Belaban Hidup: Infeksi Zombie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belaban Hidup: Infeksi Zombie
PengarahRay Lee
Penulis
  • Misha Minut
  • Ray Lee
Cerita oleh
  • Misha Minut
  • Ray Lee
Dihasilkan oleh
  • Ray Lee
  • Misha Minut
DibintangiPekin Ibrahim
Altimet
Pablo Amirul
Tegar Septian
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Hornbill Films
Harry Aziz Entertainment
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 Ogos 2021 (2021-08-28) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaIban
Melayu

Belaban Hidup: Infeksi Zombie ("Perjuangan Hidup: Jangkitan Zombi" atau "Zombie Infection: Fight For Life") ialah sebuah filem indie seram Malaysia 2021 arahan Ray Lee pengarah dan ditulis oleh Misha Minut Panggau yang mana mereka turut berkhidmat sebagai penerbit, penulis dan pengurus.

Filem ini mula terkenal apabila berjaya dicalonkan dan merangkul 20 anugerah filem terbaik kategeri filem paling , filem seram terbaik, pemilihan rasmi di pesta filem di seluruh dunia seperti di Singapura, Jepun, Mexico, India, Rusia, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Filipina dan Sabah.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang eksperimen biologi secara haram oleh sekumpulan penganas orang asing telah mengakibatkan malapetaka besar apabila bumi Borneo berada dalam keadaan kronik selepas penduduk di situ diancam virus ala fenomena zombi. Keadaan menjadi epidemik selepas wabak ini merebak dengan pantas dan gagal dikawal. Pencetus eksperimen itu, Dr George (Orang Russia) dan kumpulannya memindahkan operasi mereka dari Pulau Comoros ke Pulau Borneo. Sekumpulan anak yatim dan orang asli telah diperdaya oleh Dr.George dan dijadikan bahan ujikaji mereka. Namun, selepas mengetahui bahawa ada kemungkinan mereka akan dibunuh, mereka cuba melarikan diri ke dalam hutan untuk mendapatkan pelindungan daripada puak-puak Iban yang menetap di pendalaman. Malangnya, kedatangan mereka itu mengundang syak wasangka apabila penduduk Iban di dalam hutan itu turut menjadi mangsa serangan mayat hidup itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Puteri Adrianna sebagai Sona
  • Altimet sebagai Sukma
  • Pablo Amirul sebagai Gadang
  • Faha Azhar sebagai Farish
  • Reyza Fenge sebagai Rey
  • Katrina Grey sebagai Christina
  • Cast Kazama sebagai Ichai
  • Ray Lee Voon Leong sebagai Kunyo
  • Ichak Mandie sebagai Lenggit
  • Leighton Manjah sebagai Apai Ujang
  • Anna Melissa sebagai Jawai
  • Nelissa Nizam sebagai Ayu
  • Hakim Nordin sebagai Hakim
  • Priscillia Olivia sebagai Zombie
  • Sharlene Ormilla sebagai Mayang
  • Cassidy Panggau sebagai Sidi
  • Misha Minut Panggau sebagai Ibu Rey
  • Tegar Septian sebagai Joko
  • Weeam Shawaheen sebagai Dr. George
  • Noel Tony sebagai Engkule
  • Pekin Ibrahim sebagai SWAT
  • Yuyue Madius sebagai Kina
  • Zeina Debo sebagai Isteri Dr.George

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Asalnya, filem Belaban Hidup (Idup) ini merupakan sebuah filem pendek berdurasi 5 minit bertajuk (Belaban Idup) yang dibuat pengambaran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Ray Lee dan Misha Minut Panggau. Misha Minut Panggau adalah seorang penerbit filem Dayak yang menciptai idea asal filem dan skrip zombie seram Belaban Hidup semenjak tahun 2015 bersama Ray Lee yang mengembangkan idea asal ini menjadi sebuah filem, ia diilhamkan oleh budaya pahlawan Dayak berpakaian baju gagung dan kemudian ditambah menjadi sebuah filem cereka penuh 91 minit dan berjaya disiapkan pada tahun 2020.

Misha Minut juga berperanan sebagai penasihat hal-ehwal, budaya dan perkakas (props) Iban dalam filem ini. Filem ini merupakan filem Dayak pertama terbitan penerbit wanita Dayak Sarawak Misha Minut Panggau yang berasal dari Limbang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muyhiddin Yassin turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Belaban Hidup.

Justeru itu terdapat 10 persatuan Dayak dan persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) memberi sijil pengiktirafan tahniah kepada filem ini. Selain daripada itu sepupu Sultan Selangor iaitu Y.A.M. Tengku Dato Dr Hishammuddin Zaizi Y.A.M.Tengku Azman Shah Al -Haj ibni Al-Marhum Sultan Hishammudin Alam Shah Al -Haj, Tengku Bendahara Selangor turut memberi sijil tahniah.

Filem ini telah memenangi filem terbaik dari Canadian Diversity Film Festival, Paris Film Festival, Asian Cinematography Awards (anjuran Fakulti Filem Universiti Filipina) dan dipilih oleh festival seram terbesar untuk tayangan dari Mexico, Amerika Syarikat, England dan Jepun seperti Macabro Mexico City International Horror Film Festival dan Yubari International Fantastic Film Festival, Portland Horror Film Festival, Phoenix FearCon (screening) di bulan September dan Oktober 2021. Filem Australia Sanctuary International Film Festival dan Ozie Indie Film Festival telah memilih filem ini untuk tayangan di Australia pada tahun 2022. Media tempatan dan antarabangsa seperti Bernama, South China Morning Post, Nikkei Asia, AlJazeera, Mediacorp dan Fangoria, Deadline turut memberi liputan kepada kejayaan filem Belaban Hidup.

Tayangan Malaysia akan bermula pada 28/8/2021 di Astro First dan Hulu TV Jepun pada 16/9/21.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penyelai ngepan bujang berani bansa Iban mantu filem 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' ini semua pelatau anugerah". Utusan Borneo Online (dalam bahasa Iban). 12 Mei 2021. Dicapai pada 13 Mei 2021.