Johor
Negeri-negeri di Malaysia نڬري٢ د مليسيا |
|||||
| جوهر دارالتّعظيم Johor Darul Ta'zim |
|||||
|
|||||
| Cogan kata: Kepada Allah Berserah كڤدالله برسراه | |||||
| Lagu negeri: Lagu Bangsa Johor لاڬو بڠسا جوهر | |||||
| Ibu negeri | Johor Bahru | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| Bandar diraja | Muar1 | ||||
| Parti memerintah | Barisan Nasional-UMNO | ||||
| - Sultan | Sultan Ibrahim Ismail | ||||
| - Menteri Besar | Mohamed Khaled Nordin | ||||
| Sejarah | |||||
| - Kesultanan Johor | kurun ke-14 | ||||
| - Pengaruh British | 1914 | ||||
| - Zaman Pendudukan Jepun | 1942 | ||||
| - Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1948 | ||||
| Keluasan | |||||
| - Jumlah | 19,984 km² | ||||
| Populasi | |||||
| - 2010 census | 3,348,283 [1] | ||||
| - Kepadatan | 174/km² | ||||
| Kod panggilan kebangsaan | 072 06 (Muar) |
||||
| Poskod kebangsaan | 80xxx to 86xxx | ||||
| Huruf pertama plat kenderaan | J | ||||
| Laman sesawang: | www.johor.gov.my | ||||
| 1 Sebuah bandar di dalam Bandaraya Johor Bahru 2 Kecuali Muar |
|||||
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Sebelum kedatangan Barat [sunting]
Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.
Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.
Johor Moden [sunting]
Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.
Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.
Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".
Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Penasihat British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.
Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.
Geografi [sunting]
Kedudukan daerah-daerah negeri Johor [sunting]
Pembahagian daerah [sunting]
Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerjaan negeri johor) seperti berikut:[2]
- Daerah Johor Bahru جوهور بهرو
- Daerah Kulaijaya كولاي جاي
- Daerah Pontian ڨونتيان
- Daerah Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
- Daerah Kluang كلواڠ
- Daerah Segamat سڬامت
- Daerah Muar موار
- Daerah Batu Pahat باتو ڨاهت
- Daerah Mersing مرسيڠ
- Daerah Ledang ليدڠ
Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.
Hutan Simpan [sunting]
Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
- Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
- Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.
Senarai Pulau [sunting]
Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:
- Pulau Tinggi
- Pulau Rawa
- Pulau Sibu
- Pulau Tengah
- Pulau Pemanggil
- Pulau Aur
- Pulau Besar
- Pulau Pisang
- Pulau Lima.
Bandar Utama [sunting]
Bandar-bandar utama di Johor termasuklah:
- Johor Bahru (ibu negeri) - bandaraya kedua terbesar di Malaysia; dan terbesar di Johor
- Batu Pahat - bandar kedua terbesar di Johor (menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dinaik taraf menjadi bandaraya)
- Muar - bandar ketiga terbesar di Johor
- Kluang
- Kulai
- Pasir Gudang
- Skudai
- Nusajaya
- Kota Tinggi
- Pontian
- Segamat
- Tangkak
- Yong Peng
- Mersing
Demografi [sunting]
Kumpulan etnik [sunting]
Pada tahun 2010, jumlah penduduk di negeri Johor ialah 3.35 juta penduduk.[3] Ini menjadikannya negeri ke-2 paling ramai penduduk di Malaysia. Majoriti penduduknya ialah berbangsa Melayu iaitu lebih daripada separuh penduduk Johor. Selain itu, kumpulan etnik ke-2 terbesar ialah kaum Cina (35.4%) diikuti dengan kaum India (6.9%) dan kaum lain-lain (6.6%)
Agama [sunting]
Agama terbesar dalam negeri Johor ialah agama Islam kerana sebahagian penduduk negeri terutama kaum Melayu menganuti agama ini. Agama ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam negeri ini kerana ia adalah agama rasmi negeri. Pegangan agama kaum Cina kebanyakkannya ialah seperti Taoisme dan Konfusianisme dan sedikit yang mengamalkan agama Buddha dan juga Islam. Bagi kaum India pula, majoriti penduduk kaum itu menganut agama Hindu dan hanya sedikit sahaja yang mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian. Pegangan seperti animisme turut masih diamalkan dalam kalangan Orang Asli.
Kerajaan negeri [sunting]
Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar. Menurut perlembagaan tersebut, Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.
Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.
Negeri Johor dibahagikan kepada 10 daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:
- Batu Pahat:
- Johor Bahru:
- Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
- Majlis Perbandaran Pasir Gudang
- Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya
- Kulaijaya:
- Kluang:
- Kota Tinggi:
- Mersing:
- Muar:
- Ledang:
- Pontian:
- Segamat:
Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.
Johor dikenali sebagai "kubu kuat" bagi Barisan Nasional. Di Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, DAP (mewakili Pakatan Rakyat) hanya menang satu kerusi Parlimen, sementara di Sidang DUN, Pakatan cuma menghantar enam ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor.
Senarai Menteri Besar Johor [sunting]
- Datuk Jaafar Mohamed (1886 - Jul 1920)
- Datuk Mohamed Mahbob (Jul 1920 -1922)
- Dato' Abdullah Jaafar (Sep 1923 - 1928)
- Dato' Mustapha Jaafar (16 Sep 1928 - 23 Nov 1931)
- Datuk Abdul Hamid Yusof (23 Nov 1931 - 28 Dis 1934)
- Ungku Abdul Aziz Abdul Majid (Apr 1935 - 1 Jun 1947)
- Dato' Onn Jaafar (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950)
- Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed (20 Feb 1952 - 5 Jun 1955)
- Datuk Wan Idris bin Ibrahim (1 Okt 1955 - 16 Jun 1959)
- Tan Sri Hassan Yunos (27 Jun 1959 - 31 Jan 1967)
- Tan Sri Othman Saat (Feb 1967 - Apr 1982)
- Datuk Abdul Ajib bin Ahmad (29 Apr 1982 - 12 Ogos 1986)
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (12 Ogos 1986 - 3 Mei 1995)
- Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman (3 Mei 1995 - Sekarang)
Ekonomi [sunting]
Negeri Johor merupakan salah satu daripada negeri-negeri termaju di Malaysia disamping Selangor dan Pulau Pinang. Ekonominya terdiri daripada campuran pertanian, pengeluaran, perdagangan dan pelancongan.
Johor ialah pengeluar utama bagi getah, nenas dan minyak kelapa sawit. Hutannya merupakan asas untuk perkembangan pemprosesan kayu-kayan dan kayu balak. Sewaktu 1980-an, terdapat perkembangan utama taman-taman perindustrian dan projek perbandaran diseluruh negeri. Pelbagai syarikat antarabangsa daripada Singapura telah berpindah ke Johor untuk mengambil kesempatan daripada kos yang lebih rendah. Industri-industri utamanya termasuk elektronik, tekstil, pembinaan kapal, dan juga kilang-kilang penapis minyak kelapa sawit dan bahan sumber semulajadi serta bahan kimia daripada petroleum.
Ramai penduduk di Johor juga berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Singapura. [4]
Kebudayaan negeri Johor mengandungi pelbagai aspek daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa, termasuk orang asli dan orang Portugis. Campuran ini dibayangkan oleh tempat sembahyang yang terdiri daripada masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja-gereja yang berwujud di sisi satu sama lain. Selainnya, ia juga dibayangkan dalam pelbagai makanan tempatan, kostum, perayaan dan upacara amal.
Wilayah Pembangunan Iskandar telah dilancarkan pada 4 November 2006 di bahagian selatan negeri Johor.
Kebudayaan tradisi Melayu Johor [sunting]
Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.
Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).
Pakaian tradisional Johor termasuk:
- Baju cekak musang
- Baju Teluk Belanga
- Kurung Johor
- Kurung Riau
- Belah kebaya panjang
Pelancongan [sunting]
Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:
- Desaru: pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
- Johor Bahru: sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
- Kota Tinggi: mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
- Kukup: sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut;
- Muar: sebuah bandar yang cantik di tebing sungai;
- Kepulauan Seribuat: terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang indah;
- Tanjung Piai: merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.
Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
- Taman Negara Endau-Rompin
- Taman Negara Gunung Ledang
- Taman Negara Tanjung Piai
- Taman Negara Pulau Kukup
- Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
- Hutan Lipur Gunung Pulai
- Hutan Lipur Gunung Arong
- Hutan Lipur Gunung Lambak
- Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)
- Hutan Lipur Gunung Panti.
Pengangkutan [sunting]
Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang ditempatkan 30 kilometer daripada bandaraya Johor Bahru memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan antarabangsa, nasional dan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974, lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. Sebuah landasan kapal terbang yang baru sedang dibina. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan satu-satunya lapangan terbang yang dikelolakan oleh pihak swasta (selain MAHB) di Malaysia.
Negeri Johor mempunyai tiga pelabuhan:
- Pelabuhan Tanjung Pelepas: terletaknya di Johor Bahru, ia adalah pusat muatan pindah kapal yang terbesar di Malaysia;
- Pelabuhan Johor: terletaknya di Pasir Gudang, ia merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia; dan
- Pelabuhan Tanjung Langsat: terletaknya lapan kilometer dari Pelabuhan Johor, ia merupakan pelabuhan yang terbaru di Johor untuk mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Sistem jalan keretapi di Johor yang dikelolakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula di Stesen KTMB Johor Bahru sehingga Stesen KTMB Gemas. Hanya terdapat satu landasan keretapi sahaja di tengah-tengah negeri Johor tetapi mempunyai dua cabang iaitu cabang Kempas ke Pelabuhan Pasir Gudang dan cabang Skudai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Menjelang 2011 landasan berkembar dari Gemas ke Singapura bakal dibina dengan bantuan kerajaan melalui kontraktor yang dilantik. Apabila siap nanti semenanjung Malaysia mempunyai sistem jalan keretapi yang lebih cekap dan efisen dari Singapura ke Padang Besar. Terdapat juga pelan perancangan oleh Syarikat YTL berkaitan pembinaan Landasan Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura (melalui Johor), namun masih dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.
Sistem Pengangkutan Akan Datang [sunting]
Selaras dengan kemajuan negeri dan kewujudan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sistem transit aliran ringan LRT bagi menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Johor Bahru, serta sistem maglev - monorel bagi menghubungkan pusat-pusat tumpuan utama di daerah Johor Bahru. Selain itu Kerajaan Singapura bercadang menyambung sistem Mass Rapit Transit MRT republik itu ke bandaraya Johor Bahru. Di kawasan Nusajaya ada perancangan untuk membina Sistem Keretapi Tram bagi menghubungkan tempat-tempat utama seperti Medini, Educity, Cybercity, Puteri Habour, Kota Iskandar, Legoland, PTP, Ramsar dan tempat-tempat menarik lain atas inisiatif swasta dan pihak Iskandar Malaysia. Sistem Komuter seperti di Lembah Klang juga bakal dibina di sini bagi mengurangkan kesesakan pada masa akan datang menghubungkan bandar-bandar besar di sekitar Johor Selatan contohnya, antara Kota Tinggi dengan Johor Bahru, Pontian dengan Johor Bahru, Kulai dengan Johor Bahru, Skudai dengan Johor Bahru, Kempas/Pandan dengan Johor Bahru dan Pasir Gudang dengan Johor Bahru. Semua sistem ini masih dalam perancangan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan
Penyiaran [sunting]
Negeri Johor mempunyai 4 pusat transmisi atau pemancar bagi media elektronik radio dan televisyen. 4 pusat pemancar tersebut ialah:-
- Gunung Pulai, Kulaijaya untuk kawasan Johor selatan merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Batu Pahat selatan dan Kluang selatan serta boleh di terima di Singapura dan Kepulauan Riau utara (sekitar pulau Batam)
- Gunung Ledang, Ledang untuk kawasan Johor utara merangkumi daerah Muar, Ledang, Segamat, Batu Pahat utara dan Kluang utara. Juga untuk memancarkan signal siaran radio & TV untuk negeri Melaka, Negeri Sembilan selatan dan Pahang selatan
- Bukit Tinggi, Mersing untuk daerah Mersing dan wilayah kepulauan Johor di timur laut Johor.
- Bukit Penawar, Kota Tinggi untuk kawasan Bandar Penawar dan sekitarnya sahaja (kawasan yang kecil)
Antara stesen radio dan TV yang memancarkan siarannya di negeri Johor ialah rangkaian radio dan TV milik negara dan swasta. Berikut adalah senarai saluran-saluran TV yang bersiaran di Negeri Johor.
Saluran TV dari stesen pemancar Gunung Pulai, Kulaijaya
- tv1 (RTM) - UHF 55
- tv2 (RTM) - VHF 10
- TV3 (Media Prima) - UHF 26
- ntv7 (Media Prima) - UHF 42
- 8TV (Media Prima) - UHF 46
- TV9 (Media Prima) - UHF 44
Saluran TV dari stesen pemancar Gunung Ledang, Ledang
- tv1 (RTM) - UHF 28
- tv2 (RTM) - VHF 07
- TV3 (Media Prima) - VHF 12
- ntv7 (Media Prima) - UHF 35
- 8TV (Media Prima) - UHF 48
- TV9 (Media Prima) - UHF 37
Saluran TV dari stesen pemancar Bukit Tinggi, Mersing
- tv1 (RTM) - VHF 06
- tv2 (RTM) - VHF 09
- TV Al Hijrah - UHF 40
Saluran TV dari stesen pemancar Bukit Penawar, Kota Tinggi
Selain daripada itu, terdapat juga rangkaian TV dari negara-negara jiran yang boleh juga diterima di selatan Johor khususnya daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai Jaya dan Kota Tinggi. Antaranya ialah:
Rangkaian TV milik MediaCorp TV Holding, Singapura
- Saluran 5 (Channel 5) - VHF 05
- Saluran 8 (Channel 8) - VHF 08
- Saluran Suria - VHF 12
- Saluran Vasantham - UHF 24
- Saluran U (Channel U) - UHF 28
- Saluran Okto - UHF 30
- Saluran Berita Asia (Channel News Asia) - UHF 32
- Saluran TV Digital HDTV HD5 - UHF 38
- Saluran Digital 5, Digital 8 & Digital CNA - UHF 29
Rangkaian TV nasional Indonesia
- Televisyen Republik Indonesia (TVRI), milik kerajaan - VHF 06
- Rajawali Citra Televisyen Indonesia (RCTI), milik MNC - UHF 43
- MNC TV dahulunya TPI, milik MNC - UHF 41
- Global TV, milik MNC - UHF 57
- Transformasi Televisyen (Trans TV), milik TransCorp - UHF 45
- Surya Citra Televisyen (SCTV), milik SCM - UHF 47
- Indosiar Visual Mandiri (Indosiar) - UHF 49
- Andalas Televisyen (antv) - UHF 53
- Metro TV - UHF 55
Rangkaian TV tempatan/wilayah Kepulauan Riau
- Batam TV - UHF 51
- Semenanjung TV - UHF 39
- Urban TV - UHF 61
Bagi siaran radio terdapat lebih 60 stesen radio sama ada dari Malaysia mahupun dari negara jiran Singapura dan Indonesia yang dapat didengar di selatan Johor. Hal ini meletakkan bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya sebagai satu-satunya kawasan yang menerima siaran TV dan radio secara percuma terbanyak di Malaysia.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
Bibliografi [sunting]
- Trocki, Carl A., Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784–1885, University of Hawaii Press, 1979, ISBN 978-9971-69-376-3 ISBN 9971693763
Pautan luar [sunting]
- Laman Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim
- Laman Rasmi Pejabat Menteri Besar Johor Darul Takzim
- Koleksi peta-peta berkaitan dengan Johor
- Portal Komuniti Khabar Orang Johor
- Portal Komuniti Johor Bahru
- Peta negeri Johor
|
||||||||||