Banjir Rusia 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2012 Russia floods
Krymsk floods
Krymsk floods
Maklumat geografi
Kawasan terjejas Krasnodar Krai, Russia
Maklumat am
Tempoh Began on 7 July 2012
Bilangan kematian 171

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Banjir Rusia 2012 berlaku di barat daya negara Rusia pada awal bulan Julai 2012 terutamanya di Krasnodar Krai . Hujan sehari yang turun bersamaan dengan lima bulan hujan menurut rekod Pusat Hydrometeorological Rusia . Seramai 171 orang telah meninggal dunia semasa banjir. Polis Rusia memaklumkan bahawa banjir telah memusnahkan hampir 13,000 rumah. Gabenor Krasnodar Krai, Alexander Tkachyov menyatakan bahawa kejadian serupa pernah berlaku 70 tahun lalu. Ribut gergasi ini melanda Krasnodar menyamai hujan setahun selama dua hari.[1]

Agensi berita Interfax Rusia melaporkan beberapa individu mati kerana terkena renjatan elektrik selepas kilat menyambar sebatang tiang elektrik.Hujan lebat berterusan selama 24 jam turut menenggelamkan 320 rumah dan mengakibatkan 22,000 terputus bekalan elektrik, sementara laluan kereta api dan jalan-jalan juga dinaiki air serta diselaputi lumpur.

Kebanyakan mangsa tinggal di bandar Krymsk, 50 batu dari Krasnodar dan 10 kilometer dari Novorossiysk , di sepanjang pantai Sochi, Laut Hitam. Sebanyak 130 mayat ditemui di Krymsk manakala 11 lagi ditemui di bandar Gelendzhik dan bandar Novorossiisk.Hampir 2,000 penduduk terjejas akibat bekalan elektrik terputus di seluruh wilayah tersebut. Bencana kali ini tidak dijangka walaupun kejadian banjir kilat sering melanda bandar-bandar yang terletak di pesisiran Laut Hitam/Black Sea semasa musim hujan di kawasan pergunungan Caucasus.


Banjir kilat berlaku sekitar jam 2 AM waktu tempatan pada 7 Julai 2012 , apabila kebanyakan penduduk sedang tidur. Gelombang banjir mencapai ketinggian 7 m (23 kaki) dan mencapai paras siling .Ramai yang lemas kerana tidak dapat melarikan diri.

Hujan[sunting | sunting sumber]

Menurut televisyen Rusia, hujan berjumlah 275 milimeter bersamaan dengan empat bulan pada tahun biasa.[2]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev telah menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membantu mangsa banjir. Pada 7 Julai, Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba ke kawasan itu dan mengadakan mesyuarat tergempar di Gelendzhik yang juga mengalami bencana serius. Menteri Situasi Kecemasan Rusia, Menteri Vladimir Puchkov rumah yang rosak teruk bakal menerima bantuan pampasan 100,000 Rubles (kira-kira $ 3,000) dan 50.000 Rubles ($ 1,500) akan dibayar kepada penduduk.Kira-kira 5200 rumah telah terjejas oleh bencana tersebut.

Pada 8 Julai, Presiden Putin menandatangani dekri presiden mengisytiharkan Julai 9 hari berkabung di Rusia untuk mangsa kemalangan bas di Ukraine dan banjir yang dahsyat. Perintah berkabung termasuklah organisasi kebudayaan, dan juga saluran televisyen negeri, bendera negeri di Rusia dikibarkan separuh tiang pada 9 Julai sebagai Hari Berdukacita.

Ketua liberal pembangkang parti Yabloko, Sergey Mitrokhin menyatakan melalui Twitter bahawa tiada pintu sluis dikawal dalam Empangan Neberdzhaevskoe.

Rujukan[sunting | sunting sumber]