Cokmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelbagai jenis cokmar.

Cokmar merupakan belantan yang dimajukan dangan penggunaan bahan logam bagi menggantikan kayu dan penggunaan bentuk tajam bagi menjadikan cokmar lebih berbahaya.

Pada kebiasaannya cokmar berbentuk besar dan biasanya bersegi dan tajam pada satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. Cokmar di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh.

Di negeri barat, kesateria yang mengenakan baju zarah besi menyebabkan cokmar digunakan semasa bertempur disebabkan kepala cokmar yang berat dan tajam mampu menembusi baju besi kesateria itu.

Cokmar tembikar yang dijumpai berhampiran Samotovac
Ukiran Hanuman membawa gunung Dronagiri, dengan tangan kiri memegang cokmar.

Cokmar merupakan senjata kegemaran ahli gereja yang turut bertempur disebabkan terdapat larangan dalam agama Kristian untuk para paderi menumpahkan darah contoh, menggunakan senjata tajam.