Bahasa komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa komputer ialah istilah alternatif yang lebih ramah untuk istilah bahasa pengaturcaraan yang lebih biasa digunakan. Walaupun demikian, sesetengah penulis mengehadkan istilah "bahasa pengaturcaraan" kepada bahasa-bahasa yang boleh menyatakan semua algoritma yang mungkin,[1] manakala yang lain kekadang menggunakan istilah "bahasa komputer" untuk bahasa-bahasa buatan yang lebih terbatas. Umpamanya, HTML dianggap sebagai bahasa markap serta juga bahasa komputer tetapi secara tradisi, tidak dianggap sebagai bahasa pengaturcaraan.

Jenis bahasa komputer[sunting | sunting sumber]

Bahasa peringkat rendah[sunting | sunting sumber]

Bahasa komputer jenis ini adalah bahasa komputer yang tidak dapat difahami oleh manusia tetapi boleh difahami oleh komputer. Contohnya bahasa mesin (machine code) mempunyai arahan-arahan dalam bentuk bit yang sukar untuk difahami manusia.

Fungsi bahasa ini ialah menghantarkan signal bit melalui get logik, dan seterusnya mengawal input dan output perkakasan.

Bahasa peringkat tinggi[sunting | sunting sumber]

Bahasa komputer jenis ini adalah bahasa yang boleh difahami oleh manusia tetapi tidak oleh komputer. Ia dicipta untuk memudahkan kerja-kerja mengaturcara. Oleh sebab ia tidak difahami oleh komputer maka ia akan diterjemah kepada bahasa tahap rendah untuk dibaca oleh komputer dengan bantuan penyusun atau pentafsir. Selalunya ia adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris yang disingkatkan ataupun diubah suai.

Kebanyakan perisian moden ditulis dalam Bahasa Peringkat Tinggi lalu disusun menjadi kod perhimpunan, dan kemudiannya ditafsirkan menjadi arahan mesin.

Jenis bahasa komputer[sunting | sunting sumber]

Bahasa Peringkat Rendah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Peringkat Tinggi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dari segi matematik, ini bermaksud bahawa bahasa pengaturcaraan itu adalah Turing-sempurna. MacLennan, Bruce J. (1987). Principles of Programming Languages. Percetakan Universiti Oxford. ms. 1. ISBN 0-19-511306-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Soft Eng logo Rencana berkaitan bahasa komputer ini adalah sebuah rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.