Lebuh raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lebuhraya Utara-Selatan Mes-e2.png berhampiran Ayer Keroh, Melaka.
Lebuh raya luar bandar di Amerika Syarikat.
Lebuhraya A2 di Poland.
Lebuhraya Yat-sen di Taipei, Taiwan.
Lebuhraya Metropolitan di Tokyo, Jepun.

Istilah lebuh raya merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan antara beberapa lokasi penting, seperti bandar raya. Terma lebuh raya boleh jadi berbeza mengikut negara; di negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, istilah lebuh raya merujuk kepada lebuh raya ekspres (expressway), lebuh raya kereta (motorway), lebuh raya bebas (freeway) atau apa jua istilah yang membawa maksud jalan raya kembar berkelajuan tinggi dengan capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Di negara yang kurang maju ataupun mempunyai jaringan jalan raya yang kurang, istilah "lebuh raya" merujuk kepada laluan jalan raya kebangsaan utama bagi menghubungkan antara 2 atau lebih bandar raya utama.

Lebuh raya ekspres (berkelajuan tinggi)[sunting | sunting sumber]

Piawaian lebuh raya berkelajuan tinggi mungkin berbeza antara setiap negara, tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:-

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 4 lorong (2 di setiap arah) yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya.
  • Kenderaan hanya boleh keluar masuk di lebuh raya melalui persimpangan bertingkat.
  • Direka untuk pemanduan berkelajuan tinggi.
  • Mempunyai had laju yang tinggi, bergantung kepada sesebuah negara.

Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya utama yang dikenali sebagai lebuh raya antara negeri yang menghubungkan antara negeri-negeri di Amerika Syarikat dan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway Administration, FHWA), manakala di Jerman pula sistem lebuh rayanya dikenali sebagai autobahn.

Fakta ringkas[sunting | sunting sumber]

Simbol lebuh raya di Eropah.

Dunia[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beberapa istilah lebuh raya[sunting | sunting sumber]

  • Lebuh raya bebas (freeway) - lebuh raya berkembar berkelajuan tinggi dengan 2 atau lebih lorong pada setiap hala, keluar masuk melalui persimpangan bertingkat dan selalunya percuma dan tidak dikenakan tol.
  • Lebuh raya kereta (motorway) - sama seperti lebuh raya bebas tetapi mungkin dikenakan tol, bergantung kepada negara masing-masing. Istilah lebuh raya kereta selalunya digunakan oleh United Kingdom, negara-negara Eropah serta beberapa negara Komanwel British seperti Pakistan.
  • Lebuh raya ekspres (expressway) - sama seperti lebuh raya kereta. Istilah lebuh raya ekspres digunakan di beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, China, Singapura dll. Di Amerika Syarikat pula, takrifan lebuh raya ekspres mungkin berbeza; di California misalnya sebuah lebuh raya ekspres mungkin terdapat lampu isyarat.
  • Lebuh raya dua lorong - jalan raya 2 lorong yang dibina mengikut piawaian lebuh raya dan ada persimpangan bertingkat. Lebuh raya 2 lorong boleh dinaiktaraf kepada sebuah lebuh raya ekspres penuh.
  • Lebuh raya taman (parkway) - lebuh raya yang dikelilingi pokok hiasan, ataupun melalui sebuah taman yang besar, ataupun mempunyai pokok-pokok hiasan di sepanjang pembahagi lebuh raya, misalnya Lebuhraya Taman Pantai Timur di Singapura.
  • Lebuh raya tol (tollway / turnpike) - lebuh raya yang dikenakan tol.

Sistem lebuh raya di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lebuh raya utama di Malaysia iaitu lebuhraya ekspres mempunyai kawalan akses sepenuhnya, persimpangan bertingkat dan sebahagian besarnya bertol. Lebuh raya ekspres menghubungkan ibu negeri utama di Semenanjung Malaysia dan bandaraya utama di Lembah Klang. Semua lebuh raya ekspres diuruskan oleh beberapa syarikat yang menerima konsesi daripada Kerajaan Pusat.

Terdapat juga lebuh raya yang diklasifikasikan sebagai laluan persekutuan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerja Raya, contohnya Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai. Sesetengah lebuh raya persekutuan mempunyai persimpangan lampu isyarat atau bulatan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Sistem Lebuh Raya Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]