Bengkang ubi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih bingka ubi.
Kuih bingka ubi.

Kuih bingka ubi atau di pantai timur dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih bingka yang diperbuat dari ubi kayu. Kuih tradisi ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Kuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung gandum sedikitpun.

Bahan-bahannya[sunting | sunting sumber]

  • 1 kg ubi kayu sagat
  • 650 ml santan kelapa
  • 100 grm nisan
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak sapi

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Masukkan semua santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan, minyak sapi dan garam ke dalam periuk dan kacau. Kacau sehingga gula telah larut dan tidak perlu tunggu sampai bancuhan mendidih, boleh ditutup api dapur dan ketepikan dulu bancuhan santan ini.

Parutan ubi kayu di masukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan dari ubi kayu. Buat sedikit demi sedikit sehingga habis. Parutan ubi kayu yang sudah diperah dimasukkan ke dalam bekas lain. Biar air perahan selama 20-30 minit supaya sagunya mendak. Perlahan-lahan buangkan air di pemukaan dan ambil sagu tu dan digaul bersama parutan ubi.

Panas kan oven pada suhu 180'C dan sapukan loyang dengan minyak masak kemudian alas loyang dengan aluminium foil , biarkan aluminium lebih di kiri dan kanan tebing loyang supaya senang nak tarik keluar bingka yang dah masak . Sapu sedikit minyak masak pada pemukaan alumium foil ini.

Tapis bancuhan santan tadi dan tuang ke dalam bekas berisi parutan ubi kayu . Gaul sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang . Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga pemukaan bingka garing . Sejukkan bingka dan baru boleh dipotong serta di hidang .

Rujukan[sunting | sunting sumber]