Balai Polis Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Balai Polis Batu Pahat terletak di tengah bandar Batu Pahat,Johor.

Serangan Kumpulan Imam Mahdi[sunting | sunting sumber]

Buku 'Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia'

Balai polis ini terkenal pada jam 9.30 pagi, 16 Oktober 1980 kerana menjadi lokasi serangan pengikut ajaran sesat yang dipimpin oleh Mohd Nasir Ismail. Seramai 15 orang menyerang angggota polis di dalam balai. Mereka menaiki sebuah teksi Mercedes Benz (JAH1753) yang disewa. Sebuah lagi kereta Mazda 808 (JW584) berhenti di pintu belakang balai polis.

Mereka mengamuk , melibas pegawai polis dengan pedang bertulis kalimah syahadah. 3 Sarjan, 2 Koperal, 6 Konstabel, 2 Konstabel wanita, 6 kakitangan awam, seorang budak pejabat dan 2 orang awam cedera. 6 orang pengikut ajaran sesat itu berjaya ditembak mati.23 orang termasuk 14 anggota polis cedera dan parah. Seorang wanita sarat mengandung, enam kakitangan awam balai polis itu, seorang budak pejabat dan dua orang awam yang sedang membuat laporan turut ditetak . Seorang anggota polis ditetak dengan pedang di bahagian kepala, lengan dan jari.

Seterusnya menyerang Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan Mahkamah Rendah .Mujurlah tuan kadi tiada di pejabat. Seterusnya mereka bersembunyi di sebuah rumah di Parit Jorak Darat , 10 km dari Batu Pahat.

Polis menyerbu rumah tersebut. Polis menjumpai sejadah, bendera putih mengandungi ayat dua kalimah syahadah dan perkataan Muhammad, Mahadi dan Isa dalam huruf jawi berwarna hijau dan putih.[1] 4 lagi berjaya ditembak, 4 cedera dan 2 dapat melarikan diri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]