Nusantara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Konsep asal Nusantara

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa  (pulau) dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Indonesia yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.

Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.


Bahasa dan kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu). Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan karena penamaan bahasa Indonesia mengikuti "Sumpah Pemuda tahun 1928".

Seribu tahun dahulu, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi asli. Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan kedudukannya di sini.

Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama. Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan di kalangan orang Melayu di Singapura, serta juga di Mindanao dan kawasan Filipina selatan, manakala agama Katolik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor Timur. Di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut agama Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhab, bersama-sama orang Hindu. Agama Hindu ialah agama utama di Pulau Bali.

Konsep Nusantara[sunting | sunting sumber]

Istilah "Nusantara" boleh merujuk kepada perkara-perkara yang berlainan, bergantung kepada konteksnya.

Nusantara sebagai Konsep Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Digunakan dalam konteks kebudayaan, istilah "Nusantara" secara amnya merangkumi pulau-pulau Asia Tenggara dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang bahasa-bahasa Melayu-Polinesia serta budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama. Dari sudut pandangan ini, Malaysia (termasuk tanah besar Malaysia), Filipina, dan pulau-pulau negara Indonesia (kecuali New Guinea), kesemuanya termasuk dalam konsep Nusantara. Secara linguistik, konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-pulau Taiwan dan Madagascar kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini juga merupakan sebahagian bahasa Austronesia.

Kerajaan-kerajaan Jawa[sunting | sunting sumber]

Menurut kitab Pararaton, Gajah Mada menyatakan dalam Sumpah Palapa: Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukita palapa, sira Gajah Mada : Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, Hujung Medini (Semenanjung), samana ingsun amukti palapa.

Terjemahan: Beliau, Gajah Mada sebagai Patih (=Perdana Menteri) menyatakan dia akan terus berpuasa dari "palapa" (rempah-ratus dan buah-buahan). Gajah Mada berkata: Jika aku telah menguasai Nusantara (=pulau-pulau sekitar), baru aku akan berhenti berpuasa. Bila aku telah menguasai Gurun, Seram, Tanjungpura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, maka aku akan berhenti berpuasa.

Kitab Negarakertagama mencantumkan wilayah-wilayah "Nusantara", yang pada masa sekarang dapat dikatakan merangkumi sebahagian besar wilayah modern Indonesia (Sumatra, Kalimantan, Nusa Tenggara, sebahagian Sulawesi dan pulau-pulau di sekitarnya, sebahagian Kepulauan Maluku, dan Papua Barat) ditambah wilayah Malaysia, Singapura, Brunei dan sebagian kecil Filipina bahagian selatan.

Secara morfologi, kata ini adalah kata majemuk yang diambil dari bahasa Jawa Kuna|Sanskrit nusa ("pulau") dan antara ("gugusan"). Sedangkan Nuswantara berasal dari kata nusa ("bangsa-bangsa") swa (yang "mandiri/merdeka") anta ("suci/ anak dari dewa/ keturunan mulia") dan tara ("kesatria kebenaran").

Di bawah Kerajaan-kerajaan Jawa, istilah "Nusantara" ialah istilah yang paling luas antara tiga istilah yang digunakan untuk menghuraikan lingkungan pengaruh raja-raja Jawa:

  • "Negara Agung"' digunakan untuk menghuraikan kawasan di sekitar ibu kota yang tertakluk kepada pengaruh raja secara langsung;
  • "Mancanegara" digunakan untuk kawasan-kawasan yang budayanya adalah serupa dengan kebudayaan Jawa, tetapi terletak di luar lingkungan pengaruh langsung raja. Ia umumnya termasuk pulau-pulau Madura, Bali, dan mungkin juga Lampung dan Palembang.
  • "Nusantara" ialah kawasan di luar pengaruh kebudayaan Jawa tetapi masih dituntut oleh raja-raja Jawa sebagai tanah jajahan mereka, dengan raja kawasan-kawasan tersebut diperlukan membayar ufti kepada raja Jawa.

Penggunaan moden[sunting | sunting sumber]

Walaupun istilah "Nusantara" sememangnya digunakan untuk merujuk kepada wilayah-wilayah Indonesia, istilah ini secara amnya kini dipergunakan dengan erti kata yang sebenarnya dari segi konsep kebudayaan yang dihuraikan di atas.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]