Bahasa Yunani Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Yunani Lama ialah bahasa Yunani yang dituturkan dari Zaman Baharian Lewat (s. 400 TM) hingga s. 1500. Bahasa Yunani yang dituturkan pada zaman ini biasanya dibahagikan kepada:

  • Bahasa Yunani Lewat (s. 400 – s. 800 TM)
  • Bahasa Yunani Zaman Pertengahan (s. 800 – s. 1500)

"Bahasa Yunani Lama" (OG) juga istilah teknikal untuk terjemahan Yunani awal[1] bagi Alkitab Ibrani[2] untuk kitab-kitab selain Pentateukh. [3]

Bahasa Yunani Lama juga boleh mencakupi zaman sebelumnya, zaman Yunani Koine—juga dipanggil "loghat basahan" atau "loghat Iskandariah", bahasa "Attik basahan" atau bahasa "Yunani Hellenistik"—dialek yang dituturkan sebagai bahasa serantau sepanjang pasca-zaman Baharian Klasik (s. 300 SM – 300 TM).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Para penterjemahnya menggunakan satu bentuk bahasa Yunani Koine.
  2. ^ Oleh itu, kitab-kitab—atau sebahagian kitab—yang tidak ada dalam Alkitab Ibrani bukan sebahagian daripada Alkitab Yunani Lama, walaupun ia akhirnya dikira sebahagian daripada Septuaginta.
  3. ^ Kraft, Robert A. (1976). "B. Earlier Greek versions ("Old Greek")". Dalam Crim, Keith (penyunting). The Interpreter's Dictionary of the Bible. Supplementary Volume. Abingdon Press. m/s. 811. ISBN 9780687192694. "Seawal abad ke-2 TM, "Septuaginta" adalah istilah umum untuk himpunan kitab-kitab Yahudi oleh orang Kristian [...] Istilah ini masih biasa digunakan hari ini tetapi boleh mengelirukan [...] Disebabkan himpunan-himpunan ini tidak semuanya sama terjemahannya [...], lebih tepat kalau membincangkan versi Yunani paling lama bagi setiap bahagian/kitab, yang dalam Pentateukh adalah LXX yang sebenar. "Mungkin lebih baik terjemahan asal kitab-kitab selain kitab Pentateukh dipanggil versi bahasa Yunani Lama untuk membezakannya daripada terjemahan asal Pentateuck dan daripada semakan kemudian dan terjemahan-terjemahan baru. (apabila merujuk semua terjemahan-terjemahan awal Alkitab Ibrani, sesetengah sarjana lebih suka menggabungkan singkatan "LXX/OG" untuk selalu mengingatkan yang korpus itu bersifat pelbagai.) Jobes, Karen H. & Silva, Moisés (2000). Invitation to the Septuagint. Paternoster Press / Baker Academic. m/s. 32. ISBN 1-84227-061-3.