Kulat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fungi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulat
Julat zaman: Devonian Awal–Sekarang (tapi lihat teks)
A collage of five fungi (clockwise from top left): a mushroom with a flat, red top with white-spots, and a white stem growing on the ground; a red cup-shaped fungus growing on wood; a stack of green and white moldy bread slices on a plate; a microscopic, spherical grey-colored semitransparent cell, with a smaller spherical cell beside it; a microscopic view of an elongated cellular structure shaped like a microphone, attached to the larger end is a number of smaller roughly circular elements that collectively form a mass around it
Ikut arah jam dari kiri atas: Amanita muscaria, basidiomycete; Sarcoscypha coccinea, ascomycete; bread covered in mold; chytrid; Penicillium conidiophore.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
(tiada peringkat): Opisthokonta
Alam: Kulat
(L., 1753) R.T. Moore, 1980[1]
Subalam/Filum/Subfilum[2]
Blastocladiomycota
Chytridiomycota
Glomeromycota
Microsporidia
Neocallimastigomycota

Dikarya (inc. Deuteromycota)

Ascomycota
Pezizomycotina
Saccharomycotina
Taphrinomycotina
Basidiomycota
Agaricomycotina
Pucciniomycotina
Ustilaginomycotina

Subfilum Incertae sedis

Entomophthoromycotina
Kickxellomycotina
Mucoromycotina
Zoopagomycotina


Kulat atau Fungus ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangan cendawan merupakan industri yang besar di banyak negara. Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dinampak ketika roti lama bercendawan. Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.


Filogeni kulat[sunting | sunting sumber]

Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain. Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan. Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menginges makanannya, serta mempunyai dinding sel. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri, iaitu alam Kulat.

Ahli mikologi (ahli sains yang mengkaji kulat) mempercayai bahawa kulat adalah monofoli — iaitu semua jenis kulat datangnya daripada leluhur yang sama — kerana kesemua kulat mempunyai kitin di dalam dinding selnya dan merupakan heterotrof berdaya serap, selain daripada ciri-ciri serupa yang lain.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Kulat bertumbuh di pokok di Borneo

Walaupun sering tidak mudah dilihat, kulat bertumbuh di setiap persekitaran di bumi dan memainkan peranan yang amat penting di dalam kebanyakan ekosistem. Banyak kulat merupakan pengurai utama bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam hutan, serta banyak persekitaran yang lain. Sebilangan kulat adalah pemangsa nematod yang menangkap mangsanya melalui pelbagai cara seperti cecincin mencerut atau jaring pelekat (sila lihat gambar). Jenis yang lain adalah parasit tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia. Kulat mengakibatkan banyak penyakit seperti kutu air dan kurap dalam manusia dan penyakit Pokok Elm Belanda dalam tumbuhan. Kulat yang lain merupakan pekongsi dalam perhubungan simbiosis dengan organisma yang lain. Umpamanya, liken dibentukkan daripada perhubungan simbosis antara alga atau sianobakteria dengan kulat. Kebanyakan tumbuhan pembuluh menerima manfaat daripada simbiosis antara akarnya dengan kulat.

Kulat mempunyai sejarah penggunaan oleh manusia yang panjang. Banyak jenis cendawan dan kulat yang lain dimakan, termasuk cendawan butang, cendawan shitake, dan cendawan tiram. Tentu saja, banyak spesies cendawan adalah beracun dan menyebabkan banyak kes sakit serta kematian setiap tahun. Sejenis kulat unisel yang digelarkan yis digunakan untuk membakar roti dan menapaikan minuman beralkohol. Kulat juga digunakan untuk menghasilkan bahan kimia perindustrian seperti asid laktik, antibiotik, dan juga untuk membuat jean yang pudar warnanya. Beberapa jenis kulat dimakan untuk sifat psikedeliknya, baik untuk rekreasi mahupun untuk agama. Sila lihat rencana utama, Cendawan psikedelik.

Rujukan dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  1. Moore RT. (1980). "Taxonomic proposals for the classification of marine yeasts and other yeast-like fungi including the smuts". Botanica Marine 23: 361–73. 
  2. The classification system presented here is based on the 2007 phylogenetic study by Hibbett et al.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]