29 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
29 April merupakan hari ke-119 (hari ke-120 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 246 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1770 - James Cook dan HM Bark Endeavour menjadi kapal Eropah pertama mendarat di Australia, berhampiran Sydney kini.
- 1862 - Angkatan Kesatuan di bawah David Farragut menawan New Orleans, dan memperoleh jalan masuk ke Sungai Mississippi sewaktu Perang Saudara Amerika.
- 1882 - Di Berlin, Ernst Werner von Siemens (gambar) menunjukkan Elektromote, bas sorong yang pertama di dunia.
- 1945 - Adolf Hitler berkahwin dengan Eva Braun dalam satu istiadat ringkas, dan kemudian mengimlakkan wasiatnya yang terakhir kepada setiausahanya di Führerbunker.
- 1946 - Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh bersidang dan mendakwa Hideki Tojo dan 27 lagi pemimpin Jepun dengan jenayah perang.
- 1970 - Perang Vietnam: Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan menceroboh Kemboja untuk memburu Viet Cong.
- 1991 - Siklon tropika yang amat kuat melanda Chittagong dan membunuh sekurang-kurang 138,000 orang serta meninggalkan 10 juta orang tanpa rumah di Bangladesh.
- 1992 - Pembebasan anggota-anggota polis putih yang memukul orang Amerika Afrika Rodney King mencetuskan rusuhan di Los Angeles.
- 2011 - 300 juta orang di seluruh dunia menonton perkahwinan Putera William, Duke Cambridge dan Catherine Middleton (gambar) di Westminster Abbey, London.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||