timur yang masih wujud, yang lainnya adalah Belarus dan Ukrainian.

Contoh-contoh tertulis Slavonic timur adalah didapati daripada abad ke-10 dan selepasnya. Manakala bahasa Rusia mengekalkan kebanyakan struktur sintetic-infleksional Slavonic timurnya dan satu perkataan dasar Slavonic yang biasa, bahasa Rusia yang moden mempamerkan satu stok pinjaman perbendaharan antarabangsa bagi politik, sains, dan teknologi. Satu bahasa yang mempunyai kepentingan politik yang besar dalam abad ke-20, bahasa Rusia telah menjadi salah satu bahasa rasmi PBB.

Pengkelasan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Rusia merupakan satu bahasa Slav dalam keluarga Indo-Eropah. Daripada pandangan daripada bahasa percakapan, hubungan yang terdekat adalah bahasa Ukraine dan bahasa Belarusian, dua bahasa kebangsaan yang lain dalam kumpulan Slav timur. (Ada orang akademik juga mempertimbangkan Rusyn satu bahasa Slav timur; yang lain mempertimbangkan Rusyn sebagai sebuah dialek.) Dalam banyak tempat di Ukraine dan Belarus, bahasa-bahasa ini dituturkan secara berubah-ubah, dan dalam keadaan tertentu , bilinguisme menghasilkan percampuran bahasa, e.g. Surzhik dalam Ukraine timur dan Trasianka diBelarus.

Suatu dialek Novgorod tua dalam bahasa Slav timur, walaupun telah hilang semasa abad kelima belas atau keenam belas, kadangkala dianggap sebagai memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan bahasa Rusia moden. Bahasa yang paling rapat seterusnya adalah bahasa-bahasa Slav barat, khasnya bahasa Polish dan Slovak; selepasnya adalah Bahasa Slav selatan, tetapi khususnya Bulgarian mempunyai tatabahasa yang berbeza.[petikan diperlukan]

Tatabahasa (terutamanya perkataan abstrak dan bersastera), prinsip-prinsip pembentukan perkataan, dan, sehingga satu peringkat, gaya sastera dan infleksi bahasa Rusia juga dipengaruhi oleh Slavonik Gereja, satu betuk bahasa Slav Selatan yang dibangunkan dan sebahagian digunakan oleh Gereja Ortodoks Rusia. Bagaimana, prmbentukan Slav timur telah cenderung untuk digunakan secara ekslusif di dalam pelbagai dialek yang mengalami penurunan yang cepat. Di dalam beberapa kes, kedua-dua Slavik Timur dan betuk-bentuk Gereja Slavonik adalah di dalam kegunaan, dengan makna-makna berbeza. Untuk lebih terperinci, sila lihat fonologi bahasa Rusia dan sejarah bahasa Rusia.

Fonologi bahasa Rusia dan sintaksis (terutamanya di dalam dialek utara) juga telah dipengaruhi hingga ke satu peringkat oleh beberapa bahasa Fin dari subkeluarga Finno-Ugrik: Merya, Moksha, Muromian, bahasa Meshchera, Veps, dan lain-lain. Bahasa-bahasa ini, beberapa daripadanya sekarang ini sudah pupus, telah dituturkan di dalam kawasan tengah dan utara apa yang dikatakan sebagai bahagian Eropah di Rusia. Mereka telah datang untuk berhubung denganThey came in contact with Eastern Slav timur sejauh paling lama pada awal Zaman Pertengahan dan seterusnya berperanan sebagai substratum bagi bahasa Rusia moden. Dialek Rusia utara, timur laut dan Moscow barat laut mempunyai sebilangan perkataan asal Finno-Ugrik.[1][2] Hingga berabad-abad lamanya, gaya tatabahasa dan sastera sudah dipengaruhi oleh bahasa Eropah barat dan tengah seperti Polish, Latin, Belanda, Jerman, Perancis, dan bahasa Inggeris.[3]

Merujuk kepada Defense Language Institute di Monterey, California, bahasa Rusia ini diklasifikasikan sebagai bahasa paras III dalam terma kesusahan pembelajaran bagi penutur tempatan berbahasa Inggeris,[4] yang memerlukan kira-kira 780 jam untuk mendapat kefasihan pertengahan. Ia juga dirujuk sebagai satu "sasaran sukar/hard target" oleh United States Intelligence Community, kerana kesukaran untuk menguasainya untuk penutur bahasa Inggeris dan peranan kritikal di dalam dasar dunia Amerika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Academic credit". Вопросы языкознания. – М., № 5. – С. 18–28. 1982. http://www.philology.ru/linguistics2/filin-82.htm. Capaian 2006-04-29. 
  2. "Academic credit". Прибалтийско-финский компонент в русском слове. http://www.ksu.ru/f10/publications/konf/articles_1_1.php?id=5&num=17000000. Capaian 2006-04-29. 
  3. "Encyclopaedia Britannica 1911". http://www.1911encyclopedia.org/Russian_Language. 
  4. "Academic credit". Defense Language Institute Foreign Language Center. http://www.dliflc.edu/academics/academic_affairs/dli_catalog/acadcred.htm. Capaian 2006-04-20. 
Wikipedia
Wikipedia Bahasa Rusia, ensiklopedia bebas