Banglo Berkunci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banglo Berkunci
PengarahDharma Aizat
PenulisRizuan Mat Nor
Lakon layarDharma Aizat
Dihasilkan olehJane Lim
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehBrian Ng
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
20 November 2015
Masa tayangan
86 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Banglo Berkunci merupakan filem seram Malaysia 2015 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Filem ini ditayangkan pada 20 November 2015.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny, Boy dan Adam yang suka melakukan aktiviti paranormal. Mereka gemar memilih tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang adakah benar hantu itu wujud. Satu hari mereka telah pergi ke sebuah banglo, dimana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Penghuni banglo itu dikatakan telah membunuh ahli keluarganya tanpa sedar, dan perkara tersebut telah viral di laman sosial.

Tiga anak muda ini tetap ingin menerokai kejadian misteri, disebalik banglo itu. Tapi sebelum masuk, mereka perlu mematuhi syarat yang mereka hanya boleh “masuk selepas Isyak dan keluar selepas subuh“. Tapi kenapa? Pelbagai perkara yang terjadi selepas mereka bertiga cuba untuk mengesan entiti yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang banglo tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Banglo Berkunci diarahkan oleh Dharma Aizat dengan idea asal oleh panel skrip MIG, ia merupakan filem ketiga arahannya selepas Ia Wujud (2014) dan Jalan Puncak Alam (2015). Dharma menghadapi cabaran besar ketika penggambaran dijalankan termasuk kekangan masa. Filem ini mengambil masa 10 hari untuk disiapkan.[2][3]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Banglo Berkunci dikeluarkan pada 20 November 2015, sambutan yang diterima amat positif di kalangan pengkritik filem. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mempunyai pandangan tersendiri: "...karya ini mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik, bersesuaian dengan kisah-kisah rumah yang dikatakan berhantu seperti yang diceritakan oleh pihak tertentu."[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nannie Isa (27 November 2015). Siapakah Penghuni Sebenar Banglo Berkunci? Kitepunye. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  2. ^ Ashraff Nasser (26 November 2015). Cabaran 10 hari arah filem Banglo Berkunci Cinema Online. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  3. ^ Dharma Aizat shot "Banglo Berkunci" in only 10 days The Hive Asia (26 November 2015). Dicapai pada 20 Julai 2018.
  4. ^ Aqmar Mustaza (28 November 2015). Banglo Berkunci penuh debaran, kejutan Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]