New Zealand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
New Zealand
نيوزيلندا
Aotearoa  (Māori)
Bendera
Lagu: God Defend New Zealand
God Save the Queen1
Ibu negara Wellington
41°17′S 174°27′E / 41.283°S 174.450°T / -41.283; 174.450
Bandar terbesar Auckland
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris3 (98%)11
Māori (4.2%)11
Bahasa Isyarat New Zealand (0.6%)11
Kerajaan Demokrasi berparlimen (Raja berpelembagaan)
 -  Ketua Negara Ratu Elizabeth II
 -  Gabenor Anand Satyanand
 -  Perdana Menteri John Key
Merdeka dari United Kingdom
 -  Tarikh 26 September 19074 
 -  Tugu Westminster 1931 
 -  Kemerdekaan (sepenuhnya) 1947 
 -  Perairan (%) 2.1
Populasi
 -  2008 (anggaran) 4,268,0005 (ke-122)
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $103.380 bilion7 (ke-53)
 -  Per kapita $25,5318 (ke-58)
Mata wang Dolar New Zealand (NZD)
Zon waktu NZST9 (UTC+12)
Kod panggilan 64
Internet TLD .nz10
1 God Save the Queen merupakan lagu kebangsaan rasmi tetapi secara amnya cuma dimainkan di upacara yang berkaitan dengan keluarga atau pihak diraja. [1]
2 Auckland merupakan kawasan yang paling besar; Bandar raya Auckland merupakan bandar yang paling besar.
3 Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi nyatanya; tetapi bahasa yang lagi dua juga mendapat status rasmi secara undang-undang.
4 Terdapat banyak tarikh yang boleh diambilkira untuk kemerdekaan (lihat Kemerdekaan New Zealand).
5  Jangkaan populasi penduduk New Zealand pada 31 Jun 2008National Population Estimates: June 2008 quarter
6 Bancian New Zealand 2006, kiraan akhir, termasuk pengunjung luar negara. [1]PDF (370 KiB)
7 Tahun 2006 GDP adalah 155.763 bilion NZD [2]
8  Tahun 2006 GDP per kapita adalah 37,896 NZD.
9 Kepulauan Chatham mempunyai zon waktu yang berbeza, 45 minit lebih awal dari New Zealand.
10 Wilayah Niue, Kepulauan Cook dan Tokelau ada cctld mereka sendiri, .nu, .ck dan.tk.
11 Peratusan yang tidak ditambah kepada 100%, disebabkan setengah penduduk mempunyai kebolehan lebih dari satu bahasa. Ini tidak termasuk kepada yang tidak memberi maklum balas dan mereka yang tidak boleh bertutur (seperti terlalu muda untuk bertutur).Language spoken (total responses) for the census usually resident population count, 2006 (revised 21 December 2006).

New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar yang utama (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan banyak sekali pulau-pulau yang lebih kecil, terutama Pulau Stewart / Pulau Rakiura dan Kepulauan Chatham. Masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang' (Bahasa Inggeris: The Land of the Long White Cloud). Kerajaan New Zealand juga termasuk Kepulauan Cook dan Niue (berkerajaan sendiri tetapi negara bersekutu); Tokelau dan Wilayah tanggungan Ross. (Wilayah tuntutan di Antartika).

New Zealand terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000 km (1250 batu) tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji dan Tonga. Disebabkan oleh pengasingannya yang lama, New Zealand telah membangunkan satu fauna tersendiri yang didominasi oleh burung, banyak daripadanya telah menjadi pupus selepas ketibaan manusia dan mamalia yang mereka telah perkenalkan.

Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan Eropah dan etnik peribumi Maori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga menjadi kaum minoriti yang signifikan, terutamanya di bandar-bandar besar.

Ratu Elizabeth II sebagai Ratu New Zealand, adalah merupakan ketua negara dan di dalam ketiadaan baginda, ia diwakilkan oleh seorang Gabenor-Jeneral yang berkecuali. Baginda tidak mempunyai apa-apa pengaruh politik. Kuasa politik sebenarnya dipegang oleh Parlimen New Zealand yang dipilih secara demokratik di bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan. New Zealand mempunyai dasar ekonomi terbuka yang terkenal sebagai negara yang mempunyai pasaran paling terbuka ekonomi kapitalis di dunia.[3] Nama Eropah bagi New Zealand adalah Staten Landt, satu nama diberi kepadanya oleh seorang penjelajah Belanda Abel Tasman, orang Eropah pertama yang melihat kepulauan tersebut. Tasman telah mengandaikan bahawa ia merupakan sebahagian daripada benua selatan yang dihubungkan dengan daratan yang dijumpai di dalam tahun 1615 di hujung Amerika Selatan oleh Jacob Le Maire.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui apakah hubungan antara orang Mouri dengan istilah New Zealand. Tetapi orang Mouri menggelar Pulau North sebagai 'Te Ika-a-Māui' yang bermaksud ikan Maui. Pulau South pula dipanggil 'Te Wai Pounamu' yang bermaksud air daripada batu hijau atau 'Te Waka o Aoraki' (kanu Aoraki). [4] Sehingga kurun ke-20 , Pulau Utara dirujuk sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Sejalur awan Putih panjang';[5] Di dalam masyarakat Maori moden yang merujuk seluruh kepulauan New Zealand. Aotearoa juga biasa digunakan di dalam maksud ini di dalam Bahasa Inggeris New Zealand.

Asal nama New Zealand berasal daripada catatan ahli kartografi pelukis peta Belanda yang memanggilnya 'Nova Zeelandia' , iaitu satu wilayah Belanda yang bernama Zeeland.[6] Ahli pelayaran British bernama James Cook telah menginggeriskan nama itu kepada New Zealand. Di sana tiada hubungannya dengan pulau Zealand kepunyaan Denmark.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah New Zealand

Menurut mitos legenda orang Maori pertama datang ke New Zealand ialah Kupe. Kira-kira 1000 tahun dahulu, dia mendayung kanu dari Polinesia dan menemui Pulau Selatan lalu menamakan tanah baharu itu Aotearoa yang bermaksud negara awan putih yang panjang. Nama tersebut digunakan hingga kini yang bermaksud New Zealand dalam bahasa Maori. Kebanyakan puak Maori mula bertapak dan membina kumpulan masyarakat mereka.

Orang Eropah pertama yang tiba di kepulauan New Zealand ialah penjelajah Belanda, Abel Tasman. Dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1630 dan mengetuai anak kapal dalam pencarian wilayah perairan yang belum diterokai. Dia menemui kepulauan New Zealand pada tahun 1642. Pada tahun 1769, penjelajah British, Kapten James Cook mengambil masa selama enam bulan untuk mengkaji dan melakar peta New Zealand. Pada abad ke-18, orang Eropah mula bermigrasi ke New Zealand disebabkan kekayaan sumber semula jadinya dengan bantuan Kerajaan England. Pada masa yang sama, mereka cuba meluaskan jajahan Eropah.

Perselisihan faham sering berlaku kerana berbeza bangsa dan budaya. Pada tahun 1840, pihak British dan puak Maori menandatangani Perjanjian Waitangi yang meletakkan negara itu di bawah Empayar British. Perjanjian ini menetapkan pelantikan Gabenor British untuk New Zealand, mengiktiraf pemilikan tanah serta harta kaum Maori untuk dan memberi hak sebagai warga British pada kaum Maori. Mengikut Akta Perlembagaan New Zealand 1852 mengiktiraf pemerintahan kerajaan sendiri pada jajahan New Zealand. Seterusnya Parlimen New Zealand ditubuhkan pada tahun 1854.

Semakin ramai orang Eropah bermigrasi ke New Zealand selepas Perjanjian Waitangi menyebabkan banyak konflik dalaman berlaku. Beberapa siri peperangan tercetus antara kaum pribumi dan British dari tahun 1843 hingga 1870. Akibatnya ramai kaum Maori menjadi mangsa malah populasinya juga berkurang. Demi mengelakkan pertempuran berpanjangan dan konflik berulang, kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk berdamai. Pada tahun 1890, pilihan raya umum kali pertama dilaksanakan. Golongan wanita pula dibenarkan mengundi dalam pilihan raya seluruh negara pada tahun 1893. New Zealand dianugerahkan dominion (hak atau kuasa memerintah) daripada kerajaan British pada tahun 1907 tetapi bukan bermaksud kemerdekaan mutlak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik New Zealand

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

John Key, Perdana Menteri New Zealand

New Zealand adalah merupakan sebuah kerajaan beraja dengan demokrasi berparlimen]]. [7] Walaupun ia tidak mempunyai perlembagaan berkod, Akta Perlembagaan 1986 adalah merupakan prinsip penyataan rasmi bagi struktur perlembagaan New Zealand. Ratu Elizabeth II adalah ketua negara dan bergelar Ratu New Zealand di bawah Akta Gelaran DiRaja 1974. Baginda diwakilkan oleh Gabenor-Jeneral yang baginda lantik melalui nasihat Perdana Menteri. Gabenor-Jeneral sekarang adalah Anand Satyanand.

Gabenor-Jeneral menggunakan kuasa prerogatif raja, seperti kuasa untuk melantik dan memecat menteri dan membubarkan parlimen, dan dalam situasi-situasi yang jarang, kuasa . Gabenor-Jeneral juga memperngerusikan Majlis Eksekutif yang merupakan jawatankuasa formal mengandungi semua menteri kerajaan. Ahli-ahli majlis eksekutif diperlukan untuk menjadi Ahli Parlimen, dan kebanyakannya juga termasuk di dalam Kabinet. Kabinet adalah badan pembuat dasar paling senior dan ia diketuai oleh Perdana Menteri yang juga adalah, di dalam persidangan merupakan ketua parlimen parti pemerintah atau perikatan. Perdana Menteri yang akan tamat tempoh, Helen Clark. Berikutan dengan Pilihan Raya Umum 2008, John Key daripada Parti Nasional dijangka akan dilantik menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Parlimen New Zealand mempunyai satu dewan perundangan, Dewan Perwakilan yang biasanya mempunyai 120 kerusi 99 Ahli Parlimen. Pilihan Raya Umum diadakan setiap tiga tahun di bawah satu bentuk nisbah perwakilan yang dipanggil sebagai Nisbah Percampuran Ahli. Pilihan Raya Umum, 2005 telah mencipta satu 'satu kerusi lebih tergantung, yang diisi oleh Parti Māori, disebabkan oleh parti yang menang memenangi lebih kerusi di dalam badan pengundian daripada bilangan kerusi yang bahagian undi parti yang mungkin diberikan kepadanya.

Semenjak 17 Oktober 2005 Buruh sudah di dalam perikatan rasmi dengan Parti Kemajuan, Jim Anderton menjadi MPnya yang tunggal. Tambahan pula, New Zealand First dan United Future memberikan bekalan dan keyakinan sebagai timbal balas bagi pemimpin-pemimpin mereka menjadi menteri-menteri di luar kabinet. Satu penyusunan telah dibuat dengan Green Party, yang telah memberikan satu komitmen tidak mengundi menentang kerajaan di dalam keyakinan dan bekalan. Semenjak awal 2007 Buruh sudah mempunyai undi proksi Taito Phillip Field, Seorang bekas MP Buruh. Penyusunan begini memastikan satu majoriti daripada tujuh MP dalam menangani undi keyakinan.

Pemimpin Pembangkang adalah ketua Parti Nasional John Key. Parti ACT dan Parti Māori adalah juga pembangkang. Hijau, New Zealand First dan United Future mengundi menentang kerajaan dalam beberapa hal undang-undang.

Mahkamah tertinggi di New Zealand adalah Mahkamah Agung New Zealand, ditubuhkan pada tahun 2004 berikutan penggubalan Akta Mahkamah Agung 2003. Akta ini telah memansuhkan pilihan untuk merayu kepada Majlis Privi di London. Ketua Hakim terkini adalah Dame Sian Elias. Bidang kehakiman New Zealand juga termasuklah Mahkamah Rayuan; Mahkamah Tinggi, yang mengadili jenayah undang-undang dan hal-ehwal sivil pada peringkat pembicaraan dan dengan rayuan dari mahkamah rendah dan tribunal-tribunal; dan mahkamah subordinat.

New Zealand adalah satu-satunya negara di dunia yang jawatan tertinggi di negara berkenaan dikuasai oleh wanita: Ratu Elizabeth II, Gabenor Jeneral Dame Silvia Cartwright, Perdana Menteri Helen Clark, Speaker Dewan Perwakilan New Zealand Margaret Wilson dan Ketua Hakim Dame Sian Elias berada di dalam pejabat di antara Mac 2005 dan Ogos 2006. Syarikat terbesar New Zealand, Telecom New Zealand sudah mempunyai seorang wanita - Theresa Gattung - CEOnya pada masa itu.

Hubungan luar dan ketenteraan[sunting | sunting sumber]

New Zealand mengekalkan satu profil yang kuat ke atas perlindungan alam sekitar, hak asasi manusia dan perdagangan bebas, terutamanya di dalam pertanian.

New Zealand adalah ahli APEC, Kemuncak Asia Timur, Negara-negara Komanwel, OECD dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. New Zealand adalah parti kepada sebilangan perjanjian perdagangan bebas, yang mana [a;liong penting adalah Perjanjian perdagangan bebas China-New Zealand dan Hubungan Ekonomi Lebih Rapat dengan Australia.

HMNZS Canterbury adalah pengangkut pelbagai peranan dalam Tentera Laut Di Raja New Zealand.

Bagi seratus tahun pertama, New Zealand mengikut pimpinan United Kingdom pada polisi luar negeri. Di dalam pengisytiharan perang ke atas Jerman pada 3 September 1939, Perdana Menteri Michael Savage mendakwa "Mana dia pergi, kita pergi; mana dia tegas, kita tegas"("Where she goes, we go; where she stands, we stand"). Selepas peperangan, Amerika Syarikat memberikan pengaruh yang lebih ke atas budaya dan masyarakat New Zealand mendapat satu pandangan yang lebih jelas tentang identiti kenegaraan. New Zealand telah bergabung dengan Australia dan Amerika Syarikat dalam perjanjian keselamatan ANZUS pada tahun 1951, dan kemudiannya berperang bersama-sama diikuti dengan Amerika Syarikat di dalam kedua-dua Perang Korea dan the Vietnam. Sebaliknya, United Kingdom telah menjadi lebih fokus kepada kepentingan Eropahnya berikutan Krisis Suez, dan New Zealand telah dipaksa untuk mencari pasaran baru selepas UK bergabung dengan Kesatuan Eropah pada tahun 1973. [8]

New Zealand sudah secara tradisinya bekerja rapat dengan Australia, yang mana polisi luarnya mengikuti arah aliran sejarah yang sama. Kemudian pula, banyak Kepulauan Pasifik seperti Samoa Barat telah melihat kepada kepimpinan New Zealand. Pengaruh Amerika ke atas New Zealand telah dilemahkan oleh rasa kekecewaan terhadap Perang Vietnam, penenggelaman Rainbow Warrior oleh Perancis, dan oleh pertelagahan terhadap isu-isu alam sekitar dan perdagangan pertanian serta polisi bebas nuklear.

Pada mulanya perjanjian ANZUS telah disepakati di kalangan kerajaan New Sealand, Australia dan Amerika Syarikat, namun kini ini bukan lagi kes tersebut. Pada Februari 1985, New Zealand menolak kapal berkuasa nuklear atau bersenjata nuklear singgah ke pelabuhannya. New Zealand telah menjadi Zon bebas Nuklear di dalam tahun Jun 1987, negara bersekutu Barat yang pertama berbuat demikian.[9][10][11] Pada tahun 1986 Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ia telah memansuhkan perjanjian keselamatan dengan New Zealand sehingga kebenaran menggunakan pelabuhan tersebut dikembalikan. Zon Bebas Nuklear New Zealand, Pelucutan senjata, dan Akta Kawalan Senjata 1987 melarang persinggahan senjata nuklear di dalam wilayah New Zealand dan kemasukan kapal-kapal berjanakuasa atau bersenjatakan nuklear ke dalam perairan. Undang-undang ini menjadi punca perdebatan dan asas kepada Amerika Syarikat' kembali menggantung perjanjian dengan New Zealand.

Di dalam New Zealand, terdapat pelbagai peperangan di antara puak iwi, dan di antara pendatang British dan iwi. New Zealand sudah berperang di dalam Perang Boer Kedua, Perang Dunia I, Perang Dunia II, the Perang Korea, Darurat Malaya (dan askar-askar berdedikasi, pejuang dan pengebom berikutan konfrontasi dengan Indonesia), Perang Vietnam, Perang Teluk dan Perang Afghanistan. Ia juga telah menghantar satu unit kejuruteraan tentera untuk menolong membina infrastruktur Iraq selama setahun semasa Perang Iraq. Pada tahun 2008 Askar New Zealand masih lagi aktif di Afghanistan.

Pasukan Pertahanan New Zealand mempunyai tiga cawangan: Tentera New Zealand, Tentera Laut Di Raja New Zealand dan Tentara Udara DiRaja New Zealand. New Zealand memikirkan pertahanan kebangsaannya perlu sederhana; ia memansuhkan kebolehan pertarungan udara pada tahun 2001. New Zealand telah menyumbangkan pasukannya ke misi-misi keamanan serantau dan global , termasuklah di Cyprus, Somalia, Bosnia dan Herzegovina, Semenanjung Sinai, Angola, Kemboja, sempadan Iran/Iraq, Bougainville, Timor timur, dan Kepulauan Solomon.[12]

Kerajaan tempatan dan wilayah luar[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar besar dan pekan di New Zealand

Pendatang awal Eropah membahagikan New Zealand kepada provinsi-provinsi. Ia telah dimansuhkan pada tahun1876 supaya kerajaan boleh dipusatkan, bagi alasan-alasan kewangan. Hasilnya, New Zealand tidak mempunyai entiti subnasional yang terpisah seperti provinsi, negeri atau wilayah, lain daripada kerajaan tempatan. Walau bagaimanapun, semangat provinsi masih lagi hidup, dan di situ terdapat permusuhan yang sengit yang ditunjukkan di dalam acara-acara sukan dan budaya. Semenjak 1876, kerajaan tempatan sudah mentadbir pelbagai daerah di New Zealand. Pada tahun 1989, kerajaan telah menyusun kembali kerajaan tempatan, melaksanakan struktur dua ikatan majlis-majlis daerah dan penguasa jajahan terkandung di bawah Akta Kerajaan Tempatan 2002. Pada tahun 1991, Akta Pengurusan Sumber 1991 menggantikan Akta Perancang Bandar dan Negara sebagai undang-undang perancang yang utama bagi kerajaan tempatan.

New Zealand mempunyai 12 majlis-majlis daerah bagi pentadbiran hal ehwal alam sekitar daerah dan pengangkutan dan 73 penguasa jajahan yang mentadbir jalanraya, pembentungan, persetujuan bangunan, dan hal ehwal tempatan yang lain. Penguasa jajahan adalah 16 majlis perbandaran, 57 majlis daerah, dan Majlis Kaunti Kepulauan Chatham . Empat daripada majlis jajahan (satu bandar dan tiga daerah) dan Majlis Kaunti Kepulauan Chatham juga menunjukkan fungsi-fungsi majlis daerah dan ia dikenali sebagai kesatuan penguasa. Penguasa jajahan daerah adalah bukan pembahagian kecil bagi majlis daerah, dan ada beberapa daripada mereka merentangi sempadan majlis wilayah.

Kawasan-kawasan New Zealand adalah (bintang menandakan kesatuan penguasa): Northland, Auckland, Waikato, Teluk Plenty, Gisborne*, Hawke's Bay, Taranaki, Manawatu-Wanganui, Wellington, Marlborough*, Nelson*, Tasman*, West Coast, Canterbury, Otago, Southland, Chatham Islands*.

Oleh kerana ia merupakan sebuah negara Pasifik Selatan yang besar, New Zealand mempunyai hubungan rapat dengan banyak negara-negara Kepulauan Pasifik, dan meneruskan hubungan politik dengan Kepulauan Cook, Niue dan Tokelau. New Zealand mengendalikan Pengkalan Scott di dalam wilayah Antartikanya, Wilayah Tanggungan Ross. Negara-negara lain juga menggunakan Christchurch untuk menyokong pengkalan Antartikanya dan bandaraya ini kadangkala dikenali sebagai "Gerbang ke Antartika".

latitud New Zealand, daripada lebih kurang 34 to 47°S, berhubung secara rapat kepada Itali di Hemisfera Utara. Bagaimanapun, pengasingannya daripada pengaruh kebenuaan dan pendedahan kepada angin selatan yang dingin dan arus lautan memberikan iklimnya bersifat lebih sederhana. Iklim melalui negara adalah lembut dan sederhana, terutamanya maritim, dengan suhunya jarang jatuh di bawah 0°C (32°F) atau naik melebihi 30 °C (86 °F) dalam kawasan padat. Sejarahnya, maksima dan minima adalah 42.4 °C (108.3 °F) in Rangiora, Canterbury dan -21.6 °C (-6.9 °F) di Ophir, Otago.[13] Keadaan berbeza-beza merentasi kawasan-kawasan daripada sangat lembab pada Pantai Barat di Pulau Selatan hingga ke separuh kering (Köppen BSh) di Lembangan Mackenzie di kawasan pendalaman Canterbury dan subtropikal di Northland. Daripada bandar-bandar utama, Christchurch adalah bandar yang paling kering, menerima hanya 640 mm (25 in) hujan setahun; Auckland, paling lembab, menerima hampir dua kali ganda bilangan berkenaan. Auckland, Wellington dan Christchurch semuanya menerima anggara setahun melebihi 2000 jam setahun. Di bahagian selatan dan tenggara Pulau Selatan pula mengalami satu iklimyang lebih sejuk dan berawan, 1400–1600 jam; utara dan timur Pulau Selatan merupakan kawasan yang paling cerah dan menerima kira-kira 2400–2500 jam.[14]

Kepelbagaian bio di New Zealand[sunting | sunting sumber]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi New Zealand


New Zealand mempunyai satu ekonomi maju, moden dan makmur dengan anggaran nominal Keluaran dalam negeri kasar (GDP) bernilai AS$128.1 bilion (2008). Negara ini mempunyai satu sara hidup yang agak tinggi dengan anggaran GDP per kapita AS$30,234 pada tahun 2008, berbanding dengan Eropah Selatan, e.g. Sepanyol US$33,385, tetapi lebih rendah daripada Amerika Syarikat pada AS$46,820.[15] Semenjak tahun 2000 New Zealand sudah mendapat peningkatan teguh di dalam median pendapatan rumah. New Zealand, bersama-sama dengan Australia, berjaya melepasi kemelesetan awal 2000-an yang memberi kesan buruk kepada kebanyakan negara-negara Barat lain.

Rakyat New Zealand mempunyai satu paras kepuasan yang tinggi diukur oleh tinjauan antarabangsa; di sebalik paras KDNK se kepala yang rendah daripada banyak negara OECD yang lain. Negara ini berkedudukan ke-20 pada tahun Indeks Pembangunan Manusia dan ke-15 di dalam indeks kualiti hidup sedunia 2005 anjuran The Economist's.[16] Negara ini juga berkedudukan pertama dalam kepuasan hidup dan ke-5 dalam keseluruhan kemakmuran pada tahun indeks kemakmuran Legatum Institute 2007 .[17][18] Tambahan lagi, Tinjauan Kualiti Hidup Mercer 2007 menamakan kedudukan Auckland pada tempat ke-5 dan Wellington ke-12 di dunia pada senarainya.[19] Cukai di New Zealand lebih ringan daripada negara-negara OECD yang lain. New Zealand adalah salah satu daripada negara berekonomi kapitalis yang paling mengutamakan pasaran bebas merujuk kepada indeks kebebasan ekonomi.

Sektor perkhidmatan merupakan sektor terbesar (68.8% daripada GDP), diikuti dengan pembinaan dan pengilangan (26.9% daripada GDP) dan the penternakan/pengekstrakan bahan mentah (4.3% daripada GDP).[20]

New Zealand merupakan sebuah negara yang terlalu bergantung kepada perdagangan bebas, terutamanya di dalam produk-produk pertanian. Akaun eksport adalah sekitar 24% daripada output,[20] yang mana ia merupakan perangkaan yang tinggi (ia adalah sekitar 50% bagi negara-negara Eropah yang kecil).[ii] Ini menjadikan New Zealand mudah terdedah kepada harga-harga komoditi global dan antarabangsa penurunan ekonomi. Eksport industri utamanya adalah pertanian, hortikultur, perikanan dan perhutanan. Ini membuatkan kira-kira separuh daripada eksport negara. Rakan konghsi eksport besarnya adalah Australia 20.5%, AS 13.1%, Jepun 10.3%, China 5.4%, UK 4.9% (2006).[20] Perlancongan memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi New Zealand. Perlancongan menyumbangkan $12.8 bilion (atau 8.9%) ke dalam jumlah GDP New Zealand dan menyokong hampir 200,000 pekerjaan sepenuh masa (9.9% daripada jumlah tenaga kerja New Zealand).[21] Tourists to New Zealand are expected to increase at a rate of 4% annually up to 2013.[21]

Dolar New Zealand dollar adalah merupakan matawang New Zealand. Ia juga beredar di dalam Kepulauan Cook (lihat juga Dolar Kepulauan Cook), Niue, Tokelau, dan juga Kepulauan Pitcairn. Ia juga secara tidak rasmi dikenali sebagai "Kiwi (dolar)".

Sejarah terkini[sunting | sunting sumber]

Milford Sound, Destinasi pelancongan terkenal di New Zealand[22]

Secara turun temurun, New Zealand telah mengalami satu gaya hidup yang tinggi, yang mana ia bergantung kepada hubungannya yang kuat dengan United Kingdom, dan menghasilkan satu pasaran stabil kepada eksport komoditinya. Ekonomi New Zealand juga berdiri di atas satu julat kecil produk-produk penting, seperti bulu, daging dan hasil tenusu. Permintaan tinggi terhadap produk-produk ini - seperti New Zealand wool boom pada tahun 1951 telah mencipta satu tempoh masa kemakmuran yang berkekalan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1973 United Kingdom telah bergabung dengan Kesatuan Eropah yang mana secara berkesannya ia menamatkan hubungan rapat ekonomi di antara dua negara. Semasa tahun 1970-an faktor-faktor yang lain seperti krisis minyak telah merendahkan ekonomi New Zealand yang berdaya maju; bagi tempoh sebelum 1973 ia telah berjaya mencapai gaya hidup melebihi kedua-dua Australia dan Eropah Barat.[23] Peristiwa-peristiwa ini membawa kepada satu krisis ekonomi yang berpanjangan dan memeritkan, semasa di mana gaya hidup di New Zealand jatuh di bawah Australia dan Eropah Barat, dan pada tahun 1982 New Zealand merupakan negara maju pendapatan per-kapita terendah apabila dibanci oleh Bank Dunia.[24]

Semenjak 1984, kerajaan berikutnya telah melibatkan diri di dalam penstrukturan semula makroekonomi besar, mengubah New Zealand daripada satu ekonomi bersifat pelindung dan mengawal kepada satu ekonomi perdagangan bebas yang terbuka. Perubahan ini dinamakan sebagai Rogernomics dan Ruthanasia selepas Menteri-menteri Kewangan Roger Douglas dan Ruth Richardson. Satu kemelesetan telah bermula selepas kejatuhan pasaran saham 1987 dan menyebabkan pengangguran mencapai 10% pada awal 1990-an. Seterusnya ekonomi telah pulih dan kadar pengangguran New Zealand telah mencapai satu rekod terendah iaitu 3.4% pada suku Disember 2007, berkedudukan kelima di dalam dua puluh tujuh negara OECD dengan perbandingan data.[25]

Objektif-objektif ekonomi terkini kerajaan adalah berpusat kepada pengejaran perjanjian perdagangan bebas dan membina satu "knowledge economy". Pada 7 April 2008, New Zealand dan China telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas New Zealand - China, perjanjian pertama bagi China menandatangani dengan negara maju.[26] Cabaran-cabaran ekonomi masakini bagi New Zealand termasuklah satu defisit akaun terkini 7.9% daripada GDP,[27] pembangunan eksport bukan komoditi dan tumbesaran produktiviti buruh yang perlahan. New Zealand sudah mengalami satu siri "brain drains" semenjak 1970-an,[28] disebabkan orang muda berpendidikan sudah pergi ke Australia, Britain atau Amerika Syarikat secara tetap. "Gaya hidup Kiwi" dan faktor keluarga/whanau menggerakkan beberapa ekspatriat untuk kembali, manakala kerjaya, budaya, dan faktor ekonomi cenderung untuk 'menolak' komponen-komponennya, membiarkan mereka di luar negara.[29] Di dalam tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, satu brain gain membawa masuk para berpendidikan profesional dari negara-negara miskin, juga Eropah, sebagai pendatang tetap.[30][31]

Kumpulan Etnik di New Zealand[sunting | sunting sumber]

Bangsa Afrika/Kulit Hitam[sunting | sunting sumber]

Bangsa Asia[sunting | sunting sumber]

Bangsa Australasia[sunting | sunting sumber]

Bangsa Campuran[sunting | sunting sumber]

Bangsa Eropah/Kulit Putih[sunting | sunting sumber]

Bangsa Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. New Zealand's National Anthems
  2. Gross Domestic Product: June 2006 quarter - Statistics New Zealand
  3. New Zealand, Index of Economic Freedom
  4. Mein Smith (2005) pg 6.
  5. King (2003) pg 41.
  6. Wilson, John (2007-09-21). "Tasman’s achievement". Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand. http://www.teara.govt.nz/NewZealanders/NewZealandPeoples/EuropeanDiscoveryOfNewZealand/3/en. Capaian 2008-02-16. 
  7. "Over the course of her reign The Queen has been a regular visitor to New Zealand, paying 10 visits". The Monarchy Today. http://www.royal.gov.uk//output/Page4913.asp. Capaian 2007-09-28. 
  8. Patman (2005) pg 8.
  9. Lange (1990).
  10. Dewes, Kate. "Legal challenges to nuclear weapons from AOTEAROA/NewZealand". disarmsecure.org. http://www.disarmsecure.org/publications/papers/legal_challenges.html. Capaian 2007-09-28. 
  11. Green, Robert. "The Naked Nuclear Emperor — Debunking Nuclear Deterrence". disarmsecure.org. http://www.disarmsecure.org/publications/books/. Capaian 2007-09-28. 
  12. "New Zealand Defence Force Overseas Operations". nzdf.mil.nz. 2008-01-22. http://www.nzdf.mil.nz/operations/default.htm. Capaian 2008-02-17. 
  13. "Summary of New Zealand climate extremes". National Institute of Water and Atmospheric Research. 2004. http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate/extreme/. Capaian 2008-02-17. 
  14. "Mean monthly sunshine hours" (XLS). National Institute of Water and Atmospheric Research. http://www.niwascience.co.nz/__data/assets/file/0006/44655/sunshine.xls. 
  15. "5. Report for Selected Countries and Subjects". IMF. http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2007/02/weodata/weorept.aspx?sy=2004&ey=2008&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&c=193%2C158%2C122%2C542%2C124%2C137%2C156%2C138%2C423%2C196%2C128%2C142%2C172%2C182%2C132%2C576%2C134%2C961%2C174%2C184%2C532%2C144%2C176%2C146%2C178%2C528%2C436%2C112%2C136%2C111&s=NGDP_R%2CNGDP_RPCH%2CNGDP%2CNGDPD%2CNGDPRPC%2CNGDPPC%2CNGDPDPC%2CNGAP_NPGDP&grp=0&a=&pr.x=54&pr.y=5. Capaian 2008-04-07. 
  16. "The Economist Intelligence Unit's quality-of-life index" (PDF). The World in 2005. The Economist. pp. 4. http://www.economist.com/media/pdf/QUALITY_OF_LIFE.pdf. Capaian 2007-03-13. 
  17. "Kiwis world's most satisfied", National Business Review, 5 July 2007. Dicapai pada 2007-11-30. 
  18. "The 2007 Legatum Prosperity Index". LIGD. prosperity.org. http://www.prosperity.org/ranking.aspx. Capaian 2007-11-30. 
  19. "Highlights from the 2007 Quality of Living Survey". Mercer. 2007-04-07. http://www.mercerhr.com/referencecontent.jhtml?idContent=1128060. Capaian 2008-02-22. 
  20. 20.0 20.1 20.2 "The World Factbook - New Zealand". CIA. 2007-11-15. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/nz.html. Capaian 2007-11-30. 
  21. 21.0 21.1 "Key Tourism Statistics" (PDF). Kementerian Pelancongan. February 2008. http://www.tourismresearch.govt.nz/NR/rdonlyres/6A3DA5F7-2CAD-4618-B610-EFC861876A8F/23683/KeyTourismStatisticsFeb2008.pdf. Capaian 2008-02-22. 
  22. "Milford Sound tops list of travellers destinations" (url). www.stuff.co.nz. 2008-05-01. http://www.stuff.co.nz/4505254a34.html. Capaian 2008-05-13. 
  23. 1966 Encyclopedia of New Zealand - standard of living comparison table
  24. Up from down under; National Review article
  25. Bingham, Eugene (7 April 2008). "The miracle of full employment". New Zealand Herald. http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=10502512. Capaian 2008-09-17. 
  26. Fran O'Sullivan with NZPA. "Trade agreement just the start - Clark", The New Zealand Herald, 7 April 2008. 
  27. NZPA. "December quarter current account deficit better than expected", The New Zealand Herald, 27 March 2008. 
  28. Davenport (2004).
  29. Inkson (2004).
  30. Winkelmann (2000).
  31. Bain (2006) pg 44.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Lihat juga Daftar negara