Belantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cota

Belantan biasanya sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata untuk memukul musuh atau apa jua benda yang mengancam.

Pada kebiasaannya belantan berbentuk besar di satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. Belantan biasanya di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh.

Kayu pemukul basebal merupakan sejenis belantan yang digunakan dalam bidang sukan.

Belantan beransur-ansur berubah bentuk dan bahagian yang digunakan untuk memukul musuh kadang kala mempunyai bentuk bintang untuk lebih mencederakan musuh. Belantan juga berubah daripada diperbuat daripada kayu, menjadi diperbuat dengan logam dan berkepala, dikenali sebagai cokmar.