Berbasikal para

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berbasikal para (atau Paracycling) merupakan sukan lumba basikal yang telah diadaptasikan bagi penunggang basikal berkecacatan. Sukan ini ditadbir oleh Union Cycliste Internationale (UCI). Sukan ini terdiri daripada tujuh acara berbeza yang merangkumi perlumbaan jalan raya dan trek. Para penunggang basikal elit dunia bersaing di Kejohanan Dunia Jalan Raya dan Trek (sejak 1994), Sukan Paralimpik dan Piala Dunia (sejak 2010). [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berbasikal para bermula pada 1980-an, dengan hanya atlet berkecacatan penglihatan sahaja yang bertanding. Pada Sukan Paralimpik New York 1984 sukan ini dipertandingkan buat kali yang pertama dan hanya terdiri daripada acara jalan raya sahaja untuk atlet yang mempunyai palsi serebrum. [2] Dalam empat Sukan Paralimpik yang seterusnya, lebih banyak acara telah ditambah. Pada Sukan Paralimpik Atlanta 1996, acara trek telah diwujudkan dengan penambahan pelbagai kategori bagi jenis kecacatan yang berbeza. Basikal tangan (handcycling) telah dimasukkan dalam Sukan Paralimpik Sydney 2000 sebagai acara demonstrasi. [3]

Jenis basikal[sunting | sunting sumber]

Jenis Huraian Gambar
Basikal Tandem Basikal yang boleh dinaiki oleh dua orang. Basikal ini digunakan oleh atlet berkecacatan penglihatan. Basikal ini dinaiki oleh seorang penunggang basikal berkecacatan penglihatan di belakang dan jurumudi yang celik di hadapan.
Basikal tangan (Handcycle) Basikal yang dikayuh dengan tangan. Basikal ini digunakan oleh atlet yang mempunyai amputasi, kelumpuhan kakinya atau kecacatan fungsi motor kakinya
Basikal roda tiga (Tricycle) Basikal ini digunakan oleh atlet yang mempunyai masalah keseimbangan dan/atau ketakmampuan mengayuh disebabkan ketegangan otot.

Acara[sunting | sunting sumber]

Acara berbasikal para terdiri daripada tiga acara lumba basikal jalan raya dan lima acara trek yang berikut: [4]

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

  • Lumba basikal jalan raya (lelaki dan perempuan)
  • Uji masa individu (lelaki dan wanita)
  • Berganti-ganti pasukan basikal tangan (lelaki dan wanita, acara bercampur)

Trek/Balapan[sunting | sunting sumber]

  • Pecut tandem (lelaki dan perempuan)
  • Pecut berpasukan (lelaki dan wanita, acara campuran)
  • Uji masa 500 m (lelaki dan wanita) atau Uji masa kilometer (lelaki dan wanita)
  • Kejar-mengejar individu (lelaki dan wanita)
  • Perlumbaan scratch (lelaki dan perempuan)

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Klasifikasi penunggang basikal terdiri daripada tiga kumpulan yang utama; kecacatan penglihatan, palsi serebrum dan kecacatan fizikal. [2] Ketiga-tiga kumpulan ini dibahagikan lagi kepada 14 kategori untuk lelaki dan wanita. Penunggang akan diletakkan dalam kategori yang sesuai mengikut kemampuan upaya mereka. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Para-cycling – About". Uci.ch. Dicapai pada 2015-08-10.
  2. ^ a b "About Para-Cycling". British Cycling. Dicapai pada 20 December 2019.
  3. ^ "Cycling Ireland | Paracycling". Cyclingireland.ie. Dicapai pada 2015-08-10.
  4. ^ "About Para-cycling". UCI. Dicapai pada 2019-12-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]