Bantuan:Pandu arah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Semua rencana Wikipedia saling dipautkan atau dirujuk silang (cross-reference) demi kemudahan pandu arah (navigasi) di seluruh ensiklopedia.

Apabila anda melihat teks seperti ini, maknanya ia merupakan pautan (link) kepada rencana/laman Wikipedia yang lain yang mengandungi maklumat lanjut jika anda memerlukannya. Apabila anda mengalihkan tetikus ke pautan itu, anda akan lihat pautan itu menghala ke laman yang mana. Ini bermakna rencana-rencana tidak perlu meliputi titik persamaan satu sama lain secara mendalam; anda cuba mengklik sekali sahaja untuk mencapai lebih banyak maklumat di mana-mana sahaja yang ada pautan.

Selain itu, juga terdapat pautan-pautan ke arah hujung rencana, rencana lain yang menarik, laman web di luar Wikipedia yang relevan, dan bahan-bahan rujukan. Di hujung rencana pula ada kategori ilmu relevan yang anda boleh mencari-cari dan merentasi tatatingkat yang saling bersambung untuk maklumat lanjut yang berkenaan dalam suatu bidang.

Sesetengah rencana juga mempunyai pautan kepada takrifan kamus, bacaan buku audio, sedutan, atau rencana yang sama dalam bahasa lain. Anda boleh membantu dengan membubuh pautan baru jika tidak terdapat pautan yang relevan.

Laman Utama[sunting | sunting sumber]

There's a browsing bar at the top of the Main Page with links to Categories, Portals, Featured content and the A-Z index. Each category is a list of sub-categories or articles. Portals bring you to sub-portals and portals, which are illustrated article summaries like on the Main Page. Featured content is the way to the best articles, pictures, lists and portals in the encyclopedia. A-Z index finds a page from the first two or three letters of its title.

Orientasi[sunting | sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Melayu ialah salah sebuah projek Wikimedia yang memiliki URL ms.wikipedia.org. Versi-versi bahasa lain juga ada label dua huruf, misalnya Wikipedia Bahasa Inggeris di en.wikipedia.org. Projek-projek saudara yang lain di Wikimedia seperti Wikisource dan Wiktionary mempunyai nama-nama yang berbeza dalam URL-nya. Pautan-pautan ke projek ini (seperti s:Main Page) biasanya muncul dengan warna yang berlainan. Wikimedia Commons (commons.wikimedia.org) memainkan peranan istimewa sebagai tempat simpanan gambar, grafik, audio dan video yang dicapai dari Wikipedia. Kebanyakan projek di URL lain disusun atur serupa caranya dengan Wikipedia, tetapi anda boleh tahu projek mana yang anda berada dengan melihat logo dan teks di sudut kiri atas laman.

Di dalam Wikipedia (dan projek-projek lain), kandungan diasingkan kepada ruang nama yang muncul sebelum nama laman. Misalnya, Wikipedia:Menyunting berada dalam ruang nama "Wikipedia:". Rencana ensiklopedia yang biasa berada dalam ruang nama tanpa awalan sebegini. Ruang nama ini tersedia secara berpasangan, iaitu satu untuk kandungan dan satu untuk berbual, misalknya: Perbincangan Wikipedia:Menyunting. Satu lagi contoh ialah laman laman pengguna sendiri beserta laman perbincangannya, yang ditambah dalam ruang nama "Pengguna:" dan "Perbincangan pengguna:". Anda boleh beralih antara laman kandungan dan perbincangan dengan mengklik dua tab pertama di atas laman.

Melayari kandungan dan indeks[sunting | sunting sumber]

Wikipedia mengandungi sejumlah besar maklumat dari beraneka bidang, termasuk politik, sains, sejarah, muzik, agama, budaya pop, sukan dan banyak lagi.

To help you find your way around this world of knowledge, Wikipedia has many pages that organize its contents. These lists and indices use links to the articles that are organized by subject or alphabetically. Our best content also finds its way to one of senarai kandungan pilihan.

Melayari kategori[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bantuan:Kategori

Setiap rencana ada senarai semua kategori utama yang menggolongkannya di bawah laman. Misalnya, Kuala Lumpur disenaraikan dalam kategori:

Bandar raya di Malaysia, Rencana pilihan, Kuala Lumpur, Ibu negara di Asia, Lembah Klang.

Setiap kategori ini boleh dilayari dan dipautkan dengan kategori-kategori yang berkenaan dalam sesawang atau tatatingkat yang saling bersambung.

Cubalah melayari kategori-kategori di bawah sekarang:

Geografi | Falsafah | Kebudayaan | Masyarakat | Matematik | Sains | Sejarah | Seni | Teknologi | Tokoh


Bebutang dan panel lain yang berguna[sunting | sunting sumber]

Bar sisi (kiri)[sunting | sunting sumber]

Di sebelah kiri setiap rencana terdapat senarai pautan pilihan untuk menggunakan fungsi pandu arah, interaksi, peralatan, dan juga bahasa:

Pilihan pandu arah:

  • Laman Utama - halaman utama (homepage) Wikipedia Bahasa Melayu
  • Tinjau - indeks pelbagai cara untuk mencari kandungan dalam Wikipedia
  • Hal semasa - berita dunia terkini yang dilaporkan dalam komuniti Wikipedia
  • Rencana rawak - 'cabutan bertuah' jika anda berasa bosan atau ingin mempelajari sesuatu yang baru!

Ruangan carian - membolehkan anda mencari rencana-rencana lain di seluruh Wikipedia. (kedudukannya berbeza mengikut CSS yang digunakan)

Pilihan perhubungan:

  • Tentang Wikipedia – pengenalan kepada projek Wikipedia untuk para pelawat
  • Portal masyarakat – sebagai masyarakat yang membina sebuah ensiklopedia, Wikipedia menyediakan sebuah portal untuk pengguna dengan memberikan capaian mudah kepada laman-laman yang berguna dalam Wikipedia
  • Perubahan terkini – rencana yang disunting semasa
  • Hubungi kami – hubungi Wikipedia
  • Menderma
  • Bantuan – menu utama untuk semua laman bantuan
  • Kedai kopi – laman-laman perbincangan penyelenggaraan Wikipedia

Pilihan cetak/eksport:

  • Versi boleh cetak - memaparkan isi rencana itu sahaja tanpa segala kemudahan pandu arah laman.

Pilihan alatan:

  • Pautan ke laman ini – berguna untuk menjejaki rujukan dari laman lain ke laman yang anda sedang lihat
  • Perubahan berkaitan - senarai perubahan yang baru dibuat pada laman-laman yang berpaut dari laman ini
  • Muat naik fail - bantuan memuat naik gambar dan fail-fail lain ke dalam Wikipedia dengan betul
  • Laman khas - segala pilihan fungsi khas dan pentadbiran boleh didapati di sini
  • Pautan kekal - digunakan untuk membuat pautan kepada versi laman yang tertentu. Lihat Pautan kekal untuk penjelasan pautan kekal secara keensiklopediaan.
  • Petik laman ini - menjana seperanggu contoh petikan yang boleh disalin untuk rencana, dalam pelbagai gaya

Bahasa lain - jika terdapat rencana yang sama perihalnya dalam bahasa-bahasa lain di Wikipedia, ia sepatutnya muncul dalam senarai pautan bahasa lain di bar sisi juga.

Tab utama (di atas rencana)[sunting | sunting sumber]

Setiap laman di Wikipedia menandungi satu rencana dan satu laman perbincangan.

Anda boleh melihatnya di atas sekali: rencananya berlabel "laman kandungan", manakala laman perbincangannya pula terdapat melalui tab di sebelah kanannya. Kedua-duanya dilayan secara berasingan di Wikipedia, tetapi dipaparkan secara bersebelahan dalam bar tab supaya mudah dicari dan digunakan.

Sama ada melihat laman rencana atau projek, atau laman perbincangannya, anda akan melihat satu butang bertanda "Sunting", "Tambah topik" (bahagian baru dalam laman perbincangan sahaja), dan butang bertanda bintang yang berlabel "Tambahkan/Buang laman ini ke dalam/daripada senarai pantau anda".

  • Sunting – inilah kunci utama sumbangan anda kepada Wikipedia. Apabila anda menekan butang ini, anda beralih dari membaca rencana/perbincangan kepada boleh menyunting rencana itu, atau membuat ulasan pada perbincangannya.
    Terdapat sesetengah laman yang dikunci kerana kepentingannya atau amat terdedah kepada laku musnah, yang mana label "Sunting" berubah menjadi "Lihat sumber", maka anda tidak boleh menyunting rencana terbabit buat masa ini.
    Mudah sahaja untuk menyunting dalam Wikipedia, dan anda tidak perlu risau jika anda membuat kesilapan, kerana segala perubahan boleh dibuat asal (undo) sebagai langkah perlindungan Wikipedia daripada pelaku musnah.
  • Tambah topik – menambah bahagian baru dalam laman perbincangan tanpa mengubah apa-apa yang sedia ada.
  • Lihat sejarah – Semua laman yang boleh disunting dalam Wikipedia disertakan laman sejarah penyuntingan sendiri, yang terdiri versi lama teks wikinya serta rekod tarikh dan waktu setiap suntingan yang dilakukan (dalam UTC), nama pengguna atau alamat IP pengguna yang membuatnya, dan ringkasan penyuntingannya. Lihat Bantuan:Sejarah laman untuk butiran lanjut.
  • Pantau (bintang) - menambah atau mengugurkan sesebuah laman dari senarai pantau anda, iaitu senarai laman-laman yang anda jejaki. Anda boleh melihat senarai pantau anda dengan butang pilihan pengguna "Senarai pantau saya" di bahagian kanan atas skrin.

Pilihan pengguna (kanan atas)[sunting | sunting sumber]

Ini digunakan untuk mengawal dan menyesuaikan akaun pengguna anda. Untuk mencipta akaun pengguna, anda hanya perlu memilih nama dan kata laluan. Alamat emel adalah tidak wajib dan hanya digunakan untuk peringatan kata laluan.

Melainkan anda membuka akaun, anda tidak boleh menyesuaikan keutamaan Wikipedia untuk diri anda. Hampir semua penyunting berpengalaman menggunakan akaun demi kebertanggungjawapan.

Pilihan-pilihan pengguna juga termasuk pautan-pautan untuk melihat senarai pantau (rencana yang anda jejaki), dan sumbangan-sumbangan anda kepada Wikipedia sejak anda mula-mula membuka akaun lagi.