Bahasa lembaran gaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa lembaran gaya atau bahasa gaya ialah bahasa komputer yang mengungkapkan persembahan bagi sesebuah dokumen berstruktur. Kandungan dokumen berstruktur boleh diguna semula dalam pelbagai konteks dan dipersembahkan dalam pelbagai cara. Lembaran gaya berbeza boleh dilampirkan kepada struktur logik bagi menghasilkan persembahan berlainan.

Salah satu bahasa helaian gaya moden yang diguna meluas ialah Lembaran Gaya Lata. Ia digunakan untuk menggayakan dokumn yang ditulis dalam HTML, XHTML, SVG, XUL, dan lain-lain bahasa penanda.

Demi mempersembahkan kandungan dalam dokumen berstruktur, satu set aturan gaya – memerikan, contohnya, warna, fon, dan bentangan – perlu dipakai. Sekumpulan aturan gaya ini disebut lembaran gaya.