Sinar Harian
|
Halaman muka depan edisi Selangor & KL |
|
| Jenis | Akhbar harian |
|---|---|
| Format | Kompak |
| Pemilik | Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd |
| Penerbit | Akhbar Cabaran Sdn Bhd |
| Penyunting | Abdul Jalil Ali |
| Diasaskan | 31 Mac 2006 |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor |
| Edaran | 150,000 |
| Laman web | www.sinarharian.com.my |
Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.
Ciri-ciri [sunting]
Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Cakna & Dinamik". "Cakna" merupakan dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud ambil tahu atau prihatin. Akhbar ini mempunyai 48 halaman dan berharga "samah" atau 50 sen sahaja di awal keluarannya. Namun kini ia berharga RM1.20 Ia menyajikan berita-berita semasa daerah-daerah di Kelantan dan Terengganu di samping berita nasional (sebagai berita kedua). Ia juga memaparkan berita sukan, maklumat pelancongan, wanita dan berita luar negara.
Ia dicetak dan diterbitkan oleh Akhbar Cabaran Sdn Bhd yang berpengkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Sejarah [sunting]
Sinar Harian pertama kali diterbitkan pada Ogos 2006,yang edarannya hanya merangkumi negeri Kelantan dan Terengganu.Pada April 2007,Edisi Pahang pula menyusul.Sebelum itu,Edisi Kelantan dipisahkan dengan Terengganu untuk lebih ruang laporan daerah mereka.Hujung tahun 2007,Edisi Selangor dan Wilayah Persekutuan pula diterbitkan.Setahun kemudian,Sinar harian diterbitkan pula di Negeri Sembilan dan Melaka serta di Kedah,Pulau Pinang dan Perlis.Januari 2009 adalah diterbitkan Edisi Perak.18 Jun 2010,Edisi semenanjung terakhir,Johor diterbitkan.
Pautan luar [sunting]
|
||||||||||||||||||||||||||||||||