BoBoiBoy Galaxy Musim 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BoBoiBoy Galaxy Musim 2
PengkaryaNizam Razak, Anas Abdul Aziz dan lain-lain
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen, animasi, pengembaraan
PenerbitAnimonsta Studios
Tahun terbit16 Mac 2020 (2020-03-16)
Jenis mediaKomik
Bil. buku27 (setakat April 2023) (List of books)
DidahuluiBoBoiBoy Movie 2

BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ialah siri komik yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sambungan bagi siri animasi televisyen, BoBoiBoy Galaxy Musim 1 yang disiarkan di televisyen Malaysia pada tahun 2016–2018 dan BoBoiBoy Movie 2 yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2019. Ia diterbitkan oleh Animonsta Studios[1]. Isu pertama komik ini mula diedarkan pada 16 Mac 2020. Setiap isu bagi komik ini akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna. Walaubagaimanapun, siri ini akan kembali dalam bentuk animasi pada Disember 2023.

Pengkisahan[sunting | sunting sumber]

Komik ini mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa elemen baharu serta berhadapan dengan musuh-musuh baharu. Siri komik ini menandakan permulaan kepada Dunia Power Sphera, sebuah alam angkasa cereka yang akan menggabungkan pelbagai watak harta intelek milik Monsta[2].

Senarai isu[sunting | sunting sumber]

Terdapat 27 buah isu telah diterbitkan, iaitu:

  1. Kembali Beraksi![3]
  2. Rahsia King Balakung![4]
  3. Perbicaraan Terhebat![5]
  4. Pendakian hingga ke Langit![6]
  5. Misteri Pergunungan Tandus[7]
  6. Resepi Warisan Terulung![8]
  7. Belantara Penuh Bahaya![9]
  8. Puak Purba Kadruax![10]
  9. Paduan Dua Kuasa![11]
  10. Pelawat Misteri di Angkasa Lepas![12]
  11. Pergolakan di Windara[13]
  12. Terkandas![14]
  13. Kesatria Windara![15]
  14. Pertarungan Demi Windara!
  15. Berjuang Tanpa Gentar
  16. Adiwira Dalam Bahaya
  17. Kemuncak Gentaran Kuasa
  18. Sehangat Bara, Sedingin Salju
  19. Di Sebalik Api Sengketa
  20. Kuasa Tanpa Batasan
  21. Cahaya Di Sebalik Awan
  22. Kilat Dan Guruh
  23. Dalam Buruan
  24. Galaksi Dalam Krisis
  25. Kitaran Kesumat
  26. Lepaskan Kuasamu
  27. Di Bawah Langit Yang Sama

Senarai watak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Selepas Filem, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Pula Bakal Tembusi Asia Tenggara". The Vocket. Februari 27, 2020. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  2. ^ Najib (26 Februari 2020). "Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe". Soya CIncau. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  3. ^ Kembali Beraksi!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 1. Cyberjaya: Animonsta Studios. Mac 2020. ISSN 2716-6015.
  4. ^ Rahsia King Balakung!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 2. Cyberjaya: Animonsta Studios. Jun 2020. ISSN 2716-6015.
  5. ^ Perbicaraan Terhebat!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 3. Cyberjaya: Animonsta Studios. Julai 2020. ISSN 2716-6015.
  6. ^ Pendakian hingga ke Langit!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 4. Cyberjaya: Animonsta Studios. Ogos 2020. ISSN 2716-6015.
  7. ^ Misteri Pergunungan Tandus. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 5. Cyberjaya: Animonsta Studios. September 2020. ISSN 2716-6015.
  8. ^ Resepi Warisan Terulung!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 6. Cyberjaya: Animonsta Studios. Oktober 2020. ISSN 2716-6015.
  9. ^ Belantara Panuh Bahaya!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 7. Cyberjaya: Animonsta Studios. Disember 2020. ISSN 2716-6015.
  10. ^ Puak Purba Kadruax!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 8. Cyberjaya: Animonsta Studios. Januari 2021. ISSN 2716-6015.
  11. ^ Paduan Dua Kuasa!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 9. Cyberjaya: Animonsta Studios. Mac 2021. ISSN 2716-6015.
  12. ^ Pelawat Misteri di Angkasa Lepas!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 10. Cyberjaya: Animonsta Studios. April 2021. ISSN 2716-6015.
  13. ^ Pergolakan di Windara. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 11. Cyberjaya: Animonsta Studios. Mei 2021. ISSN 2716-6015.
  14. ^ Terkandas!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 12. Cyberjaya: Animonsta Studios. November 2021. ISSN 2716-6015.
  15. ^ Kesatria Windara!. BoboiBoy Galaxy Musim 2. 13. Cyberjaya: Animonsta Studios. November 2021. ISSN 2716-6015.