Bren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bren LMG

Bren Gun merupakan mesingan ringan utama United Kingdom dalam Perang Dunia II. Tentera British menggunakannya pada tahun 1935 bagi menggantikan Lewis Gun yang telah lama digunakan. Nama itu adalah kependekan dari "Brno Enfield", menandakan senjata itu dihasilkan oleh pembuat senjata Enfield, berasaskan pengubahsuaian reka bentuk Czech.

Senjata beroperasi menggunakan gas, ia menggunakan peluru .303 inci (7.7 mm) (rimmed) yang sama dengan rifle Lee Enfield piwaian. pada kadar antara 480 hingga 540 biji seminit, bergantung kepada model. Kelemahan senjata ini adalah kadar tembakannya adalah jauh lebih rendah berbanding senjata Jerman. Tambahan lagi, ia hanya menerima kelopak peluru, dengan itu memerlukan lebih banyak pengisian semula berbanding mesingan peluru berantai. Bren biasanya digunakan dengan kelopak 30 biji yang biasanya hanya diisi dengan 28 biji peluru untuk mengelakkan tersekat. Terdapat juga drum 100 biji bagi Brens dalam peranan anti-kapal terbang.

Sesetengah orang menganggap bahawa Bren terlalu tepat disebabkan kon tembakannya terlalu rapat. Beratnya juga menekan takrifan mesingan "ringan" kerana ia seringkali diseparuh cerai dan bahagiannya dibawa oleh dua orang tentera semasa perjalanan jauh.

Sungguhpun dengan kekurangan ini, ia amat popular dikalangan tentera British yang menghormati Bren kerana tahan dan berkesan dalam pertempuran. Ditukar laras bagi menerima NATO 7.62 mm dan dinamakan semula sebagai LMG, ia digunakan oleh Tentera British sehingga akhir 1970-an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]