Botak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelaki botak

Botak atau nama perubatannya alopesia ialah ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut pada kepala atau badan,[1] keadaan ini boleh berlaku pada satu bahagian atau seluruh badan tersebut.[2] Tahap dan pola kebotakan berbeza-beza, tetapi punca biasa merupakan androgenic alopecia, alopecia androgenetica, atau alopecia seborrheica, dengan istilah terkemudian umumnya digunakan di Eropah.

Pola kebotakan berbeza dari alopecia areata, yang biasanya membabitkan kehilangan tompokan rambut. Bentuk alopecia areata melampau adalah alopecia totalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut, dan bentuk paling melampau, alopecia universalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut dari kepala dan badan.

Punca[sunting | sunting sumber]

Pola kehilangan rambut lelaki[sunting | sunting sumber]

Kes botak hadapan serdahana: André Agassi

Lebih dari 95% dari rambut menipis pada lelaki merupakan pola kebotakan,[3] atau alopecia androgenik. Pola kebotakan lelaki bercirikan rambut menyurut dari sebelah sisi dahi (dikenali sebagai "garis rambut mengundur" - receding hairline) dan/atau menipis di bahagian atas (kebotakan pada bahagian yang dikenali sebagai ‘verteks’).[4] Kedua-dua menjadi semakin jelas sehingga mereka akhirnya bersambung, meninggalkan bentuk rambut ladam kuda sekitar belakang kepala.

Pembentukan pola kebotakan berbeza dari populasi ke populasi bergantung pada sejarah genetik yang dialami dalam setiap individu. Faktor alam sekitar kelihatannya tidak banyak mempengaruhi bentuk kebotakan ini. Hasil satu kajian berskala besar di Maryborough, Victoria, Australia menunjukkan kebotakan tengah dan hadapan semakin meningkat dengan usia dan menjejaskan 73.5 peratus lelaki dan 57 peratus wanita berusia 80 dan lebih. Anggaran kasar biasa adalah kejadian kebotakan pada lelaki selaras dengan usia kronologi. Sebagai contoh, menurut laman Perpustakaan Perubatan Medem, pola kebotakan lelaki (“male pattern baldness-MPB”) menjejaskan sekitar 40 juta oranglelaki di Amerika Syarikat. Sekitar 25 peratus lelaki mula menjadi botak menjelang usia 30; dua pertiga mula botak pada usia 60.

Terdapat 4 dalam 7 peluang menerima gen botak.[5] Permulaan kehilangan rambut kadang-kala bermula seawal akhir baligh, dan kebanyakannya ditentukan secara genetik. Ia pernah dipercayai bahawa kebotakan diwarisi dari datuk sebelah ibu. Sungguhpun terdapat asas bagi kepercayaan ini, kedua keluarga menyumbang kepada kemungkinan kehilangan rambut pada anak mereka. Kemungkinannya, warisan secara teknikal "autosomal dominant bercampur dengan penetrance".

Pencetus bagi kebotakan jenis ini adalah DHT, hormone seks berkuasa, penggalak pertumbuhan rambut badan dan muka yang mampu menjejaskan prostate termasuk juga rambut yang terletak pada kepala.[6] Mekanisma bagaimana DHT melakukannya masih belum difahami sepenuhnya. Pada kulit kepala yang lemah secara genetik (contoh., lelaki atau perempuan yang mengalami kebotakan), DHT memulakan proses penyusutan folikular, folik rambut mula mereput. Akibatnya, fasa pertumbuhan rambut (anagen) menjadi semakin pendek, dan rambut vellus muda dan tidak berpigmen terhalang dari tumbuh dan matang untuk membentuk rambut terminal yang akar dalam dan berpigmen yang membentuk 90 peratus dari rambut di atas kepala kita.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>

  • Penipisan rambut dengan peredaran usia merupakan keadaan biasa yang dikenali sebagai involutional alopecia. Ini disebabkan semakin banyak bilangan folik rambut yang bertukar dari fasa pertumbuhan, atau anagen, kepada fasa rehat, atau fasa telogen, dengan itu rambut yang tinggal menjadi semakin pendek dan kurang bilangannya.
  • Persekitaran kulit kepala yang tidak sihat mampu memainkan peranan penting dalam penipisan rambut dengan menyumbang pada penyusutan atau menyebabkan kerosakan pada folik rambut. Pencemaran udara dan air, toksin persekitaran, barangan jagaan rambut biasa dan jumlah sebum melampau kesemuanya berkemungkinan berkumpul pada kulit kepala. Himpunan ini mampu menyekat folik rambut dan menyebabkan kemerosotannya dan akibatnya pengecilan rambut. Ia juga boleh menghalang secara fizikal pertumbuhan rambut atau merosakkan kutikle (“Cuticle”) rambut, mendorong pada rambut yang lemah dan mudah putus sebelum kitaran hayatnya berakhir.
  • Demodex folliculorum, merupakan hama mikroskopik yang memakan sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous, menafikan zat penting rambut dan mampu menyebabkan rambut halus. Demodex folliculorum tidak wujud pada setiap kulit kepala dan kemungkinannya sering hidup pada persekitaran kulit kepala berminyak.
Ciri-ciri tompok wine pada kepala Mikhail Gorbachev (di sini menandatangani perjanjian INF di Washington, 1987) akan kekal tidak diketahui - jika tidak kerana kebotakannya.

Hipotesis evolusionari[sunting | sunting sumber]

Punca lain[sunting | sunting sumber]

Selain dari punca biasa, pola botak lelaki, terdapat beberapa punca lain yang menyebabkan rambut nipis atau hilang:

  • Traction alopecia biasanya berlaku pada mereka dengan ekor kuda atau cornrows yang menarik rambut mereka dengan kuatnya. Tambahan lagi, memberus dengan kuat dan mendandan dengan haba, urutan kulit kepala yang kasar mampu merosakkan cuticle, selaput luar rambut. Ini menyebabkan untaian individual menjadi lemah dan terputus, mengurangkan isipadu rambut keseluruhannya.
  • Trichotillomania merupakan kehilangan rambut disebabkan menarik atau melipat rambut secara kompulsif. Permulaan masalah ini cenderung bermula pada awal baligh dan biasanya berterusan sehingga dewasa. Akibat berterusan ditarik pada akar rambut, kehilangan rambut kekal boleh berlaku.
  • Trauma seperti melahirkan anak, pembedahan utama, racun, tekanan melampau mungkin menyumbang pada kehilangan rambut yang dikenali sebagai telogen effluvium,Nnoruka E, Nnoruka N (2005). "Hair loss: is there a relationship with hair care practices in Nigeria?". Int J Dermatol. 44 (Suppl 1): 13–7. doi:10.1111/j.1365-4632.2005.02801.x. PMID 16187950. Unknown parameter |month= ignored (bantuan) dalam mana sejumlah besar rambut memasuki fasa rehat serentak, menyebabkan keguguran rambut dan berikutnya rambut nipis. Keadaan ini juga hadir sebagai kesan sampingan kimoterapi – ketika mensasarkan sel barah yang membahagi, rawatan ini turut menjejaskan fasa pertumbuhan rambut mengakibatkan 90% rambut gugur sebaik sahaja rawatan kimoterapi dimulakan."Anagen Effluvium". Dicapai pada 29 Jun 2010.
  • Radiasi atau sinaran pada kulit kepala, sebagaimana apabila radiotherapi dikenakan pada kepala sebagai rawatan barah tertentu di situ, mampu menyebabkan kebotakan pada kawasan yang disinar.
  • Kehilangan rambut sementara atau kekal juga boleh disebabkan oleh beberapa ubat-ubatan, termasuk bagi masalah tekanan darah, diabetes, sakit jantung dan kholesterol.‘Drug Induced Hair Loss’, WebMD.com, [1] Semua perkara yang menjejaskan keseimbangan hormone badan mampu memiliki kesan besar: ini termasuk bil perancang, Rawatan Penggantian Hormon (“Hormone replacement therapy”), Steroid dan ubat jerawat. ‘Drug Induced Hair Loss’, American Hair Loss Association: http://www.americanhairloss.org/drug_induced_hair_loss/
  • Kehilangan rambut yang merisaukan yang sering berlaku selepas kelahiran anak tanpa menyebabkan kebotakan sebenar. Dalam situasi ini, rambut sebenarnya semakin tebal semasa hamil disebabkan peningkatan oestrogen dalam badan. Selepas bayi dilahirkan, aras oestrogen kembali jatuh pada tahap normal sebelum kehamilan, dan untaian rambut tambahan mulai gugur. Keadaan yang serupa turut berlaku pada wanita yang mengambil dadah perangsang kesuburan clomiphene.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan zat, pengambilan makanan terhad, dan kekurangan zat tertentu mampu menyebabkan rambut nipis. Ini termasuk kekurangan biotin, protein, zink dan metabolis besi bagi manusia, sungguhpun botak sepenuhnya jarang berlaku. Permakanan yang kaya dengan lemak haiwan (sering terdapat pada makanan ringan fast food) dan Vitamin A turut dipercayai member kesan pada kehilangan rambut.
  • Tekanan telah dibuktikan menghadkan bekalan pada saluran kapilari, mengurangkan oksigen dan pengambilan zat pada folik rambut dan membantutkan pertumbuhan rambut, dalam kesan yang sama dengan memiliki peredaran darah yang lemah.
  • Pencemaran udara dan air termasuk juga galian dalam air dan kesan fototoxik sinaran matahari juga mampu menyebabkan rambut nipis dengan merosakkan kulit kepala dan rambut.
  • Sesetengah rawatan yang digunakan bagi merawat jangkitan mykotik mampu menyebabkan kehilangan rambut yang banyak.[7]
  • Alopecia areata merupakan penyakit autoimunisasi atau juga dikenali sebagai "botak tompok " yang mampu menyebabkan kehilangan rambut julat dari hanya satu tompok (Alopecia areata monolocularis) untuk keseluruhan rambut pada badan (Alopecia areata universalis). Sungguhpun dipercayai disebabkan oleh folik rambut menjadi pendam, apa yang mencetus alopecia areata tidak diketahui. Dalam kebanyakan kes kedaan tersebut pulih semula, tetapi ia mampu merebak pada keseluruhan kulit kepala (alopecia totalis) atau keseluruhan badan (alopecia universalis).
  • Kehilangan rambut atau nipis tempatan mungkin juga berlaku dalam cicatricial alopecia (lupus erythematosus, lichen plano pilaris, folliculitis decalvans, central centrifugal cicatricial alopecia, postmenopausal frontal fibrosing alopecia, etc.). Pertumbuhan tumor dan kulit turut menyebabkan tompokan botak (sebaceous nevus, sel basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma).

Tidak terdapat persetujuan saintifik mengenai perincian pada evolusi pola kebotakan lelaki. Tanggapannya adalah MPB bertujuan bagi menyampaikan perutusan social disokong oleh fakta bahawa taburan penerima androgen pada kulit kepala adalah berbeza antara lelaki dan perempuan, dan lelaki atau perempuan lebih tua dengan tahap androgen tinggi sering menonjolkan penipisan rambut berbanding pola kebotakan lelaki.

Pola kebotakan lelaki kemungkinannya hasil kejadian genetik yang menyebabkan dihidrotestosteron (DHT), hormone lelaki, menyebabkan folik rambut menjadi pendam. Rambut yang dihasilkan semakin halus sehingga ia hampir halimunan (atau hilang sepenuhnya). Ia telah dijangkakan bahawa ia merupakan kejadian evolusi yang menandakan kematangan dan memberikan lebih kuasa pada lelaki berkenaan.

Dalam kajian oleh Muscarella dan Cunningham.[8] lelaki dan wanita melihat 6 peragawan dengan tahap rambut muka berbeza (janggut dan misai atau tiada) dan rambut di kepala (rambut penuh, menyusut dan botak). Peserta menilai setiap gabungan pada 32 adjectives berkait dengan tanggapan sosial. Lelaki dengan rambut muka dan mereka dengan botak atau rambut menyusut dinilai sebagai lebih tua berbanding mereka yang bercukur licin atau memiliki rambut penuh. Janggut dan rambut penuh dilihat sebagai lebih aggresif dan kurang matang secara sosial, dan kebotakan dikaitkan dengan kematangan sosial.

Hipotesis evolusi lain termasuk kaitan genetik bagi trait menguntungkan tidak berkait dengan kehilangan rambut, dan hanyutan genetik.

Kebotakan bukan manusia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hair loss". NHS Choices. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 22 September 2013.
  2. ^ "Hair loss". DermNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
  3. ^ ‘Pola Kebotakan Lelaki’, March 01 2010, WebMD:
  4. ^ Proctor, P. H. (April 1999). "Hair-raising. The latest news on male-pattern baldness". Advanced Nurse Practice. 7 (4): 39-42, 83. PMID 10382384 – melalui PubMed.
  5. ^ "Vitamin E may reverse male pattern baldness: Study".
  6. ^ Rebora A (2004). "Pathogenesis of androgenetic alopecia". J Am Acad Dermatol. 50 (5): 777–9. doi:10.1016/j.jaad.2003.11.073. PMID 15097964.
  7. ^ Pappas P, Kauffman C, Perfect J, Johnson P, McKinsey D, Bamberger D, Hamill R, Sharkey P, Chapman S, Sobel J (1995). "Alopecia associated with fluconazole therapy". Ann Intern Med. 123 (5): 354–7. PMID 7625624.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Muscarella, F. & Cunningham, M.R. (1996). "The evolutionary significance and social perception of male pattern baldness and facial hair". Ethology and Sociobiology. 17 (2): 99–117. doi:10.1016/0162-3095(95)00130-1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]