Beruang teddy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beruang teddy asal (sekitar 1903)
Teddy Bears

Beruang teddy (Teddy bear) ialah sejenis beruang mainan untuk kanak-kanak. Ia merupakan haiwan sarak yang biasa digunakan untuk menenangkan kanak-kanak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 1902, Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 iaitu Theodore (Teddy) Roosevelt telah membantu menyelesaikan masalah berkenaan sempadan di daerah Mississippi dan Louisiana. Semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan berburu, beliau telah menemui seekor beruang muda yang cedera.

Keprihatinan beliau ke atas beruang itu telah memberi inspirasi kepada pelukis kartun politik, Clifford K. Berryman melukiskan ilustrasinya di akhbar The Washington Post. Pada mulanya, beliau melukis wajah beruang yang ganas. Namun, beliau menukar bentuk wajah beruang itu kepada bentuk anak patung yang comel.

Bagaimanakah beruang teddy mendapat namanya? Berikutan populariti yang diperoleh daripada cerita yang disampaikan oleh Kartun Berryman, seorang pembuat permainan beruang, Morris Michtom dan isterinya telah menghantar seekor patung beruang kepada Roosevelt. Dia meminta kebenaran daripada Roosevelt untuk menggunakan nama presiden itu. Presiden itu bersetuju dan sejak itulah patung beruang diberi nama Teddy.