Bendera New Zealand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 2:1

Bendera New Zealand diperkenalkan pada tahun 1869 dan dijadikan bendera kebangsaan pada tahun 1902. Bendera ini merupakan ensign biru dengan bendera United Kingdom di bahagian atas sebelah kiri dan empat bintang merah bersalut putih di sebelah kanan.

Bendera United Kingdom melambangkan warisan New Zealand dengan persatuan negara-negaraKomanwel. Bintang-bintang melambangkan buruj (constellation) Crux atau Southern Cross. Bermula dari sebelah atas ikut jam adalah bintang Acrux, Becrux, gamma Crucis dan delta Crucis.

Nisbah bendera in ialah 2:1 dan warna-warnanya adalah Merah (Pantone 186), Biru (Pantone 280) dan Putih. Nisbah dan warna bendera serupa dengan bendera United Kingdom.

Untuk beberapa tahun, terdapat usulan untuk mengubah bendera New Zealand ke rekabentuk yang baru. Pelopor idea ini mengatakan bahawa bendera yang kini terlalu memberatkan hubungan New Zealand dengan United Kingdom dan tidak berhasil membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat. Mereka yang membantah usulan ini mengatakan bahawa ramai rakyat New Zealand telah berperang dan gugur di bawah bendera ini; oleh itu ia tidak harus diubah. Rujuksuara di New Zealand menunjukkan bahawa majoriti penduduknya ingin mengekalkan bendera ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]