Bahasa Orang Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Orang Laut ialah sejenis bahasa yang dituturkan oleh kaum Orang Laut. Bahasa ini tergolong dalam kumpulan bahasa-bahasa Nusantara, salah satu cabang dari rumpun bahasa Austronesia. Bahasa Orang Laut mirip dengan bahasa Melayu.

Terdapat pelbagai jenis loghat bahasa yang dikategorikan sebagai bahasa Orang Laut. Antaranya ialah loghat Orang Mantang, loghat Orang Tambus, loghat Orang Seletar, loghat Orang Kuala dan loghat Orang Kanaq.