Bar alatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bar alatan daripada gedit
OpenOffice.org membenarkan bar alatannya terpisah dan bergerak antara tetingkap-tetingkap dan bar alatan lain

Dalam reka bentuk antara muka komputer, bar alatan atau bar alat (dahulunya dikenali sebagai ribbon)[1][2] merupakan elemen kawalan grafik yang menunjukkan butang, ikon, menu, atau elemen input/output yang lain. Bar alatan boleh ditemui dalam kebanyakan perisian seperti office suite, penyunting grafik dan pelayar web. Bar alatan kebiasaannya dapat dibezakan daripada tetingkap palet melalui kebolehan integrasinya ke sisi skrin atau tetingkap yang lebih besar.

Variasi dan terbitan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa elemen antara muka pengguna yang tergolong sebagai bar alatan:

  • Bar URL, bar alamat web atau bar lokasi merupakan bar alatan yang terdiri daripada kotak teks. Ia dapat menerima URL atau alamat sistem fail. Bar ini boleh ditemui pada pelayar web dan pengurus fail.
  • Breadcrumb atau breadcrumb trail membenarkan pengguna untuk menjejaki lokasi mereka dalam atur cara atau dokumen tertentu. Kandungan bar alatan ini boleh berubah secara dinamik untuk menunjukkan laluan navigasi.
  • Ribbon merupakan nama asal bagi bar alatan, tetapi telah ditetapkan semula kegunaannya untuk merujuk kepada antara muka pengguna kompleks yang terdiri daripada bar alatan pada tab.
  • Bar tugasan atau bar tugas merupakan bar alatan yang ditentukan oleh sistem pengendalian untuk memanipulasi, memantau dan melancarkan perisian. Bar alatan ini boleh menyimpan sub-bar alatan yang lain. Kotak carian bukanlah bar alatan yang sebenarnya, tetapi ia boleh muncul pada bar alatan, seperti halnya bar alamat web.

Bar alatan boleh ditemui pada perisian yang berlainan; sesetengah pelayar web membenarkan bar alatan tambahan untuk ditambahkan melalui plug-in. Bar alatan pelayar ini telah menyebabkan kontroversi kerana terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab menggunakan software bundling untuk memaksa pengguna memuat turun satu atau beberapa atur cara untuk memasang bar alatan pelayar, yang sesetengahnya dapat menceroboh privasi pengguna dengan menjejaki sejarah pelayaran dan sejarah carian Internet mereka. Kebanyakan syarikat antivirus merujuk atur cara ini sebagai grayware atau Potentially Unwanted Program (PUP).[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The 1996 Oxford Dictionary of Computing describes the term "ribbon" in user interface design as "...a horizontal row of control icons that can often be redefined to suit the user's requirements."- what is currently more commonly referred to as "toolbar". Illingworth, V. (ed.) (1996). Oxford dictionary of computing. 4ed.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ ESPRIT '88: putting the technology to use : proceedings of the 5th Annual ESPRIT Conference, Brussels, November 14-17, 1988, Part 2. North-Holland. 1988. ISBN 978-0-444-87145-9. Dicapai pada 28 Mei 2013. [...] a ribbon that contains labeled icons (64×64 bit maps) representing tasks and tools that has been instantiated by the user. Each tasktool is represented by a different icon.
  3. ^ "Threat Encyclopedia – Generic Grayware". Trend Micro. Dicapai pada 27 November 2012.
  4. ^ "Rating the best anti-malware solutions". Arstechnica. Dicapai pada 28 Januari 2014.
  5. ^ "PUP Criteria". malwarebytes.org. Malwarebytes. Dicapai pada 13 Februari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Bar alatan di Wikimedia Commons