Bentuk Backus–Naur
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bentuk Backus–Naur (juga dikenali sebagai BNF, Formalisme Backus–Naur, Bentuk Backus Normal, atau Bentuk Panini–Backus) ialah metasintaksis yang digunakan untuk menyatakan tatabahasa bebas konteks, iaitu cara formal untuk menghuraikan bahasa formal.
BNF digunakan secara meluas sebagai notasi tatabahasa untuk bahasa pengaturcaraan, set arahan, dan protokol komunikasi, serta juga sebagai notasi untuk mewakili bahagian tatabahasa bahasa sejadi, umpamanya meter dalam puisi Sanskrit. Kebanyakan buku teks tentang teori bahasa pengaturcaraan dan/atau semantik mendokumenkan bahasa pengaturcaraan dalam BNF. Terdapat banyak perluasan dan kelainan BNF.
Lihat juga [sunting]
- ANTLR, penjana penghurai yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java
- Bentuk Backus-Naur Terimbuh (ABNF)
- Bentuk Backus-Naur Terluas (EBNF)
- GNU bison, versi yacc GNU
- Notasi sintaksis Wirth, alternatif kepada BNF sejak dari tahun 1977
- Penghurai GOLD BNF
- Penjana penghurai Yacc, digunakan dengan prapemproses Lex
- Ungkapan nalar
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |