Banjir Queensland 2010-2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjir Queensland 2010-2011
Seorang wanita yang terkandas di atas keretanya menunggu ketibaan penyelamat di tengah banjir kilat Toowoomba
Tarikh – 
TempohDisember 2010 – Januari 2011
TempatKebanyakan kawasan tengah dan selatan Queensland termasuk Brisbane, Rockhampton, Emerald, Bundaberg, Dalby dan Toowoomba
LokasiAustralia Sunting ini di Wikidata
Kematian35 disahkan maut, 9 hilang
Harta benda rosak
A$30 bilion[1]

Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane. Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.[2] Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini.[2] Kemusnahan awal bagi harta benda dicatatkan kira-kira A$1bn (£633m).[3] Tiga kuarter dari negeri Queensland telah diisytiharkan sebagai zon bencana[4] - kawasan bencana diukur keluasannya lebih besar dari gabungan negeri Texas dan California di Amerika Syarikat.[5] Banjir tahun 2010-2011 yang berlaku di Queensland, Australia ini telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dan jumlah kematian ini dijangka terus meningkat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Banjir ini merupakan kesan kerpasan besar yang disebabkan oleh Siklon Tropika Tasha yang bergabung dengan lekukan tekanan ketika kemuncak fenomena La Niña. Pola cuaca La Niña 2010 yang menyebabkan keadaan yang lebih lembap di Australia timur, adalah yang paling ketara sejak tahun 1973.[6] Kebanjiran terpencil bermula di sekitar negeri Queensland pada awal bulan Disember. Pada 24 Disember, sebuah lekukan tekanan monsun melanda pantai dari Laut Karang dan membawa hujan mencurah-curah dalam liputan yang luas dari Teluk Carpentaria hingga Gold Coast. Keadaan ini juga membawa kemasukan ular secara besar-besaran, dan beberapa ekor buaya.[7]

Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir. Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuh raya kebangsaan.[8] Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda air bah. Banjir ini telah menaikkan harga buah-buahan dan sayur-sayuran.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Flood costs tipped to top $30b". ABC News. Australian Broadcasting Corporation. 18 Januari 2011. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ a b "Australia: Queensland floods spur more evacuation". BBC News. BBC. 31 Disember 2010. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ "Floods force mass evacuations in Queensland, Australia". BBC News. BBC. 29 December 2010. Dicapai pada 30 December 2010.
  4. ^ "Three-quarters of Queensland a disaster zone". Brisbane Times. Fairfax. 11 January 2011. Dicapai pada 11 January 2011.
  5. ^ "Brisbane Wakes to Devastation, Death as Flood Peaks". Bloomberg. 13 January 2011. Dicapai pada 13 January 2011.
  6. ^ "La Nina to break down later this year". ABC News Online. Australian Broadcasting Corporation. 1 Januari 2011. Dicapai pada 1 January 2011.
  7. ^ "Flood-hit Queensland braced for fresh storms". BBC News. BBC. 5 Januari 2011. Dicapai pada 6 Januari 2011.
  8. ^ "Hundreds of roads closed in flooded Qld". The Sydney Morning Herald. Fairfax Media. 28 December 2010. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  9. ^ "Some Queensland flood victims facing long wait to return to their flooded homes". The Australian. News Limited. 30 Disember 2010. Dicapai pada 30 Disember 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]