Bantuan brek kecemasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bantuan brek kecemasan (EBA) atau Bantuan brek (BA atau BAS) merupakan istilah umum bagi teknologi brek kereta yang meningkatkan tekanan brek ketika situasi kecemasan. Aplikasi pertamanya dibangunkan bersama oleh Daimler-Benz dan TRW/LucasVarity. Satu penyelidikan yang dijalankan pada tahun 1992 di simulator pemanduan Mercedes-Benz di Berlin mendedahkan bahawa lebih daripada 90% pemandu gagal membrek dengan daya yang mencukupi ketika situasi kecemasan.

Dengan menginterpretasikan kelajuan dan daya dengan keadaan di mana injak brek ditekan, sistem mengesan sekiranya pengguna cuba berhenti cemas, dan jika injak brek tidak ditekan sepenuhnya, sistem akan menggubal dan mengenakan brek sepenuhnya sehingga sistem brek cegah kunci (ABS) mengambil alih untuk menghalang roda kenderaan daripada terkunci. [1]

Sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pemandu tidak bersedia untuk usaha yang relatifnya tinggi yang diperlukan untuk kuasa membrek maksimum, serta tidak bersedia untuk tindak balas "membaz" melalui injak brek semasa operasi ABS. Jika situasi kecemasan terbentuk, reaksi yang perlahan serta masukan brek yang kurang daripada maksima boleh menyebabkan masa atau jarak tidak mencukupi untuk berhenti sebelum berlakunya kemalangan.

EBA direka untuk mengesan "hentian panik" dan mengenakan usaha membrek maksimum dalam beberapa milisaat. Ia menginterpretasikan kelakuan membrek dengan menilai kadar injak brek diaktifkan.

Jika sistem mengenal pasti situasi kecemasan, ia secara automatik akan mengenakan kuasa membrek maksima lebih pantas daripada mana-mana pemandu sempat menggerakkan kaki mereka. Jarak membrek kecemasan dipendekkan, mengurangkan kebarangkalian berlaku kemalangan - terutamanya insiden melanggar belakang kenderaan lain yang lazim.

Satu sistem elektronik direka untuk mengenal operasi pembrekan kecemasan dan secara automatik menambah baik usaha membrek bagi meningkatkan keselamatan kenderaan dan penumpang, serta boleh mengurangkan jarak membrek sehingga 70 ka (21 m) pada 125 bsj (201 km/j)[2]

Bantuan Brek mengesan keadaan di mana pembrekan kecemasan diperlukan dengan mengukur kelajuan semasa brek ditekan. Sesetengah sistem turut mengambil kira kecepatan injak pendikit dilepaskan, mempra-tegang brek semasa "pelepasan panik" injak pendikit diambil kira. Apabila pembrekan panik dikesan, sistem Bantuan Brek secara automatik mengenakan penggalak brek maksimum bagi menangani masalah kecenderungan pemandu untuk membrek tanpa daya mencukupi. Semasa beroperasi, Bantuan Brek terbukti berupaya mengurangkan jarak membrek dengan margin yang ketara; sehingga 20% dalam sesetengah kajian.

Pengumuman Suruhanjaya Eropah[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2007 Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa badan tersebut mahu Bantuan Brek disertakan dalam kesemua model baharu yang dijual di Eropah sebagai piawaian menjelang tahun 2009.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]