Brad Cohen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Brad Cohen adalah seorang penceramah motivasi Amerika dan pernah memenangi penghargaan sebagai guru dan pengarang yang menghidap sindrom Tourette (TS).[1][2] Cohen menulis pengalamannya membesar dengan keadaanya yang menghidap TS menerusi, Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had, ditulis bersama Lisa Wysocky. Buku ini telah diadaptasikan menjadi filem TV oleh Hallmark menerusi tajuk Front of the Class.[3][4]

Semasa kecil, Cohen pernah dituduh sebagai pembuat masalah di sekolah dan dihukum guru-gurunya kerana bunyi yang keluar secara semulajadi yang disebabkan oleh TS. Beliau memutuskan untuk menjadi seorang "guru yang tidak pernah wujud". Selepas beliau lulus dan menerima sijil mengajar, 24 buah sekolah dasar telah menolaknya sebelum beliau ditugaskan di Mountain View Elementary School di Cobb County, Georgia. Sebagai guru baru, beliau diberi pengiktirafan sebagai Georgia's First Class Teacher of the Year.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Cohen dibesarkan di St. Louis, Missouri, dalam keluarga Yahudi. Kedua ibu baoanya bercerai sewaktu beliau kecil lagi. [5] Seseorang pernah bertanya kepada ibu beliau adakah dia dianggap sebagai pengusir syaitan. [6] Ibunya membesarkannya dengan penuh kasih sayang, namun berbeza dengan bapanya yang tidak memahami keadaan anaknya sehinggakan sering menghukum anaknya itu kerana membuat bising. [7]

Pada mulanya, para doktor mengatakan kepada ibu Cohen bahawa bunyi-bunyian yang dilakukan oleh Cohen adalah tindakbalas emosi kerana penceraian kedua-dua ibu bapanya. [1] Di sekolah, guru-gurunya tidak memahami Cohen; mereka menyangka bahawa bunyi-bunyian yang dilakukan oleh Cohen adalah disengajakan dan kerana kenakalan Cohen. Semasa di gred lima, gurunya telah memaksa Cohen untuk berjalan di hadapan kelas dan meminta maaf atas bunyi-bunyian yang dilakukannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Beliau merasa terhina dan memutuskan untuk menjadi guru yang tidak pernah wujud. Beliau berkata, " Saya selalu merasa seperti kanak-kanak di sudut. Saya benar-benar memerlukan sokongan dan penerimaan daripada guru namun tidak pernah mendapatkannya. Sejak saat itu saya mengetahui bahawa saya ingin menjadi guru yang akan memberi sokongan dan penerimaan serta benar-benar berada di sana untuk pelajar." [8] Semasa berusia 12 tahun, ibunya mengenalpasti tingkah laku anaknya itu sebagai TS daripada kajiannya sendiri. Dia membawa Cohen menyertai perjumpaan kumpulan penyokong sindrom Tourette, di mana Cohen menyedari bahawa peserta lain kelihatan berputus asa dan ibu beliau tidak mahu beliau menjadi seperti mereka.[6]

Pada awak gred lapan, selepas muncul di dalam Sally Jessy Raphaël show, pengetua sekolah menengahnya memutuskan untuk membiarkan Cohen berucap kepada semua mengenai TS. [9] Cohen terus mendidik masyarakat mengenai TS dan membantu untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasinya.

Cohen lulus dari Parkway Central High School pada tahun 1992,[10] dan merupakan presideny St. Louis Council of Aleph Zadik Aleph.[11][12][13]

Kehidupan kolej dan kemudian[sunting | sunting sumber]

Cohen menghadiri Universiti Bradley di Peoria, Illinois, jurusan pendidikan rendah. Pada minggu pertama, beliau dihalau oleh sebuah restoran makanan segera tempatan kerana pekerja di sana menganggap Cohen mabuk dan mengancam untuk memanggil polis walaupun setelah Cohen dan rakan-rakannya cuba menjelaskan situasi sebenar. Dalam beberapa jam kemudian, para mahasiswa mengadakan boikot terhadap restoran tersebut sehingga memaksa pengurus restoran menelefon Cohen dan meminta Cohen datang kembali ke restoran tersebut. Pengurus tersebut meminta maaf secara peribadi. [14]

Selepas lulus cum laude dengan pelbagai pengiktirafan akademik, [15] Cohen berpindah ke Atlanta, Georgia pada 1990-an untuk mencari pekerjaan. Permohonan untuk menjadi guru ditolak sebanyak 24 kali sebelum Mountain View Elementary School mengambil beliau untuk bekerja mengajar gred dua dan tiga. Cohen memulakan pengajarannya dengan menerangkan mengenai penyakitnya kepada anak muridnya dan menjadikan beliau popular di kalangan para pelajarnya. Namun, terdapat seorang bapa yang mahukan anaknya ditukar ke kelas yang lain kerana bimbang tumpuan anaknya pada pelajaran akan terganggu ketika berada di kelas Cohen. [16] Beliau dianugerahkan Sallie Mae First Class Teacher of the Year pada tahun 1997.[8] Cohen kemudiannya mengajar gred dua di Tritt Elementary School in suburban Atlanta,[15] sebelum meninggalkan ruang kelas untuk menjadi pentadbir sekolah yang menyelia guru-guru lain. [17]

Cohen kurang bernasib baik dalam percintaan.Namun segalanya berubah apabila bertemu dengan Nancy Lazarus dari Charleston, South Carolina yang dikenalinya menerusi perkhidmatan cari jodoh di Internet [1] dan mereka berkahwin pada Jun 2006.[18]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Buku Cohen, Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had, yang ditulis bersama Lisa Wysocky, diterbitkan pada 2005. Beliau memenangi Independent Publisher Book Award unuk Buku Pendidikan Terbaik untuk tahun tersebut.[19] Menurut Pittsburgh Post-Gazette, buku tersebut bagus untuk dibaca dan membawa untuk merasai hidup sebagai penghidap TS.[6]

Beliau muncul menerusi The Oprah Winfrey Show pada 26 Mei 2006.[20] Beliau juga telah muncul dalam sebuah pengumuman,[21] dan berfungsi sebagai timbalan presiden untuk Persatuan Sindrom Tourette Georgia. Beliau juga merupakan ketua Relay for Life, seorang pelatih Little League , maskot Major League Baseball, dan menerima banyak pengiktirafan dan penghargaan sebagai sukarelawan dan penglibatan masyarakat. [15]

Filem Hallmark Hall of Fame[sunting | sunting sumber]

Buku beliau telah dijadikan filem TV Hallmark Hall of Fame Tyang dibintangi oleh Jimmy Wolk (lulusan Universiti Michigan 2007)[22] serta bergandingan dengan pemenang Anugerah Treat Williams dan Emmy, Patricia Heaton sebagai ibu Cohen. Ia disiarkan oleh CBS pada 7 Disember 2008.[23]

Selepas penampilannya di dalam The Oprah Winfrey Show, pada tahun 2007, Cohen memberi ucapan selepas in 2007 Cohen spoke at a conference after Timothy Shriver dari Special Olympics. Menurut Shriver, "Penonton ketawa dan kemudian menagis, lalu ketawa, kemudia menangis, kemudian bersorak dan pada pengakhiran ucapan, penonton memberi tepukan gemuruh kepada Cohen. "[22] Shriver menyarankan sebuah filem untuk Cohen dan menjadi penerbit eksekutif setahun kemudian. Cohen bimbang filem tersebut seharusnya menjadi jujur dan mengelak apa-apa yang membabitkan sensitiviti TS. Namun, beliau berpuas hati secara keseluruhan jalan cerita filem TV tersebut walaupun menyedari beberapa tarikh penting dalam hidupnya telah dipercepatkan untuk efek sebagi contoh tarikh perkahwinannya..[22]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Fussell, James A. (December 5, 2008). "One man's faith spurs Tourette sufferer to inspire others". The Kansas City Star. Retrieved on December 7, 2008. Also, Fussell, "I know all about living with Tourette syndrome".
  2. "Front of the Class". Macmillan. Retrieved on November 21, 2008.
  3. "Hallmark Hall of Fame Presents Front of the Class". Hallmark, November 10, 2008. Retrieved on December 4, 2008.
  4. Andreeva, Nellie and Kimberly Nordyke."Three take seats in 'Class' telepic". The Hollywood Reporter, September 9, 2008. Retrieved on October 13, 2008.
  5. Cohen and Wysocky (2008), pp. 1, 46.
  6. 6.0 6.1 6.2 Heinrich, Jim (December 4, 2008). "'Front of the Class' brings Tourette's to forefront". Pittsburgh Post-Gazette. Retrieved on December 7, 2008.
  7. Cohen and Wysocky (2008), pp. 2, 18–21.
  8. 8.0 8.1 Roy, Aimee. "Alumni Profiles: The teacher he never had: Brad Cohen ’96 teaches acceptance of all". Bradley University, Fall 2005. Volume 11, Issue 4. Retrieved on December 5, 2008
  9. Cohen and Wysocky (2008), pp. 53–58.
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JewishLight tidak disediakan
  11. Cohen and Wysocky (2008), p. 84.
  12. "Teen Is Nomination As 'National Hero'". St. Louis Post-Dispatch. August 1, 1992.
  13. Alumni News: Where young lives take shape: Brad Cohen. BBYO, Inc. September 2005, Issue 11. Retrieved on December 7, 2008.
  14. Cohen and Wysocky (2008), pp. 93–95
  15. 15.0 15.1 15.2 Brad Cohen. VanderWyk & Burnham (Cohen's publisher). Retrieved on June 4, 2006.
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Stevens tidak disediakan
  17. Cohen and Wysocky (2008), p. 226.
  18. "The Big Wedding Weekend!". ClassPerformance.com. Retrieved on December 5, 2008.
  19. "Front of the Class wins independent publisher award". Tourette Syndrome Association. Retrieved on January 4, 2007.
  20. Against All Odds. The Oprah Winfrey Show. Retrieved on June 3, 2006.
  21. Brad Cohen PSA (PDF). Tourette Syndrome Association. Retrieved on January 4, 2007.
  22. 22.0 22.1 22.2 Allan, Marc D. (December 7, 2008). "Practicing What He Teaches: Educator Exudes Optimism In the Face of Tourette's". The Washington Post, p. Y03. Retrieved on December 7, 2008.
  23. "Hallmark Hall of Fame TV Movie about Tourette Syndrome to Air in December 2008: True Story Based on Brad Cohen’s Life to Air on CBS". Tourette Syndrome Association. Retrieved on October 13, 2008.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Cohen, Brad and Lisa Wysocky (2008). Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had. St. Martin's Griffin, New York. ISBN 0-312-57139-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]