Barbora Bobulova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Barbora Bobulová (lahir pada 29 April 1974 di Martin, Slovakia) merupakan pelakon Slovakia.

Barbora pernah dilatih di Akademi Drama Nasional di Bratislava sebelum berpindah ke Itali pada tahun 1995. Beliau telah membuat penampilan sulung dalam filem Itali, “The Prince of Homburg” yang juga dipilih mewakili Itali ke Festival Filem Cannes. Beliau telah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah David di Donatello dan Festival Filem Flaiano menerusi filem “Sacred Heart” pada tahun 2005. Pada tahun berikutnya beliau menerima European Silver Ribbon dari Italian National Syndicate of Film Journalists. Beliau dikenali di Amerika Syarikat menerusi wataknya di dalam drama terbitan Hallmark, “In Love and War”. Selain itu, beliau juga pernah membintangi rancangan TV seperti “The Citadel,” “The War is Over” dan “The Crusaders.”

Pada tahun 2008, Barbora membintangi filem Inggeris pertamanya bersama Shirley MacLaine menerusi Coco Chanel.

Filem dan drama[sunting | sunting sumber]

  • Coco Chanel - Lifetime Original Movie (2008) sebagai Coco Chanel (sewaktu muda)
  • Anche libero va bene (2006) sebagai Lella
  • Tartarughe sul dorso (2005) sebagai Her
  • Cuore Sacro (2005) sebagai Irene Ravelli
  • Ovunque sei (2004) sebagai Emma
  • La Spettatrice (2004) sebagai Valeria
  • Il Siero della vanità (2004) sebagai Azzurra Rispoli
  • La Cittadella (2003) (TV) sebagai Christine Barlow
  • "La Guerra è finita" (2002) (TV) sebagai Giulia
  • "Maria Josè, l'ultima regina" (2002) (TV) sebagai Maria Josè di Savoia
  • "Crociati" (2001) (TV) sebagai Rachel
  • In Love and War (2001) (TV) sebagai Wanda
  • Regina degli scacchi (2001) sebagai Maria
  • Padre Pio - Tra cielo e terra (2000) (TV) sebagai Emilia
  • San Paolo (2000) (TV) sebagai Dinah
  • Mirka (2000) sebagai Elena
  • Ecco fatto (1998) sebagai Margherita
  • Il Principe di Homburg (1997) sebagai Natalia
  • Infiltrato (1996)
  • Eine Kleine Jazzmusik (1996) sebagai Zuzana
  • Khakestare Sabz (1994) sebagai Fatima
  • Nesmrteľná teta (1993) sebagai Puteri Pavlina

Pautan luar[sunting | sunting sumber]