Bahasa Tok Pisin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tok Pisin
asli ke Papua New Guinea
asli penutur 5-6 juta;
~ 1 juta penutur asli  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Bahasa Kreol
status rasmi
Bahasa rasmi di Papua New Guinea
kod bahasa
ISO 639-2 tpi
ISO 639-3 tpi

Tok Pisin merupakan sebuah bahasa rasmi Papua New Guinea. Bahasa ini termasuk dalam golongan bahasa kreol dan berdasarkan bahasa Inggeris. Perkataan Tok Pisin berasal daripada perkataan Inggeris talk ('berbicara') dan pidgin ('bahasa pijin').

Kosa kata Tok Pisin untuk 5/6 bahagian berasal daripada bahasa-bahasa Indo-Eropah sedangkan 1/6 lainnya datang terutamanya daripada bahasa-bahasa Austronesia.

Nama[sunting | sunting sumber]

Perkataan Tok ialah terbitan daripada perkataan Inggeris talk (cakap, bicara), akan tetapi ia mempunyai kegunaan yang lebih luas dan boleh bermaksud "kata", "percakapan", atau "bahasa". Pisin pula datang daripada perkataan Inggeris pidgin.

Kendatipun bahasa Tok Pisin lazimnya disebut dengan nama ini, ia juga disebut—mahupun jarang— dengan panggilan New Guinea Pidgin[1] atau, dalam konteks akademik, Pijin Melanesia,[2] Inggeris Pijin Melanesia atau Neo-Melanesian.

Penggunaan nama Tok Pisin digemari para ahli linguistik kerana nama itu dapat mengelakkan salah tanggapan bahawa bahasa Tok Pisin masih sebuah bahasa pijin. Mahupun pada satu masa dahulu ia merupakan bahasa pijin, bahasa Tok Pisin sekarang dianggap sebagai bahasa tersendiri oleh sebab ia merupakan bahsa pertama buat ramai orang dan bukan setakat bahasa lingua franca bagi memudahkan perhubungan antara penutur bahasa-bahasa berbeza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. E.g. Nupela Testamen bilong Bikpela Jisas Kraist, 1969.
  2. Eg F. Mihalic SVD, The Jacaranda Dictionary and Grammar of Melanesian Pidgin, Milton, QLD, Australia: Jacaranda Press Pty Ltd, 1971.
Wikipedia
Wikipedia Bahasa Tok Pisin, ensiklopedia bebas