Barat Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Definisi wilayah berbeza dari sumber ke sumber. Negeri-negeri bewarna merah selalunya termasuk dalam definisi Barat, sementara merah berlorek boleh jadi termasuk atau tidak. Seperti yang didefinisikan oleh Biro Bancian Amerika Syarikat, negeri Barat Amerika Syarikat termasuk 13 negeri: Alaska, Arizona, California, Colorado, Hawaii, Idaho, Montana, Nevada, New Mexico, Oregon, Utah, Washington, dan Wyoming.

Barat Amerika Syarikat, selalunya dirujuk sebagai Barat Amerika (American West) atau hanya Barat (the West) secara tradisi merujuk kepada wilayah atau kawasan yang terdiri daripada negeri-negeri di sebelah barat Amerika Syarikat.