Bahu jalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta polis juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.

Sifat-sifat am[sunting | sunting sumber]

Lorong kecemasan di lebuh raya seperti di Lebuhraya Utara-Selatan lazimnya berturap sebagaimana lorong-lorong utama.

Bahu jalan atau lorong kecemasan biasanya lebih sempit sedikit berbanding lorong trafik biasa. Misalnya di Lebuhraya Utara-Selatan, lebar lorong utama adalah antara 3.5 hingga 3.75 meter, tetapi lebar lorong kecemasan hanyalah 3 meter. Bagi jalan raya yang mempunyai tahap geometri yang rendah, biasanya tidak terdapat bahu jalan; jika ada pun, ia terdiri daripada batu kelikir yang tidak berturap. oleh sebab itu, ada kalanya bahu jalan di jalan raya sedemikian boleh jadi lembut serta kurang sesuai di saat-saat kecemasan iaitu semasa mengelak kenderaan dari arah hadapan yang hilang kawalan. Atas sebab-sebab keselamatan, lorong kecemasan bukan berturap sahaja dibina di sepanjang lebuh raya malah turut dibina di beberapa jalan raya utama.

Bagi jalan raya dengan tahap geometri yang tinggi, lorong kecemasan diturap sebagaimana lorong utama. Untuk menjimatkan kos, ada kalanya lorong kecemasan tidak diturap mengikut ketebalan yang sama seperti lorong-lorong utama, memandangkan lorong kecemasan hanya digunakan semasa kecemasan sahaja. Lorong kecemasan juga cenderung mengumpul sisa-sisa serta puing-puing jalan yang mungkin membahayakan pemandu yang memandu menggunakan lorong kecemasan.

Lorong kecemasan lazimnya dibina lebih sempit sedikit daripada lorong utama; malah, ada kalanya lorong kecemasan boleh jadi begitu sempit sehinggakan tiada ruang untuk memotong dari tepi jalan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]