Betty Gilpin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Betty Gilpin
Gilpin pada Julai 2019
Kelahiran
Elizabeth Folan Gilpin

(1986-07-21) 21 Julai 1986 (umur 37)
Pusat pendidikanUniversiti Fordham
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
PasanganCosmo Pfeil (k. 2016)

Elizabeth Folan Gilpin (lahir 21 Julai 1986) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan memegang watak Debbie "Liberty Belle" Eagan dalam siri komedi Netflix GLOW (2017–kini),[1] yang mana beliau dicalonkan untuk dua Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Wanita Luar Biasa dalam Siri Komedi. Beliau juga membintangi sebagai Dr. Carrie Roman dalam siri Showtime drama komedi Nurse Jackie (2013-2015).[2][3]

Gilpin membintangi filem aksi thriller The Hunt (2020) dan juga muncul dalam filem-filem seperti thriller misteri True Story (2015), komedi romantik cereka sains Future '38 (2017), komedi fantasi Isn't It Romantic (2019), drama A Dog's Journey (2019), filem komedi Stuber (2019) dan Coffee & Kareem (2020), dan filem horor The Grudge (2020).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Folan Gilpin dilahirkan di New York City pada 21 Julai 1986,[4] anak perempuan pelakon Jack Gilpin dan Ann McDonough.[5] Beliau dibesarkan di South Street Seaport di Manhattan, yang mana beliau mengatakan bahawa rumah keluarganya ialah "satu-satunya bangunan yang ditempati di blok". Gilpin oalah lulusan Sekolah Loomis Chaffee pada 2004, dan lulusan Universiti Fordham pada 2008.[6] Sepanjang berada di Fordham, beliau belajar di bawah bimbingan Dianne Wiest.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Gilpin memulai kerjaya lakonan dengan peranan utama sebagai pelakon undangan di pelbagai siri televisyen, termasuk Law & Order: Criminal Intent, Fringe, Medium, Law & Order: Special Victims Unit dan Elementary.[7] Beliau menerima pengiktirafan untuk peranannya sebagai Dr. Carrie Roman dalam siri drama komedi Nurse Jackie, muncul dari 2013 hingga 2015.

Gilpin muncul dalam watak pembantu dalam filem-filem seperti Ghost Town (2008), Take Care (2014), True Story (2015), dan Future '38 (2017).

Gilpin juga muncul di luar Broadway dalam produksi seperti Heartless, I'm Gone Pray for You So Hard, dan We Live Here.[8]

Kerjayaan Gilpin datang dengan perannya sebagai Debbie "Liberty Belle" Eagan dalam siri komedi Netflix GLOW (2017–kini), yang diilhamkan oleh liga gusti wanita profesional 1980-an dengan nama yang sama. Beliau menerima pujian kritis yang signifikan dan banyak pencalonan anugerah untuk penampilannya, termasuk dua Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Komedi dan dua Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Wanita Luar Biasa dalam Siri Komedi.

Pada tahun 2019, Gilpin muncul dalam filem komedi romantik fantasi Isn't It Romantic, fielm drama komedi A Dog's Journey, filem komedi aksi Stuber, dan filem aksi seram The Hunt.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Gilpin telah berkahwin dengan pelakon Cosmo Pfeil sejak 2016.[perlu rujukan]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Death in Love Young Model
Ghost Town WWII Nurse
2009 The Northern Kingdom Carissa
2014 Beach Pillows Karla
Take Care Jodi
2015 True Story Cheryl Frank
2017 Future '38 Banky
2019 Isn't It Romantic Whitney
A Dog's Journey Gloria
Stuber Becca
2020 The Grudge Nina Spencer
The Hunt Crystal Creasey
Coffee & Kareem Detective Watts
2021 The Tomorrow War Lily Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Law & Order: Criminal Intent Amanda Dockerty Episod: "The War at Home"
2008 New Amsterdam Marika Soloway Episod: "Golden Boy"
2008 Fringe Loraine Daisy Episod: "The Same Old Story"
2009 Law & Order: Criminal Intent Stacey Hayes-Fitzgerald Episod: "Playing Dead"
2009 The Unusuals Abigail Allen / Margo Stanford Episod: "The E.I.D."
2009 Law & Order Paige Regan Episod: "For the Defense"
2010 The Good Wife Molly Episod: "Painkiller"
2010 Past Life Corrine Episod: "Dead Man Talking"
2010 Medium Kim Clement Episod: "Allison Perann Got Married"
2012 Law & Order: Special Victims Unit Natalie Relais Episod: "Learning Curve"
2013–15 Nurse Jackie Dr. Carrie Roman 34 episod
2015 The Walker Roz 8 episod
2015 The Mysteries of Laura Isabel Van Doren Episod: "The Mystery of the Watery Grave"
2016 Elementary Fiona Helbron 4 episod
2016 Mercy Street Eliza Foster 2 episod
2016 Masters of Sex Dr. Nancy Leveau 9 episod
2017 American Gods Audrey 2 episod
2017–kini GLOW Debbie Eagan 30 episod
2018 Robot Chicken Laurie Jupiter / Louisa von Trapp (suara) Episod: "Shall I Visit the Dinosaurs?"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Andreeva, Nellie; Andreeva, Nellie (2016-08-30). "'G.L.O.W.': Betty Gilpin To Co-Star In Netflix's 1980s Wrestling Comedy Series". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
  2. ^ "Doctors' Orders: Nurse Jackie's Betty Gilpin Prescribes Her Best Acting Anecdotes". web.archive.org. 2014-06-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 2020-06-28.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "SHOWTIME Original Series & TV Shows | SHOWTIME". SHO.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
  4. ^ "Betty Gilpin is wrestling her way to stardom". Toledo Blade (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
  5. ^ Schulman, Michael. "The Burden of a Famous Artist Parent". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
  6. ^ "Wrestling Her Way to the Top: Betty Gilpin, Star of the Netflix Series GLOW". web.archive.org. 2018-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-27. Dicapai pada 2020-06-28.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ "'Elementary' taps Betty Gilpin as Sherlock's love interest". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.
  8. ^ Blank, Matthew (22 Januari 2015). "PHOTO CALL: I'm Gonna Pray For You So Hard, With Reed Birney and Betty Gilpin, Opens Off-Broadway". Playbill (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]