Bintik mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mycalesis patnia (Mycalesis patnia) dengan bintik mata yang besar pada bahagian bawah kepaknya

Bintik mata merupakan tanda bunga seakan mata yang terdapat pada sesetengah jenis haiwan. Bintik mata merupakan sejenis kemimikan yang mana tompok pada badan haiwan itu menyerupai mata haiwan yang berlainan untuk memperdaya pemangsa atau mangsa; baik mengalih perhatian pemangsa daripada anggota badan yang paling rentan, mahupun tampil sebagai haiwan yang tidak boleh dimakan ataupun berbahaya.[1] Bagi haiwan yang lebih besar, bintik mata memainkan peranan dalam komunikasi dalam spesies ataupun pemikatan, misalnya bintik mata pada bulu ekor merak jantan. Tompok putih pada telinga kucing turut memainkan peranan menyampaikan keadaan mental haiwan itu (terangsang, tenang, marah dsb.) mahupun konspesies dalam kekelaman hutan atau rumput panjang.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Stevens, Martin (2005). "The role of eyespots as anti-predator mechanisms, principally demonstrated in the Lepidoptera". Biological Reviews 80 (4): 573–588. doi:10.1017/S1464793105006810. PMID 16221330.