Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Persekutuan Jerman
Bundesrepublik Deutschland
Bendera
Lagu: Das Lied der Deutschen
Lokasi Jerman (hijau)
Lokasi Jerman (hijau)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Coat of arms of Berlin.svg Berlin
52°31′U 13°24′T / 52.517°U 13.4°T / 52.517; 13.4
Bahasa rasmi Bahasa Jerman[1]
Kumpulan etnik 91% Jerman, 3% Turki, 6% kumpulan minoriti
Kerajaan Republik Persekutuan Berparlimen
 -  Presiden Joachim Gauck
 -  Canselor Angela Merkel
Pembentukan
 -  Empayar Suci Rom 962 
 -  Empayar Jerman 18 Januari 1871 
 -  Republik Persekutuan 23 Mei 1949 
 -  Penyatuan semula 3 Oktober 1990 
Kawasan
 -  Jumlah 357,021 km2 (ke-63)
137,847 sq mi 
 -  Perairan (%) 2.416
Populasi
 -  2007 (anggaran) 82,218,000[1] (ke-14)
 -  2000 (anggaran) 82,797,408
 -  Kepadatan 230.9/km2 (ke-40)
598.5/sq mi
KDNK (PPP) 2007 anggaran
 -  Jumlah $2.81 trilion (ke-5)
 -  Per kapita $34,181 (ke-21)
KDNK (nominal) 2007 anggaran
 -  Jumlah $3.32 trilion (ke-3)
 -  Per kapita $40,415 (ke-19)
Gini (2000) 28.3 (rendah)
HDI (2005) 0.935 (tinggi / ke-22)
Mata wang Euro (€) (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 49
Internet TLD .de
1. ^  Bahasa Denmark, Jerman Rendah, Sorbia, Roma dan Frisia adalah diiktiraf secara rasmi dan dilindungi oleh ECRML.

Jerman atau secara rasminya Republik Persekutuan Jerman (Bahasa Jerman: , IPA: [ˈbʊndəsʁepuˌbliːk ˈdɔʏtʃlant]),[2] ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Negara ini bersempadankan Laut Utara, Denmark dan Laut Baltik di utara; Poland dan Republik Czech di timur; Austria dan Switzerland di selatan; dan Perancis, Luxembourg, Belgium dan Belanda di barat. Negara ini memiliki keluasan sekitar 357,021 km² dan mengalami iklim sederhana bermusim. Dengan lebih 82 juta penduduk, jumlah ini merupakan yang terbesar di dalam Kesatuan Eropah selain kumpulan pendatang antarabangsa ketiga terbesar.[3]

Rekod tentang Germania, iaitu sebuah kawasan yang dihuni oleh orang-orang Jermanik telah dicatatkan sebelum tahun 100 M. Bermula pada abad ke-10 pula, wilayah-wilayah Jerman telah membentuk tulang belakang Empayar Suci Rom yang bertahan sehingga tahun 1806. Ketika abad ke-16, kawasan di utara Jerman menjadi pusat pergerakan Reformasi Protestan. Sebagai sebuah negara bangsa zaman moden, ia kemudiannya disatukan ketika Perang Perancis-Prusia pada tahun 1871. Selepas Perang Dunia II, negara ini telah dipecahkan pula oleh kuasa-kuasa Barat. Akhirnya pada tahun 1990, Jerman Timur dan Jerman Barat telah disatukan semula.

Jerman Barat ialah negara pengasas Komuniti Eropah pada tahun 1957, yang kemudiannya menjadi Kesatuan Eropah pada tahun 1993. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan tanpa sempadan Schengen dan mula menggunakan matawang bersama Eropah, Euro pada tahun 1999. Jerman ialah sebuah republik persekutuan berparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu. Ibu negara dan kota raya terbesar ialah Berlin. Jerman turut menganggotai PBB, NATO, G8 dan telah menandatangani Protokol Kyoto. Ia merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia mengikut KDNK dan pengeksport barang dagangan terbesar pada tahun 2007. Berdasarkan nilai mutlak, Jerman memperuntukkan bantuan pembangunan kedua terbesar di dunia,[4] manakala perbelanjaan ketenteraannya berada di kedudukan keenam.[5] Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Ia memegang kedudukan penting dalam hal-ehwal Eropah dan mengekalkan kerjasama erat pelbagai peringkat di pentas dunia.[6] Di samping itu, Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Jerman

Puak-puak Jermanik[sunting | sunting sumber]

Asal-usul orang-orang Jermanik dikatakan bermula sewaktu Zaman Gangsa atau sekurang-kurangnya ketika Zaman Besi sebelum era orang-orang Rom. Dari selatan Scandinavia dan utara Jerman, puak-puak ini mula berkembang ke selatan, timur dan barat pada abad pertama SM dan membuat perhubungan dengan puak Celt di Gaul selain orang-orang Iran serta puak-puak Balt dan Slav di Eropah Timur. Sumber sejarah berkenaan puak ini hampir kesemuanya berasal daripada rekod Empayar Rom.[8]

Perkembangan puak-puak Jermanik sekitar tahun-tahun 750 SM – 1 M.

Di bawah pemerintahan Augustus, Jeneral Rom bernama Publius Quinctilius Varus mula menakluk Germania (nama yang digunakan oleh orang-orang Rom untuk merujuk kawasan yang bermula dari Sungai Rhine hingga ke Pergunungan Ural). Daripada pertembungan sebeginilah puak-puak Jermanik ini mempelajari taktik-taktik perang orang Rom sambil mengekalkan identiti puak mereka. Pada tahun 9 M, tiga legion Romawi yang dipimpin oleh Varus telah dikalahkan oleh pemimpin Cheruscan bernama Arminius di Perang Hutan Teutoburg. Jerman Moden, sehingga Sungai Rhine dan Sungai Danube, terus kekal di luar kawalan Empayar Rom. Menjelang tahun 100 M, puak-puak ini mula menetap sepanjang Sungai Rhine dan Danube, menghuni kebanyakan kawasan yang kini adalah negara Jerman. Abad ke-3 menyaksikan kemunculan beberapa puak Jermanik Barat seperti Alamanni, Frank, Chatti, Saxon, Frisia, Sicambri dan Thuringia. Sekitar 260 M, mereka memecahkan Limes dan kubu sempadan di Sungai Danube untuk mencereboh ke dalam kawasan di bawah kawalan Rom.[9]

Empayar Rom Suci (962–1806)[sunting | sunting sumber]

Putera-Pemilih Empayar Rom Suci di dalam naskhah kulit dari tahun 1341.

Empayar zaman pertengahan ini terhasil melalui pembahagian Empayar Carolingia pada tahun 843, yang diasaskan oleh Charlemagne pada 25 Disember 800 dan wujud dalam bentuk yang berbeza-beza sehingga tahun 1806, dengan wilayahnya merangkumi Sungai Eider di utara hingga pantai Mediterranean di selatan. Seringkali dirujuk sebagai Empayar Rom Suci (atau Empayar Lama), ia secara rasminya digelar Empayar Rom Suci Bangsa Jerman (Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ) bermula pada tahun 1448 bagi menyesuaikan gelaran itu dengan wilayahnya yang telah dikurangkan.

Di bawah maharaja-maharaja Dinasti Ottonia (919-1024), wilayah-wilayah seperti Lorraine, Saxony, Franconia, Swabia, Thuringia dan Bavaria telah disatukan dan raja Jerman di wilayah-wilayah ini dimahkotakan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun 962. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Salia (1024-1125), Empayar Rom Suci menyerap utara Itali dan Burgundy, walaupun maharaja-maharaja ini kehilangan kuasa melalui Kontroversi Pertabalan. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Hohenstaufen (1138-1254) pula, putera-putera Jerman meningkatkan pengaruh mereka ke selatan dan timur hingga ke wilayah-wilayah yang dihuni oleh orang-orang Slav. Bandar-bandar di utara Jerman pula berkembang makmur sebagai ahli di dalam Liga Hansa.

Martin Luther, (1483–1546) pencetus gerakan Reformasi Protestan.

Titah-perintah Paus melalui Mohor Emas pada tahun 1356 menyediakan perlembagaan asas bagi empayar ini yang bertahan hingga ke pembubarannya. Ia menyenaraikan peraturan bagi pemilihan maharaja oleh tujuh orang putera-pemilih yang memerintah sebahagian besar wilayah yang berpengaruh di dalam empayar ini. Bermula pada abad ke-15, maharaja-maharaja telah dipilih secara eksklusif dari kalangan Dinasti Habsburg dari Austria.

Paderi Martin Luther telah menerbitkan 95 Dalil-dalil pada tahun 1517 yang mencabar amalan-amalan Gereja Katolik Rom, sekaligus mencetuskan pergerakan Reformasi Protestan. Sebuah gereja Lutheran yang terpisah menjadi agama rasmi di beberapa negeri Jerman selepas tahun 1530. Perbalahan keagamaan ini terus memuncak sehingga membawa kepada Peperangan 30 Tahun (1618-1648) yang memusnahkan banyak tempat di seluruh wilayah Jerman.[10] Jumlah penduduk di negeri-negeri ini jatuh mendadak sebanyak 30%.[11] Perdamaian Westphalia (1648) mengakhiri konflik keagamaan ini tetapi empayar secara nyata (de facto) dibahagikan kepada beberapa wilayah bebas. Dari tahun 1740 dan seterusnya, sifat keduaan di antara Kerajaan Austro-Habsburg dan Prusia menguasai sejarah Jerman. Pada tahun 1806, Imperium dicerobohi dan dibubarkan hasil Peperangan Napoleon.[12]

Pemulihan dan Revolusi (1814–1871)[sunting | sunting sumber]

Parlimen Frankfurt pada tahun 1848.

Berikutan kejatuhan Napoleon Bonaparte, Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkan Gabungan Jerman (Deutscher Bund), iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat. Perselisihan faham berkenaan politik pemulihan membawa kepada kebangkitan pergerakan liberal, yang menuntut perpaduan dan kebebasan. Hal ini dibalas dengan langkah-langkah baru yang menindas yang diketengahkan oleh seorang negarawan dari Austria yang bernama Klemens Wenzel von Metternich. Zollverein, iaitu penyatuan tarif jual beli, seterusnya berhasil meneguhkan perpaduan dari segi ekonomi di negeri-negeri Jerman. Ketika ini jugalah, ramai orang-orang Jerman dirangsang oleh idea-diea Revolusi Perancis dan semangat kebangsaan pula menjadi daya penggerak yang penting, teutamanya di kalangan intelektual. Buat pertama kalinya warna hitam, merah dan emas dipilih bagi mewakili pergerakan ini, yang kemudiannya menjadi warna-warna kebangsaan Jerman.[13]

Dipengaruhi beberapa pergerakan revolusi di Eropah yang berjaya menubuhkan sebuah Republik di Perancis, para intelektual dan orang-orang awam memulakan Revolusi-revolusi 1848 di negeri-negeri Jerman. Raja-raja pada mulanya cuba memenuhi tuntutan pergerakan ini. Raja Frederick William IV dari Prusia ditawarkan gelaran maharaja tetapi dengan kuasa yang dikurangkan. Baginda menolak mahkota tersebut dan perlembagaan yang dicadangkan, membawa kepada halangan sebentar bagi gerakan revolusi ini. Perbalahan di antara Raja William I dari Prusia dan parlimen yang semakin liberal tercetus kerana pembaharuan cuba dilakukan ke atas pihak tentera pada tahun 1862 dan tindakan raja melantik Otto von Bismarck sebagai Perdana Menteri Prusia yang baru. Beliau berjaya melancarkan perang ke atas Denmark pada tahun 1864. Kemenangan ini, iaitu dua tahun selepas perang bermula, membolehkan beliau menubuhkan Persekutuan Jerman Utara (Norddeutscher Bund) sekaligus mengenepikan Austria, yang dulunya merupakan negeri Jerman yang berpengaruh besar, di dalam hal-ehwal saki-baki negara Jerman yang tinggal.

Empayar Jerman (1871–1918)[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Jerman moden di Versailles, Perancis pada tahun 1871. Bismarck di tengah-tengah berpakaian pakaian seragam berwarna putih.

Negara yang kini dikenali sebagai Jerman telah disatukan sebagai sebuah negara bangsa yang moden pada tahun 1871 apabila Empayar Jerman dibentuk dengan Prusia sebagai ahlinya yang terbesar. Selepas kekalahan Perancis di Perang Perancis-Prusia, Empayar Jerman dimasyhurkan di Istana Versailles pada 18 Januari 1871. Dinasti Hohenzollern dari Prusia memerintah empayar baru ini dengan Berlin sebagai ibu negaranya. Empayar ini menyatukan bahagian-bahagian Jerman yang bertaburan di Eropah Tengah kecuali Austria (Kleindeutschland atau Jerman kecil). Bermula pada tahun 1884, Jerman mula menubuhkan beberapa koloni di luar Eropah.

Sewaktu Era Pengasas (Gründerzeit) yang menyusur selepas penyatuan Jerman, Maharaja William I melancarkan dasar luar negara yang mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa besar dengan memeterai pakatan sekutu, yang memulaukan Perancis melalui kaedah diplomatik dan menghindari perang. Namun di bawah pemerintahan William II, Jerman, seperti juga kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya, mengambil langkah-langkah imperialistik yang membawa kepada pergeseran dengan negara-negara jirannya. Kebanyakan negara sekutu mula meminggirkannya dengan tidak membaharui pakatan lama dan pakatan-pakatan baru tidak melibatkannya. Lebih khusus lagi ialah kejayaan Perancis menubuhkan hubungan baru melalui Entente Cordiale dengan United Kingdom selain dengan Empayar Rusia. Melainkan hubungannya dengan Kerajaan Austro-Hungary, Jerman menjadi semakin terpinggir.

Empayar Jerman (1871–1918), dengan Kerajaan Prusia (biru) sebagai ahli terbesar.

Penjajahan Jerman di luar Eropah lebih tertumpu kepada Afrika sebagaimana kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya. Persidangan Berlin pada tahun 1884 membahagi-bahagikan Afrika di kalangan kuasa-kuasa Eropah. Jerman memiliki beberapa bahagian di Afrika yang merangkumi Afrika Timur Jerman, Afrika Barat Daya, Togo dan Cameroon. Perebutan Afrika ini menyebabkan tekanan di antara kuasa-kuasa besar yang mungkin menyumbang kepada keadaan-keadaan yang menyebabkan Perang Dunia I.

Pembunuhan Putera Mahkota Austria pada 28 Jun 1914 mencetuskan Perang Dunia I. Jerman, sebagai sebahagian daripada Kuasa Tengah, mengalami kekalahan di tangan Kuasa-kuasa Sekutu di dalam salah satu perbalahan terburuk sepanjang zaman. Revolusi Jerman tercetus pada bulan November 1918 yang memaksa Maharaja William II dan semua putera-putera pemerintah di Jerman turun takhta. Gencatan senjata yang mengakhiri peperangan dipersetujui pada 11 November dan Jerman dipaksa menerima syarat-syarat Persetiaan Versailles pada bulan Jun 1919. Rundingannya, yang berlawanan dengan amalan tradisi diplomasi pasca-perang, langsung tidak melibatkan Kuasa Tengah yang kalah. Perjanjian ini dianggap di Jerman sebagai sambungan memalukan perang sebelumnya, yang dilakukan dengan kaedah-kaedah lain dan kekerasannya sering dikaitkan dengan kebangkitan fahaman Nazi di negara ini.[14]

Republik Weimar (1919–1933)[sunting | sunting sumber]

Selepas kejayaan Revolusi Jerman pada bulan November 1918, sebuah republik diisytiharkan. Perlembagaan Weimar berkuatkuasa setelah ditandatangani oleh Presiden Friedrich Ebert pada 11 Ogos 1919. Parti Komunis Jerman ditubuhkan oleh Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht pada tahun 1918 manakala Parti Pekerja Jerman, kemudiannya dikenali sebagai Parti Pekerja Sosialistik Kebangsaan Jerman atau Parti Nazi, pula ditubukan pada bulan Januari 1919.

Menderita akibat Zaman Meleset, syarat-syarat Persetiaan Versailles yang agak keras dan kerajaan tidak stabil yang silih berganti menyebabkan khalayak umum di Jerman semakin tidak menghiraukan sistem politik demokrasi berparlimen. Hal ini diburukkan lagi dengan tersebarnya mitos politik sayap kanan Dolchstoßlegende, yang menyatakan bahawa Jerman kalah pada Perang Dunia I kerana Revolusi Jerman, dan bukanlah kerana kalah di medan perang. Di sebelah sayap kiri pula, pergerakan komunis seperti Liga Spartacus, mahu memansuhkan sistem yang mereka anggap sebagai "pemerintahan kapitalis" dengan sistem komunisme majlis yang dipanggil "Räterepublik". Kumpulan separa tentera ditubuhkan oleh beberapa parti dan pembunuhan bermotifkan politik berleluasa. Kumpulan separa tentera ini menakut-nakutkan pengundi dan mencambahkan keganasan dan kemarahan di kalangan khalayak umum, yang menempuh kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi. Selepas beberapa siri kabinet kecundang, Presiden Paul von Hindenburg, yang tiada pilihan lain selain yang diajukan oleh penasihat-penasihatnya yang rata-rata dari parti sayap kanan, melantik Adolf Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933.

Empayar Ketiga (1933–1945)[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Februari 1933, bangunan Reichstag mengalami kebakaran. Melalui dikri kecemasan, beberapa hak asasi demokrasi kemudiannya dibatalkan dengan serta-merta. Sebuah Akta Pembolehan memberi kerajaan pimpinan Hitler kuasa penuh perundangan. Hanya Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) sahaja yang membangkang akta ini manakala Parti Komunis tidak boleh hadir untuk membangkang kerana kebanyakan wakil-wakilnya telah dibunuh atau dipenjarakan.[15][16] Sebuah negara totalitarian berpusat ditubuhkan melalui beberapa siri tindakan dan dikri yang menjadikan Jerman sebuah negara satu parti. Perusahaan dikawal ketat dengan pelbagai kuota dan keperluan bagi menganjak ekonomi ke arah pengeluaran berasaskan keperluan perang. Pada tahun 1936, tentera Jerman memasuki kawasan cegah senjata Rheinland dan dasar beralah yang dibawakan oleh Perdana Menteri United Kingdom Neville Chamberlain ternyata tidak cukup untuk mengekang kemaraan tentera Jerman. Kejayaan itu memberanikan Hitler melancarkan dasar peluasan kuasa pada tahun 1938 bagi menubuhkan Jerman Raya. Bagi mengelakkan peperangan dari dua arah, Hitler memeterai Pakatan Molotov-Ribbentrop dengan Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1939, akibat percambahan tekanan daripada semangat kebangsaan, ketenteraan dan isu-isu kewilayahan membawa kepada serangan kilat oleh Jerman ke atas Poland, yang diikuti dua hari kemudiannya dengan pengisytiharan perang oleh Britain dan Perancis, sekaligus menandakan bermulanya Perang Dunia II. Jerman kemudiannya mencapai kawalan secara langsung mahupun tidak langsung ke atas sebahagian besar benua Eropah.

Runtuhan perang di Berlin selepas Perang Dunia II, Postdamer Platz 1945.

Pada 22 Jun 1941, Hitler melanggar pakatan dengan Kesatuan Soviet dengan pembukaan barisan timur dan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet. Sejurus selepas Empayar Jepun melancarkan serangan ke atas markas Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat. Walaupun tentera Jerman pada mulanya mara dengan pantas ke dalam wilayah Kesatuan Soviet, Perang Stalingrad menandakan titik peralihan penting peperangan ini. Berikutan dengan itu, tentera Jerman terpaksa menarik diri ke barisan timur. Perang Normandy pula menjadi titik peralihan di barisan barat, apabila tentera sekutu mendarat di pantai Normandy dan mara dengan pantas ke dalam wilayah Jerman. Pada 8 Mei 1945, angkatan tentera Jerman menyerah kalah apabila Tentera Merah menakluki Berlin.

Rejim Empayar Ketiga ini, telah melaksanakan dasar-dasar yang secara langsung menindas sebahagian daripada ahli masyarakat termasuklah orang-orang Yahudi, Komunis, Roma, golongan homoseksual, freemason, pembangkang, paderi, pendakwah dan orang kurang upaya. Penindasan di zaman Nazi ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Holokus, telah mengakibatkan pembunuhan sehingga lebih 11 juta orang, termasuk 6 juta orang Yahudi dan 3 juta rakyat Poland. Perang Dunia II dan pembunuhan beramai-ramai Nazi ini menyebabkan korban nyawa sebanyak 35 juta di seluruh Eropah.

Pembahagian dan Penyatuan semula (1945–)[sunting | sunting sumber]

Selepas tahun 1949, dua buah negara Jerman termasuk kota Berlin yang dibahagi dua terbentuk menurut zon pendudukan Pihak Berikat. Jerman Barat dibentuk daripada zon-zon yang ditadbir oleh Amerika Syarikat, Britian dan Perancis. Jerman Timur dibentuk daripada kawasan yang ditadbir oleh Kesatuan Soviet.

Peperangan telah menyebabkan jumlah kematian sekitar 10 juta orang tentera dan orang awam. Jerman kemudiannya menanggung kehilangan wilayah yang besar. Sebanyak 15 juta orang berketurunan Jerman yang tinggal kebanyakannya di bekas wilayahnya di timur (dan negara-negara lain) pula diusir keluar. Jerman turut mengalami kemusnahan teruk di banyak bandar-bandar utamanya. Wilayah kebangsaan yang tinggal dan kota Berlin dibahagi oleh Pihak Berikat kepada empat zon pendudukan tentera.

Sektor-sektor yang dikawal oleh Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat kemudiannya bergabung pada 23 Mei 1949 bagi membentuk Republik Persekutuan Jerman, manakala pada 7 Oktober 1949, kawasan ditadbir Kesatuan Soviet pula membentuk Republik Demokratik Jerman. Kedua-dua negara ini dikenali secari tidak rasmi sebagai "Jerman Barat" dan "Jerman Timur", manakala dua bahagian kota Berlin dikenali sebagai "Berlin Barat" dan "Berlin Timur". Ibu negara kedua-duanya pula ialah masing-masing Bonn dan Berlin Timur. Namun begitu, Bonn hanya diisytihar sebagai ibu negara sementara.[17] bagi menekankan pendirian kerajaannya bahawa kewujudan dua negara itu hanyalah sementara dan akan disatukan semula pada kemudian hari.

Jerman Barat seterusnya menubuhkan republik persekutuan berparlimen dengan "ekonomi pasaran sosial" dan bersekutu dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Negara ini kemudiannya menikmati pertumbuhan ekonomi yang panjang sekitar dekad 1950-an (Wirtschaftswunder) dan menyertai NATO pada tahun 1955 selain turut membentuk Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1958.

Jerman Timur pula menjadi anggota Blok Timur di bawah kawalan politik dan ketenteraan KRSS melalui tenteranya dan Pakatan Warsaw. Sedang ia mengaku sebagai sebuah demokrasi, kuasa politik sebenarnya dipegang oleh ahli-ahli tertinggi ("Politbüro") Parti Perpaduan Sosialis Jerman (SED) yang berfahaman komunis. Kuasa mereka dijamin melalui Stasi, polis cawangan khas yang besar saiznya dan beberapa pertubuhan di bawah SED yang mengawal semua aspek kehidupan masyarakat. Sebagai balasan, keperluan asas penduduk dipenuhi oleh pemerintah dengan harga yang rendah. Negara ini mengamalkan ekonomi terancang ala-Soviet dan kemudiannya menyertai Comecon. Pada masa yang sama, pemerintah memainkan propaganda dengan menonjolkan faedah program sosial di bawah pemerintahannya selain menuduh Jerman Barat berulang kali cuba menaklukinya. Di sebalik propaganda ini, kebanyakan warganya masih "memandang ke barat" bagi kebebasan berpolitik dan kemakmuran ekonomi.[18] Tembok Berlin yang dibina pada tahun 1961 bagi menghalang warga Jerman Timur daripada melarikan diri ke Jerman Barat kemudiannya menjadi simbol Perang Dingin.

Ketegangan hubungan di antara Jerman Timur dan Barat menjadi seakan-akan reda pada awal dekad 1970-an melalui Ostpolitik yang dibawakan oleh Canselor Willy Brandt. Dasarnya itu termasuklah penerimaan de facto kehilangan wilayah-wilayah Jerman sewaktu Perang Dunia II.

Tembok Berlin di hadapan Gerbang Brandenburg sejurus selepas pembukaanya pada tahun 1989.

Setelah menempuhi penghijrahan besar-besaran warga Jerman Timur ke Jerman Barat melalui Hungary dan tunjuk perasan besar-besaran ketika musim panas tahun 1989, penguasa-penguasa Jerman Timur dengan tanpa disangka-sangka melonggarkan kawalan sempadan pada bulan November yang membenarkan warganya masuk ke Jerman Barat. Dasar yang pada asalnya dilakukan sebagai "tolok tekanan" bagi mengekalkan Jerman Timur sebagai sebuah negara, sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuan Wende, yang akhirnya ditamatkan dengan Perjanjian Dua Tambah Empat pada 12 September 1990 dan Penyatuan Semula Jerman pada 3 Oktober 1990. Di bawah perjanjian ini, keempat-empat kuasa pendudukan melepaskan hak mereka di bawah "Surat Cara Penyerahan" dan Jerman memperoleh semula kedaulatannya. Melalui Akta Bonn-Berlin yang diluluskan parlimen pada 10 Mac 1994, Berlin dipilih sebagai ibu negara Jerman yang bersatu manakala Bonn diikitiraf sebagai bandar raya persekutuan (Bundesstadt) dengan mengekalkan beberapa kementerian.[19] Perpindahan kerajaan ke Berlin diselesaikan pada tahun 1999.

Sejak penyatuan semula, Jerman telah mengambil peranan penting di dalam Kesatuan Eropah dan NATO. Jerman menghantar tentera pengaman bagi menjamin kestabilan di Balkan dan tentera persekutuannya ke Afghanistan sebagai sebahagian daripada usaha NATO menjamin keselamatan di negara ini selepas penggulingan Taliban.[20] Kerahan tentera ini adalah sangat kontroversi, kerana Jerman, yang diikat oleh undang-undang selepas perang, hanya boleh mengerah tenteranya bagi tujuan pertahanan negara sahaja, Kerahan tentera di wilayah asing dianggap sebagai tidak termasuk di dalam peruntukan pertahanan tersebut. Namun, undian di parlimen terhadap isu berkenaan secara langsung membenarkan penglibatannya dalam usaha-usaha pengaman.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta topografi Jerman.
Rencana utama: Geografi Jerman

Wilayah Jerman meliputi kawasan seluas 357,024 km², mengandungi 349,223 km² daratan dan 7,798 km² laut. Ia adalah negara ketujuh terbesar dari segi keluasan di Eropah dan ke-63 terbesar di dunia. Ketinggiannya merangkumi pergunungan Alp (puncak tertinggi: Zugspitze pada 2,962 m) di selatan hinggalah ke pantai Laut Utara di barat laut dan Laut Baltik di timur laut. Di antara kedua-duanya terhampar kawasan tanah tinggi berhutan di tengah Jerman dan dataran tanah rendah bahagian utara dengan kedudukan terendah ialah Wilstermarsch pada 3.54 m di bawah paras laut. Beberapa sungai utama Eropah mengalir melaluinya seperti Sungai Rhine, Danube dan Elbe.[21] Oleh kerana kedudukannya yang di tengah-tengah, negara ini bersempadankan banyak negara Eropah berbanding negara lain di benua ini. Negara jirannya ialah Denmark di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Austria dan Switzerland di selatan, Perancis dan Luxembourg di barat daya dan Belgium dan Belanda di barat laut.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Pergunungan Alp di Bavaria.

Hampir keseluruhan Jerman memiliki iklim sederhana bermusim yang dipengaruhi oleh tiupan bayu barat. Iklim ini disederhanakan oleh Arus Atlantik Utara, yang merupakan sambungan kepada Arus Teluk. Air laut yang lebih panas ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang bersempadankan Laut Utara termasuk Semenanjung Jutland dan kawasan sepanjang Sungai Rhine, yang turut mengalir ke Laut Utara. Oleh yang demikian, kawasan di utara dan barat laut beriklim kelautan. Hujan berlaku sepanjang tahun dengan jumlah terbanyak di musim panas. Musim sejuk adalah sederhana dan musim panas cenderung menjadi sejuk, walaupun suhu boleh melebihi 30 °C bagi tempoh yang panjang. Di timur, iklim adalah lebih kebenuaan dengan musim sejuk yang boleh menjadi sangat sejuk dan musim panas pula sangat panas, selain tempoh kering yang panjang selalu direkodkan. Kawasan tengah dan selatan Jerman adalah wilayah peralihan yang berubah dari iklim kelautan sederhana hinggalah ke kebenuaan. Sekali lagi, suhu maksimum boleh melebihi 30 °C pada musim panas.[22][23]

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Ladang angin. Pengeluar tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia ialah Jerman dengan 14% jumlah penggunaan elektrik pada tahun 2007 dijana oleh tenaga seperti angin dan suria.[24].

Dari segi fitogeografi, Jerman dikongsi di antara wilayah-wilayah Eropah Atlantik dan Eropah Tengah dalam Alam Boreal. Wilayah Jerman seterusnya boleh dibahagikan kepada empat rantau semula jadi iaitu Hutan-hutan bercampur Atlantik, Baltik, Eropah Tengah dan Hutan berdaun lebar Eropah Barat.

Jerman terkenal dengan tahap kesedaran terhadap alam sekitar.[25] Ramai warganya menganggap bahawa kegiatan manusia merupakan penyumbang terbesar kepada fenomena pemanasan sejagat.[26] Kerajaannya amat komited terhadap Protokol Kyoto dan beberapa perjanjian lain bagi menggalakkan kepelbagaian biologi, piawaian pembebasan gas rumah hijau, kitar semula, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menyokong pembangunan lestari di peringkat sejagat.[27]

Kerajaan Jerman juga telah memulakan kegiatan pengurangan pembebasan gas rumah hijau yang meluas dan kadar pembebasan keseluruhan yang dicatatkannya semakin berkurangan.[28] Walau bagaimanapun, negara ini masih merupakan antara pengeluar per kapita gas karbon dioksida terbesar di Eropah, tetapi masih rendah berbanding Australia, Kanada, Arab Saudi atau Amerika Syarikat.

Pembebasan gas daripada janakuasa dan perusahaan yang berasaskan arang batu menyumbang kepada pencemaran udara. Hujan asid yang terhasil akibat pembebasan gas sulfur dioksida merosakkan hutan-hutan. Pencemaran di Laut Baltik akibat sisa buangan perpaipan dan industri dari sungai-sungai di negeri-negeri bekas Jerman Timur telah berjaya dikurangkan. Kerajaan pimpinan Canselor Gerhard Schröder telah mengumumkan hasrat untuk menghentikan penggunaan tenaga nuklear bagi janakuasa elektrik. Malah, Jerman berusaha memenuhi janji-janjinya kepada EU berhubung kawasan pemuliharaan semula jadi berlandaskan Arahan EU mengenai Tumbuhan, Haiwan dan Habitat. Glasier terakhir Jerman di Pergunungan Alp walau bagaimanapun menghadapi pencairan. Bencana alam paling berleluasa pula ialah banjir ketika musim bunga dan angin ribut yang berlaku di semua kawasan.

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Reichstag, tempat bersidangnya parlimen Jerman.
Rencana utama: Politik Jerman

Jerman ialah sebuah republik persekutuan yang mengamalkan demokrasi berperwakilan dan berparlimen. Sistem politik di Jerman beroperasi dalam rangka kerja satu dokumen bertaraf perlembagaan yang dipersetujui pada tahun 1949 yang dipanggil Grundgesetz (Hukum Asas). Dengan memanggilnya Grundgesetz dan bukannya Verfassung (perlembagaan), penulis-penulisnya ingin menyampaikan hasrat bahawa dokumen ini akan digantikan dengan sebuah perlembagaan yang lebih elok tatkala seluruh Jerman disatukan dalam sebuah negara. Pindaan-pindaan ke atas Grundgesetz selalunya memerlukan majoriti dua pertiga di dalam parlimen dan juga Majlis Persekutuan. Namun bagi perkara-perkara yang menjamin hak asasi manusia, pengasingan kuasa, rangka persekutuan dan hak menentang usaha menggulingkan perlembagaan adalah kekal dan tidak boleh dipinda.[29] Walaupun penggunaannya hanya dirancang sehingga penyatuan semula, Grundgesetz masih lagi terus digunakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan-pindaan kecil.

Ketua Negara Jerman ialah Bundespräsident (Presiden Persekutuan). Penjawat ke jawatan ini - ketika ini ialah Christian Wulff - dilantik oleh Bundesversammlung (Majlis Perhimpunan Persekutuan), iaitu sebuah institusi yang mengandungi anggota-anggota parlimen dan perwakilan negeri-negeri. Jawatan kedua tertinggi di Jerman mengikut aturan ialah Bundestagpräsident (Presiden Parlimen) yang dilantik oleh parlimen dan berperanan mengawalselia sesi harian badan itu. Jawatan seterusnya pula ialah canselor yang dicalonkan oleh Presiden Parlimen setelah diundi oleh ahli-ahlinya. Canselor boleh digulingkan melalui satu undian tidak percaya yang membina. Membina di sini bermaksud parlimen boleh melantik penggantinya yang baru dengan serta-merta.

Canselor Jerman, yang ketika ini dijawat oleh Angela Merkel, adalah ketua kerajaan dan beliau menjalankan kuasa-kuasa eksekutif, sama seperti seorang Perdana Menteri di demokrasi berparlimen yang lain. Kuasa perundangan terletak di bahu Parlimen dan Majlis Persekutuan dan kedua-duanya membentuk satu badan perundangan yang unik. Parlimen dipilih melalui pilihan raya yang mengamalkan sistem perwakilan bercampur yang bernisbah (Inggeris: mixed-member proportional system). Ahli-ahli Majlis Persekutuan pula mewakili kerajaan-kerajaan negeri malah turut menganggotai kabinet negeri. Mereka ini bertugas seperti seorang duta negeri dan boleh dipecat atau digantikan oleh kerajaan negeri pada bila-bila masa.

Sejak tahun 1949 sistem politik di Jerman didominasi oleh Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) dan juga Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD). Namun, terdapat juga beberapa parti kecil seperti Parti Demokratik Bebas yang liberal, Pakatan '90/Hijau dan Parti Kiri yang turut diwakili di parlimen juga memainkan peranan penting.

Negeri[sunting | sunting sumber]

Republik Persekutuan Jerman mempunyai 16 buah Länder (mufrad: Land; Bahasa Melayu: negeri), yang seterusnya dibahagikan kepada 439 buah daerah (Kreise) dan bandar raya (kreisfreie Stadt).

Negeri-negeri Jerman   Negeri Ibu negeri Luas (km²) Penduduk
Berlin Bremen Bremen Hamburg Niedersachsen Bayern Saarland Schleswig-Holstein Schleswig-Holstein Brandenburg Sachsen Thüringen Sachsen-Anhalt Mecklenburg-Vorpommern Baden-Württemberg Hessen Nordrhein-Westfalen Rheinland-PfalzKarte Deutsche Bundesländer (nummeriert).svg
Perihal imej ini
1 Baden-Württemberg Stuttgart 35,752 10,747,456
2 Bavaria Munich 70,551 12,523,000
3 Berlin Berlin 892 3,420,756
4 Brandenburg Potsdam 29 479 2,535,737
5 Bremen Bremen 404 662,244
6 Hamburg Hamburg 755 1,773,218
7 Hessen Wiesbaden 21,115 6,070,425
8 Mecklenburg-Vorpommern Schwerin 23,180 1,679,682
9 Niedersachsen Hanover 47,624 7,973,800
10 Nordrhein-Westfalen Düsseldorf 34,085 17,996,621
11 Rheinland-Pfalz Mainz 19,853 4,046,860
12 Saarland Saarbrücken 2,569 1,036,598
13 Sachsen Dresden 18,416 4,220,200
14 Sachsen-Anhalt Magdeburg 20,446 2,414,917
15 Schleswig-Holstein Kiel 15,799 2,837,810
16 Thüringen Erfurt 16,172 2,289,219

Hubungan luar[sunting | sunting sumber]

Jerman telah memainkan peranan utama di dalam Kesatuan Eropah sejak penubuhannya dan masih mengekalkan persahabatan erat dengan Perancis sejak tamatnya Perang Dunia II. Kedua-dua negara sekutu ini amat rapat terutamanya sekitar lewat dekad 1980-an dan awal 1990-an di bawah pimpinan Canselor Helmut Kohl (CDU) dan Presiden François Mitterrand (Sosialis). Jerman juga merupakan negara Eropah yang mendukung kuat pembentukan cabang-cabang politik, pertahanan dan keselamatan Eropah yang bersatu dan berkemampuan.[30]

Sejak penubuhannya pada 23 Mei 1949, Republik Persekutuan Jerman tidak menampilkan imej yang sangat menonjol di dalam hubungan antarabangsa kerana sejarahnya yang terkini dan pendudukan wilayahnya oleh kuasa-kuasa asing. Ketika Perang Dingin, Jerman yang dibahagikan oleh Tirai Besi, menjadi simbol ketegangan Barat dan Timur dan juga medan pertempuran politik dan fahaman di Eropah. Namun, Ostpolitik yang dibawakan Canselor Willy Brandt merupakan faktor utama yang membawa kepada peredaan ketegangan (Bahasa Perancis: détente) sekitar 1970-an.[perlu rujukan] Pada tahun 1999, Canselor Gerhard Schröder memperkenalkan prinsip baru dasar luar kerajaannya dengan penglibatan Jerman dalam Perang NATO ke atas Yugoslavia dan dengan menghantar Tentera Persekutuan Jerman di dalam pertempuran buat pertama kalinya selepas Perang Dunia II.[perlu rujukan]
Canselor Angela Merkel menganjurkan sidang puncak G8 di Heiligendamm.

Jerman dan Amerika Syarikat merupakan dua negara sekutu yang rapat.[31] Melalui Rancangan Marshall (1948), AS menyokong usaha-usaha membangunkan semula Jerman selepas Perang Dunia II. Namun begitu, bangkangan keras Schröder terhadap Perang Iraq dilihat sebagai penyejukan hubungan Amerika-Jerman.[perlu rujukan] Kedua-dua negara ini juga saling bergantung dari segi ekonomi kerana 8.8% eksport Jerman adalah ke AS manakala 6.6% import berasal daripada AS.[32] Di pihak AS pula, 8.8% eksportnya ialah ke Jerman, manakala 9.8% importnya datang dari negara ini.[32] Tanda-tanda lain yang membuktikan hubungan erat ialah kedudukan berterusan rakyat Amerika berketurunan Jerman sebagai kumpulan etnik terbesar di AS[33] dan taraf Pangkalan Udara Rammstein (dekat Kaiserslautern) sebagai komuniti tentera AS paling besar di luar AS.[34]

Bantuan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Dasar pembangunan Republik Persekutuan Jerman ialah satu bahagian yang bebas daripada dasar luar Jerman. Ia digubal oleh Kementerian Persekutuan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (BMZ) dan dilaksanakan oleh pelbagai pertubuhan. Kerajaan Jerman memandang dasar pembangunan sebagai tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa.[35]

Angka-angka rasmi bantuan pembangunan dan bantuan kemanusiaan Jerman bagi tahun 2007 mencecah €8.96 bilion ($12.26 bilion), meningkat sebanyak 5.9% berbanding tahun sebelumnya. Sekaligus, Jerman menjadi penyumbang bantuan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).[4] Jerman membelanjakan sekitar 0.37% daripada KDNKnya bagi tujuan pembangunan. Peratusan ini di bawah paras yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak 0.51% daripada KDNK menjelang tahun 2010. Sasaran antarabangsa sekitar 0.7% daripada KDNK juga di luar jangkauan.[perlu rujukan]

Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Kapal Mecklenburg-Vorpommern menyertai operasi UNIFIL II di persisiran pantai Lubnan.

Tentera Jerman, Bundeswehr, ialah sebuah pasukan pertahanan dengan cawangan-cawangan tentera darat (Heer), laut (Marine), udara (Luftwaffe), perkhidmatan perubatan (Zentraler Sanitätsdienst) dan perkhidmatan sokongan (Streitkräftebasis). Khidmat ketenteraan diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki berumur 18 tahun dan dikerah bertugas selama sembilan bulan. Pembantah ikut nurani pula diberi pilihan menyertai Zivildienst (terjemahan kasar: perkhidmatan orang awam), atau komitmen enam tahun dalam perkhidmatan sukarela kecemasan seperti bomba, Palang Merah atau Technisches Hilfswerk (program bantuan teknikal). Pada tahun 2003, Jerman membelanjakan 1.3% daripada KDNKnya untuk tujuan ketenteraan.[5] Di masa aman, Bundeswehr diarahkan oleh Menteri Pertahanan, ketika ini ialah Franz Josef Jung (CDU). Jika Jerman pergi berperang, yang hanya dibolehkan oleh perlembagaan untuk tujuan pertahanan sahaja, canselor akan menjadi pemerintah angkatan tentera.[36]

Sehingga September 2008, sejumlah 6,000 anggota tentera telah dihantar bertugas di dalam pelbagai misi antarabangsa.[37] Pecahannya pula ialah 3,270 anggota di Afghanistan (kontijen ketiga terbesar selepas AS seabanyak 14,000 orang dan UK sebanyak 5,200 orang),[perlu rujukan] 2,220 anggota di Kosovo, 230 orang di Lubnan selain 120 orang di Bosnia-Herzegovina. Jerman berkongsi senjata nuklear dengan NATO dalam bentuk senjata nuklear AS yang disimpan di pangkalan udara Büchel.[38]

Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Badan Kehakiman di Jerman ialah cabang kerajaan yang bebas daripada badan pemerintah dan perundangan. Negara ini mengamalkan sistem undang-undang sivil yang berlandaskan undang-undang orang Rom yang disadur dengan undang-undang Jermanik. Bundesverfassungsgericht (Mahkamah Perlembagaan Persekutuan), yang terletak di Karlsruhe, ialah mahkamah atasan yang mendengar kes-kes mengenai hal-ehwal perlembagaan dan mempunyai kuasa mengkaji semula undang-undang (semakan kehakiman).[39] Mahkamah ini merupakan penguasa undang-undang tertinggi di negara ini yang memastikan amalan perundangan dan kehakiman mematuhi Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (Hukum Asas).

Sistem mahkamah tinggi di negara ini, yang dipanggil Oberste Gerichtshöfe des Bundes (Mahkamah-mahkamah Kehakiman Tertinggi Persekutuan), diberi peranan yang khusus. Bagi kes-kes awam mahupun jenayah, mahkamah rayuan tertinggi ialah Bundesgerichtshof (Mahkamah Keadilan Persekutuan), yang terletak di Karlsruhe dan Leipzig. Bilik perbicaraannya disusun dengan gaya penyiasatan. Mahkamah-mahkamah atasan yang lain pula ialah Bundesarbeitsgericht (Mahkamah Buruh Persekutuan) di Erfurt, Bundessozialgericht (Mahkamah Sosial Persekutuan) di Kassel, Bundesfinanzhof (Mahkamah Kewangan Persekutuan) di Munich dan Bundesverwaltungsgericht (Mahkamah Pentadbiran Persekutuan) di Leipzig.

Undang-undang jenayah dan undang-undang persendirian dikanunkan di peringkat kebangsaan di dalam kanun keseksaan (Strafgesetzbuch) dan kanun awam (Bürgerliches Gesetzbuch). Sistem kanun keseksaan di Jerman ditujukan ke arah pemulihan penjenayah, manakala tujuan keduanya ialah melindungi khalayak umum.[40] Bagi mencapai tujuan keduanya itu, seseorang pesalah boleh diletakkan di bawah tahanan pencegahan (Sicherungsverwahrung) di samping hukuman biasa sekiranya ia dianggap mengancam keselamatan awam. Kanun Jenayah Antarabangsa (Völkerstrafgesetzbuch) pula telah digubal bagi menghukum kekejaman kemanusiaan, pembunuhan kaum dan juga jenayah perang. Kanun ini memberikan mahkamah-mahkamah Jerman kuasa untuk mendakwa penjenayah, sekiranya pendakwaan oleh mahkamah tempatan di mana jenayah itu dilakukan atau oleh mahkamah antarabangsa tidak boleh dilakukan.

Peringkat negeri[sunting | sunting sumber]

Pegawai polis negeri di Hamburg.

Kuasa perundangan dibahagi-bahagikan di antara pihak persekutuan dan juga negeri. Hukum Asas menyatakan semua kuasa perundangan terletak di tangan negeri-negeri melainkan yang digariskannya dengan khusus. Di sesetengah bidang, persekutuan dan negeri mempunyai kuasa bersama. Di dalam kes-kes sebegini, pihak persekutuan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang "jika dan dengan tujuan untuk membentuk gaya hidup yang sama rata di seluruh persekutuan" atau "untuk pemuliharaan keseragaman undang-undang mahupun ekonomi yang memerlukan kawalan persekutuan demi kepentingan kebangsaan."[41]

Semua undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri sekiranya kuasa perundangan terletak di tangan persekutuan. Satu contoh terkenal ialah hukuman bunuh di bawah undang-undang negeri Hesse yang bertentangan dengan larangan yang termaktub di dalam Hukum Asas, sekaligus menolak peruntukan undang-undang negeri itu sebagai tidak sah. Bundesrat (Majlis Persekutuan) ialah badan persekutuan yang disertai oleh negeri-negeri dalam menggubal undang-undang persekutuan. Penglibatan ini diwajibkan terutamanya apabila undang-undang yang hendak digubal jatuh di bawah peruntukan kuasa bersama, memerlukan negeri-negeri melaksanakan peraturan persekutuan atau sebagaimana yang digariskan di dalam Hukum Asas. Setiap negeri, kecuali Schleswig-Holstein (yang kuasa perlembagaannya dikendalikan oleh Bundesverfassungsgericht bagi pihaknya) memiliki mahkamah perlembagaan masing-masing. Amtsgericht (Mahkamah Daerah), Landgericht (Mahkamah Negeri) dan Oberlandesgericht (Mahkamah Tinggi Negeri) pula adalah mahkamah-mahkamah negeri yang memiliki kuasa-kuasa umum. Kesemuanya berkuasa membicarakan kes-kes samada menggunakan undang-undang negeri mahupun persekutuan.

Kebanyakan hal-ehwal asas berkaitan undang-undang pentadbiran masih dipegang oleh negeri-negeri, walaupun kebanyakannya menggunapakai beberapa isi penting Akta Prosiding Pentadbiran 1976. Di dalam bidang kuasa pentadbiran, Oberverwaltungsgerichte (Mahkamah Tinggi Pentadbiran) ialah mahkamah tertinggi berkaitan hal-ehwal pentadbiran negeri, melainkan "persoalan undang-undang itu menyentuh undang-undang persekutuan" atau "undang-undang negeri yang mirip dengan undang-undang persekutuan." Di dalam kes-kes sebegini, rayuan terakhir boleh dibuat ke Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Berlin ialah bandar raya terbesar di Jerman dengan penduduk berjumlah 3.4 juta orang.
Rencana utama: Demografi Jerman

Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.[21] Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.[42] Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialah Berlin, Hamburg, Munich, Cologne, Frankfurt dan Stuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputi Düsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya seperti Cologne, Essen, Dortmund, Duisburg, dan Bochum.

Jumlah penduduk di wilayah-wilayah Jerman 1800 - 2000 dan jumlah pendatang asing 1975 - 2000.

Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing.[43] Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.[44] Kumpulan yang terbesar (2.3 juta orang)[45] berasal dari Turki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah seperti Itali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing), Greece, Poland dan Croatia.[46] Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.[47][48] Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.[49]

Agama[sunting | sunting sumber]

Katedral Cologne di tebing Sungai Rhine ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kristian ialah kumpulan agama terbesar di Jerman dengan 53 juta penganut (64%),[50] Agama kedua terbesar pula ialah Islam dengan 3.3 juta penganut (4%) diikuti dengan penganut Buddha dan Yahudi, kedua-duanya dengan jumlah penganut sekitar 200,000 orang (0.25%). Agama Hindu pula mempunyai sekitar 90,000 orang penganut (0.1%). Lain-lain kumpulan agama memiliki penganut kurang daripada 50,000 orang (kurang daripada 0.05%). Sekitar 24.4 juta orang (29.6%) pula tidak mempunyai agama.

Penganut Protestan bertumpu di utara dan timur manakala penganut Katolik pula bertumpu di selatan dan barat. Masing-masing memiliki penganut sekitar 31% daripada keseluruhan penduduk. Ketua Gereja Katolik Rom pada masa kini, Paus Benedict XVI, dilahirkan di negeri Bavaria. Orang-orang yang tidak beragama, termasuk ateis dan agnostik yang membentuk 29.6% daripada keseluruhan penduduk, kebanyakannya bertumpu di negeri-negeri bekas Jerman Timur dan kawasan metropolitan utama.[51]

Daripada 3.3 juta orang penganut Islam, kebanyakannya adalah golongan Sunnah dan juga Alewi dari Turki, tetapi terdapat juga sekumpulan kecil penganut Syi'ah.[52] 1.7% penduduk negara ini mengaku sebagai penganut Kristian Ortodoks, dengan orang-orang berketurunan Serb dan Greek membentuk majoriti.[50] Jerman juga mempunyai jumlah penganut agama Yahudi ketiga terbesar di Eropah Barat.[53] Pada tahun 2004, pendatang-pendatang Yahudi dari bekas republik Soviet berhijrah ke Jerman dalam jumlah yang sama besar dengan kumpulan yang berhijrah ke Israel, membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 200,000 orang berbanding 30,000 sebelum penyatuan semula. Kota-kota besar dengan komuniti penting orang-orang Yahudi termasuklah Berlin, Frankfurt dan Munich.[54] Sementara itu, sekitar 250,000 orang, sebahagian besar merupakan pendatang-pendatang dari Asia, penganut agama Buddha tinggal di Jerman.[51]

Menurut Undian Eurobarometer pada tahun 2005, 47% warga Jerman bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya akan kewujudan Tuhan", sementara 25% pula bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya wujudnya roh atau kuasa kehidupan" dan 25% pula bersetuju dengan: "Saya tidak percaya akan kewujudan roh, tuhan atau kuasa kehidupan".[55]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa Jerman
Pengetahuan Bahasa Jerman di Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah lain.

Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi dan yang paling dominan yang ditutur di negara Jerman.[56] Ia juga adalah salah satu daripada 23 bahasa rasmi Kesatuan Eropah, dan salah satu bahasa bekerja di Suruhanjaya Eropah, selain bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bahasa minoriti yang diiktiraf pula termasuklah bahasa Denmark, bahasa Sorbia, bahasa Roma dan bahasa Frisia. Kesemuanya dipelihara dan dilindungi oleh Piagam Eropah bagi Bahasa Wilayah dan Minoriti. Bahasa golongan pendatang yang paling banyak digunakan pula ialah bahasa Turki, Poland, bahasa-bahasa Balkan dan Rusia.

Bahasa Jerman piawai ialah bahasa Jermanik Barat yang sangat berkait rapat dan turut digolongkan bersama-sama bahasa Inggeris, Belanda dan Frisia. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa ini berasal dari cabang Jermanik di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah.[57] Beberapa kumpulan kecil perkataan penting pula berpunca daripada bahasa-bahasa Latin, Greek, Perancis, dan juga Inggeris. Tabiat mencampuri dua bahasa (seperti Bahasa Rojak) turut mula menular di kalangan penutur bahasa Jerman, yang dikenali sebagai Denglish (Bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Jerman dan Inggeris). Bahasa Jerman ditulis menggunakan abjad Rumi. Namun, terdapat beberapa abjad tambahan iaitu tiga huruf vokal umlaut (ä, ö dan ü) serta Eszett atau scharfes S (S tajam) yang ditulis sebagai "ß" atau gantinya "ss".

Loghat Jerman dibezakan daripada jenis-jenis utama bahas Jerman. Loghat ini adalah jenis tempatan yang berasal daripada puak-puak Jermanik yang berbeza-beza. Kebanyakannya tidak mudah difahami oleh mereka yang hanya boleh bertutur bahasa Jerman piawai kerana kosa kata, sebutan dan susunan ayat yang berlainan.

Di seluruh dunia, bahasa Jerman dituturkan oleh sekitar 100 juta orang penutur asli dan juga sejumlah 80 juta pengguna yang lain.[58] Jerman ialah bahasa utama di EU yang dituturkan oleh lebih 90 juta orang (18%). Sementara itu, 67% warga Jerman mengaku boleh bertutur sekurang-kurangnya satu bahasa asing, 27% yang lain pula boleh bertutur dua bahasa asing selain bahasa ibunda mereka.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Jerman

Jerman ialah ekonomi terbesar di Eropah, ketiga terbesar di dunia dari segi KDNK dan kelima dari segi kuasa membeli.[59] Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 dicatatkan sebanyak 2.4% dan dijangka akan mengekalkan tahap ini pada tahun-tahun berikutnya.[60] Sejak Era Industrialisasi, negara ini telah menjadi penggerak, pereka dan penerima faedah sebuah ekonomi yang lebih terbuka. Pengeksportan barangan buatan Jerman adalah faktor utama kekayaan negara ini. Jerman ialah negara pengeksport terbesar di dunia dengan jumlah dagangan mencecah €969.1 bilion pada tahun 2007 (termasuk kawasan Euro) dan menghasilkan lebihan dagangan bernilai €159 bilion.[61] Sektor perkhidmatan pula menyumbang sekitar 70% daripada keseluruhan KDNK, berbanding perusahaan sebanyak 29.1% dan pertanian sebanyak 0.9%. Kebanyak produk keluaran negara ini ialah dalam bidang kejuruteraan, khususnya automobil, jentera, logam dan barangan kimia.[21] Jerman juga merupakan negara pengeluar terbesar dunia bagi teknologi turbin angin dan tenaga suria.[62] Beberapa perhimpunan dan pameran dagangan dunia tahunan terbesar diadakan di beberapa buah bandar raya Jerman seperti Hanover, Frankfurt dan Berlin.

Di kalangan syarikat yang disenaraikan di bursa saham terbesar di dunia mengikut pulangan, iaitu Fortune Global 500, 37 daripadanya berpangkalan di Jerman. Sepuluh terbesar adalah Daimler, Volkswagen, Allianz (syarikat paling untung), Siemens, Deutsche Bank, E.ON, Deutsche Post, Deutsche Telekom, Metro dan BASF.[63] Di kalangan majikan terbesar pula antaranya ialah Deutsche Post, Robert Bosch dan Edeka[64] Jenama terkenal dunia pula ialah Mercedes Benz, SAP, BMW, Adidas, Siemens, Porsche, Volkswagen dan Deutsche Bank.[65]

Jerman adalah pengeksport terbesar dunia pada tahun 2007.

Jerman adalah negara yang memperjuangkan kesepaduan ekonomi dan politik dalam Eropah, dan dasar komersilnya acapkali ditentukan oleh perjanjian dengan ahli-ahli EU dan perundangan pasaran tunggal EU. Jerman menggunakan matawang bersama Eropah, iaitu euro, dan dasar kewangannya ditentukan oleh Bank Pusat Eropah di Frankfurt. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, taraf hidup dan pendapatan tahunan masih kekal lebih tinggi di negeri-negeri Jerman Barat.[66] Pemodenan dan integrasi ekonomi Jerman Timur masih berterusan sebagai satu proses jangka panjang yang dijadualkan sehingga tahun 2019, dengan perpindahan tahunan daripada barat ke timur menelan belanja sebanyak $80 bilion. Kadar pengangguran keseluruhan telah turun dengan konsisten sejak tahun 2005 dan mencecah rekod terendah dalam 15 tahun pada bulan Jun 2008 dengan 7.5%.[67] Peratusan ini meliputi purata 6.2% di Jerman Barat dan 12.7% di Jerman Timur. Kerajaan sebelum ini di bawah Canselor Gerhard Schröder telah melancarkan satu rancangan yang menyeluruh bagi memperbaharui pasaran buruh dan institusi-institusi kebajikan. Kerajaan masa kini pula menjalankan dasar fiskal yang ketat dan telah memotong pekerjaan biasa di dalam sektor awam dengan tujuan mendapatkan belanjawan seimbang pada tahun 2008.[68]

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan Hamburg ialah yang kedua terbesar di Eropah dan ke-9 terbesar di dunia.

Pada tahun 2002, Jerman dicatatkan sebagai pengguna tenaga kelima terbesar dunia dan dua pertiga daripada sumber tenaga utamanya diimport. Pada tahun yang sama, Jerman merupakan pengguna utama tenaga elektrik dengan jumlah penggunaan mencecah 512.9 bilion kilowatt-sejam. Dasar kerajaannya menekankan penjimatan dan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti suria, angin, biojisim, hidro dan geoterma. Hasil daripada langkah-langkah penjimatan ini, kecekapan tenaga (jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan seunit KDNK) telah bertambah baik sejak awal 1970-an. Kerajaan turut mensasarkan untuk memenuhi separuh daripada keperluan tenaganya melalui sumber-sumber boleh diperbaharui menjelang 2050. Pada tahun 2000, kerajaan dan industri tenaga nuklear Jerman telah bersetuju untuk memansuhkan semua loji janakuasa nuklear secara berperingkat-peringkat menjelang 2021.[69][70] Namun begitu, tenaga boleh diperbaharui hanya memainkan peranan sederhana di dalam penggunaan tenaga. Pada tahun 2006, keperluan tenaga dipenuhi oleh pelbagai sumber, iaitu petroleum (35.7%), arang batu (23.9%), gas asli (22.8%), nuklear (12.6%) hidro dan kuasa angin (1.3%) dan lain-lain sumber (3.7%).

Kereta api laju ICE3

Oleh kerana kedudukannya di tengah Eropah, Jerman merupakan pusat pengangkutan yang penting. Hal ini dibuktikan dengan jaringan pengangkutannya yang moden dan padat. Antara yang paling dikenali ialah sistem lebuh raya Autobahn yang meluas yang berkedudukan ketiga dunia dari segi panjang keseluruhan. Satu ciri unik Autobahn di Jerman ialah ketiadaan had laju di kebanyakan laluannya.

Jerman turut menubuhkan satu jaringan kereta api laju dengan pelbagai pusat. Intercity-Express atau ICE menghubungkan bandar-bandar utamanya selain pelbagai destinasi di negara jiran. Kelajuan kereta api ini berubah daripada 160 km/j hinggalah ke 300 km/j. Perkhidmatan ini adalah yang paling maju yang disediakan oleh Deutsche Bahn AG. Sambungan ditawarkan dalam tempoh setiap 30 minit, satu jam atau dua jam.[71]

Sains dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Jerman telah melahirkan ramai pengkaji terkemuka di dalam pelbagai bidang sains. Hadiah Nobel telah dianugerahkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari negara ini.[72] Hasil kerja Albert Einstein dan Max Planck menjadi asas kepada ilmu fizik moden, yang kemudiannya dibangunkan oleh Werner Heisenberg dan Max Born.[73] Mereka ini didahului oleh ahli-ahli fizik seperti Hermann von Helmholtz, Joseph von Fraunhofer dan Gabriel Daniel Fahrenheit. Wilhelm Conrad Röntgen telah menemui Sinar-X yang dipanggil Röntgenstrahlen (Bahasa Melayu: Sinar Röntgen) di dalam bahasa Jerman dan beberapa bahasa lain. Penemuannya ini menjadikannya penerima pertama Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1901.[74] Werner von Braun telah membangunkan roket angkasa lepas pertama (roket pertama melepasi 100 km sempadan ke angkasa lepas) dan kemudiannya menjadi anggota terkemuka NASA dan membangunkan roket bulan Saturn V, yang membawa kepada kejayaan Amerika Syarikat melalui Rancangan Apollo. Hasil kerja Heinrich Rudolf Hertz di dalam bidang sinaran elektomagnet adalah penting dalam pembangunan teknologi telekomunikasi moden.[75] Melalui pembinaan makmal pertama di Universiti Leipzig pada tahun 1879, Wilhelm Wundt dianggap sebagai pengasas bidang psikologi sebagai sains empirik bebas.[76] Sumbangan Alexander von Humboldt sebagai ahli sains semula jadi dan peneroka pula kemudiannya menjadi asas kepada biogeografi.

Kompleks bilik bersih yang luas untuk pengeluaran mikroelektronik di Stuttgart.

Beberapa ahli matematik terkemuka juga telah dilahirkan di Jerman, termasuklah Carl Friedrich Gauss, David Hilbert, Bernhard Riemann, Gottfried Leibniz, Karl Weierstrass dan Hermann Weyl. Jerman juga merupakan tempat kediaman banyak pereka dan jurutera terkenal seperti Johannes Gutenberg, yang mencipta mesin pencetak boleh gerak; Hans Geiger, pereka pembilang Geiger; dan Konrad Zuse, yang mula-mula mencipta komputer digital automatik.[77] Pereka, pencipta, jurutera dan usahawan seperti Ferdinand von Zeppelin, Otto Lilienthal, Gottlieb Daimler, Rudolf Diesel, Hugo Junkers dan Karl Benz telah membantu membentuk sistem kenderaan dan pengangkutan udara moden.[78][79]

Institusi-institusi kajian sains yang penting di Jerman ialah Persatuan Max Planck, Masyarakat-Helmholtz dan Persatuan Fraunhofer. Mereka mempunyai hubungan samada secara bebas atau luaran dengan sistem universiti dan menyumbang dalam jumlah yang agak besar terhadap usaha-usaha saintifik di negara ini. Anugerah berprestij Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz dianugerahkan kepada sepuluh orang ahli sains dan akademik pada setiap tahun. Dengan hadiah maksimum €2.5 juta bagi setiap anugerah, ia merupakan salah satu hadiah kajian tertiinggi di dunia.[80]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tanggungjawab terhadap pendidikan di Jerman diserahkan kepada negeri-negeri sementara kerajaan persekutuan hanya memiliki peranan kecil. Pendidikan pra-sekolah yang tidak diwajibkan disediakan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Selepas itu, mereka diwajibkan menghadiri pengajian di sekolah selama sekurang-kurangnya sembilan tahun. Pendidikan rendah selalunya berlangsung selama empat tahun dan sekolah-sekolah awam tidak disusun mengikut kategori pada tahap ini.[81][82] Berbeza pula di peringkat menengah, sistem persekolahan dibahagikan kepada empat jenis berlandaskan kemahiran atau keupayaan murid-murid seperti yang dicadangkan oleh guru, iaitu: Gymnasium, yang turut dihadiri oleh murid-murid yang berbakat besar yang menyediakan mereka ke arah pengajian di universiti dengan kehadiran sekitar lapan atau sembilan tahun bergantung kepada tahap murid-murid; Realschule, yang menawarkan pengajian lebih terbuka dan meluas bagi murid-murid tahap pertengahan yang berlangsung sehingga enam tahun; Hauptschule, yang menawarkan pengajian vokasional; dan juga Gesamtschule atau sekolah komprehensif yang menggabungkan ketiga-tiga jenis sekolah menengah di bawah satu bumbung.[81][82]

Perpustakaan Universiti Heidelberg. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1386.

Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (PISA) yang dikendalikan oleh OECD, menilai kemahiran murid-murid berumur 15 tahun di negara-negara ahli dan beberapa negara-negara rakan. Pada tahun 2006, murid-murid memperbaiki kedudukan mereka dari tahun-tahun sebelumnya dengan menduduki tangga ke-13 (atas purata) dalam kemahiran sains, tangga ke-20 dalam kemahiran matematik dan tangga ke-18 dalam kemahiran membaca.[83][84] Memandangkan tahap kecerunan sosio-ekonomi di Jerman lebih tinggi, pencapaian di Jerman dipengaruhi kuat faktor-faktor sosio-ekonomi berbanding negara-negara lain.[83][84]

Untuk memasuki sebuah universiti, murid-murid sekolah menengah perlulah menduduki peperiksaan Abitur, yang menyamai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Namun, murid-murid yang memiliki sijil daripada sekolah vokasional boleh juga memohon. Sebuah sistem perantisan yang dipanggil Duale Ausbildung membolehkan murid-murid menghadiri latihan vokasional dengan bekerja (belajar) di syarikat-syarikat perusahaan selain sekolah latihan khas yang dikendalikan kerajaan.[81] Kebanyakan universiti di Jerman dimiliki oleh kerajaan negeri dan mengenakan yuran pengajian yang berbeza-beza dari €50 hingga ke €500 bagi satu semester pengajian.[85]

Universiti-universiti Jerman diakui di peringkat antarabangsa, sekaligus menonjolkan nilai pengajian yang tinggi di negara ini. Di dalam "Kedudukan Universiti Dunia THES-QS" pada tahun 2007, tiga buah universiti awam Jerman menduduki tangga 100 utama dunia, manakala 11 yang lain menghuni kedudukan 200 utama.[86]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Peta jaringan lebuh raya di Jerman
Rencana utama: Pengangkutan di Jerman

Oleh sebab kedudukan Jerman di Eropah Tengah, terdapat jumlah pergerakan trafik yang amat tinggi di Jerman. Ini termasuk pergerakan trafik darat, udara dan air. Jerman merupakan negara persinggahan penting bagi sektor logistik Eropah dimana majoriti pergerakan trafiknya terdiri daripada pergerakan barang-barang perdagangan. Dalam dekad yang lepas, trafik barang perdagangan sentiasa beralih daripada perkhidmatan rel kepada jalanraya. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan Jerman memperkenalkan tol lebuhraya kepada kenderaan berat pada tahun 2005. Disamping itu, trafik awam juga turut meningkat sehingga dalam jaringan jalanraya di Jerman, terdapat kepadatan yang amat tinggi berbanding di peringkat antarabangsa.

Pada masa akan datang dijangka tedapat peningkatan pergerakan trafik penumpang (1997-2015)sekitar 20% dan pergerakan trafik barang perdagangan (1997-2005)meningkat sekitar 64%. Demi memenuhi peningkatan ini, kerajaan persekutuan Jerman telah meluluskan pelaburan sebanyak 150 bilion Euro untuk tempoh 2001 hingga 2015 bagi menambah kapasiti jaringan jalanraya di Jerman.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kebudayaan Jerman

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Jumlah penduduk menurun meskipun jumlah kelahiran bertambah" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 26 Jun 2008. http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/destatis/Internet/EN/press/pr/2008/06/PE08__229__126,templateId=renderPrint.psml. Capaian 2008-09-15. 
  2. Max Mangold (stg.), ed (1995) (dalam bahasa Jerman). Duden, Aussprachewörterbuch (Kamus Sebutan Duden) (edisi ke-6). Mannheim: Dudenverlag, Bibliographisches Institut & F.A. Brockhaus AG. m/s. ms. 271, 53f. ISBN 3-411-04066-1. 
  3. "Kemasukan penduduk-penduduk asing berdasarkan kewarganegaraan mengikut tahun" (dalam bahasa Inggeris) (CFM). Institut Dasar Migrasi. http://www.migrationinformation.org/datahub/countrydata/data.cfm. Capaian 2008-09-02. 
  4. 4.0 4.1 "Jerman penderma bantuan kedua terbesar di dunia selepas AS" (Cetakan semula), (dpa), 4 April 2008. Dicapai pada 2008-09-02. (Inggeris) 
  5. 5.0 5.1 "15 pembeli terbesar pada tahun 2006" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Arah aliran terkini dalam perbelanjaan ketenteraan. Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm. 2007. http://www.sipri.org/contents/milap/milex/mex_major_spenders.pdf/download. Capaian 2008-09-02. 
  6. "Pemimpin Eropah? Jawapan-jawapan yang jauh berbeza", International Herald Tribune, 4 April 2008. Dicapai pada 2008-09-02. (Inggeris) 
  7. Anna-Kristina Wassilew. "Dengan Yakin Menuju Masa Depan bersama-sama Teknologi yang boleh diharapkan", 6 Mei 2008. Dicapai pada 2008-09-02. 
  8. Jill N. Claster (1982) (dalam bahasa Inggeris). Pengalaman Zaman Pertengahan: 300 - 1400. Percetakan NYU. ISBN 0814713815. 
  9. Sejarah Purba Cambridge. ISBN 0521301998. 
  10. Gerhard Rempel. "Peperangan Tiga Puluh Tahun" (dalam bahasa Inggeris). http://mars.wnec.edu/~grempel/courses/wc2/lectures/30yearswar.html. 
  11. Alan McFarlane (2003). "Peperangan Tiga Puluh Tahun (1618-48)" (dalam bahasa Inggeris). Jumlah Kematian Terpilih bagi Peperangan, Pembunuhan beramai-ramai dan Kekejaman sebelum Kurun Ke-20. http://users.erols.com/mwhite28/warstat0.htm#30YrW. 
  12. Mary Fullbrook (1991) (dalam bahasa Inggeris). Sejarah Ringkas Jerman. Penerbitan Universiti Cambridge. m/s. ms. 97. ISBN 0521540712. 
  13. Norman Martin (5 Oktober 2000). "Gabungan Jerman 1815-1866 (Jerman)" (dalam bahasa Inggeris). Flags of the World. http://www.fotw.net/flags/de1848.html. Capaian 2008-09-04. 
  14. Stephen J. Lee (2003) (dalam bahasa Inggeris). Eropah, 1890-1945. m/s. ms. 131. ISBN 0415254558. 
  15. Roderick Stackelberg (1999) (dalam bahasa Inggeris). Jerman di bawah Hitler: Asal-usul, tafsiran dan warisan. Routledge. ISBN 0415201144. 
  16. Raffael Scheck. "Pembentukan Pemerintahan Diktator: Penstabilan Kuasa Nazi" (dalam bahasa Inggeris). http://www.colby.edu/personal/r/rmscheck/GermanyE1.html. Capaian 2009-09-07. 
  17. "Bonn" (dalam bahasa Inggeris). Ensyclopedia Britannica. Britannica. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/73127/Bonn. Capaian 2009-09-08. 
  18. Nico Colchester. "Hari D-mark sudah tiba", Financial Times, 1 Januari 2001. Dicapai pada 2009-09-08. (Inggeris) 
  19. "Sebuah pembahagian yang adil. 10 Tahun sebelum ini: Bundestag meluluskan Akta Bonn-Berlin". 10 Mac 2004. http://www.wdr.de/themen/kultur/stichtag/2004/03/10.jhtml. Capaian 2009-09-08. 
  20. Judy Dempsey. "Jerman merancang pengunduran di Bosnia", International Herald Tribune, 31 Oktober 2006. Dicapai pada 2009-09-08. (Inggeris) 
  21. 21.0 21.1 21.2 "Germany" (dalam bahasa Inggeris). Buku Fakta CIA. CIA. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/gm.html. Capaian 2008-09-08. 
  22. (dalam bahasa Inggeris) Germany For Dummies, Edisi ke-3. Wiley. May 2007. ISBN 978-0-470-08956-9. http://www.dummies.com/WileyCDA/DummiesArticle/id-5361.html. 
  23. "Iklim dan Cuaca Jerman". http://www.wordtravels.com/Travelguide/Countries/Germany/Climate/. Capaian 2008-09-08. 
  24. "Pelajaran dari Jerman" (dalam bahasa Inggeris). The Economist. 3 April 2008. http://www.economist.com/business/displaystory.cfm?story_id=10961890. Capaian 2008-09-08. 
  25. Ulrich Witte (16 Oktober 2004). "Titik-titik permulaan dan fokus terhadap perhubungan alam sekitar" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Yayasan Persekutan bagi Alam Sekitar Jerman. http://www.dzforum.de/downloads/020101311.pdf. Capaian 2008-09-08. 
  26. "Semua negara perlu mengambil langkah penting terhadap fenomena perubahan iklim: Undian Sedunia" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). BBC World Service & Globescan. Rancangan tentang Sikap terhadap Dasar Antarabangsa di Universiti Maryland. http://www.worldpublicopinion.org/pipa/pdf/sep07/BBCClimate_Sep07_rpt.pdf. Capaian 2008-09-08. 
  27. "Memperkukuh industri perlindungan alam sekitar Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Alam Sekitar. http://www.umweltbundesamt.de/uba-info-presse-e/2004/pe04-056.htm. Capaian 2008-09-08. 
  28. "Jerman negara terhijau di dunia", Times of India, 20 Jun 2008. Dicapai pada 2008-09-08. (Inggeris) 
  29. Perkara 79, Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (dalam bahasa Jerman) Bundesministerium der Justiz. Dicapai pada 10 Jun 2008
  30. "Pengisytiharan oleh Majlis Keselamatan dan Pertahanan Perancis-Jerman". 13 Mei 2001. http://www.elysee.fr/elysee/anglais/speeches_and_documents/2004/declaration_by_the_franco-german_defence_and_security_council.1096.html. Capaian 2008-09-11. 
  31. "Nota latar belakang: Jerman - Hubungan AS-Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Negara AS. http://www.state.gov/r/pa/ei/bgn/3997.htm. Capaian 2008-09-11 date=Januari 2008. 
  32. 32.0 32.1 Kedutaan AS Berlin (Mei 2006) (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Helaian Fakta: Hubungan Ekonomi AS-Jerman. http://germany.usembassy.gov/germany/img/assets/9336/econ_factsheet_may2006.pdf. Capaian 2008-09-11. 
  33. "Jerman masih paling kerap dilaporkan sebagai keturunan." (dalam bahasa Inggeris). Biro Bancian AS. 30 Jun 2004. http://www.census.gov/Press-Release/www/releases/archives/census_2000/001870.html. Capaian 2008-09-11. 
  34. "Kaiserslautern, Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Tentera AS. http://benefits.military.com/misc/installations/Base_Content.jsp?id=1675. Capaian 2008-09-11. 
  35. "Tujuan dasar pembangunan Jerman". BMZ. http://www.bmz.de/en/index.html. Capaian 2008-09-11. 
  36. "Perkara 115 - Hal ehwal kecemasan (pertahanan)" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (GG). Bundestag. http://www.bundestag.de/htdocs_e/parliament/function/legal/germanbasiclaw.pdf. Capaian 2008-09-11. 
  37. "Jumlah Tentera bertugas di luar negara" (dalam bahasa Jerman). Bundeswehr. 4 September 2008. http://www.bundeswehr.de/portal/a/bwde/kcxml/04_Sj9SPykssy0xPLMnMz0vM0Y_QjzKLd443DgoESYGZASH6kTCxoJRUfV-P_NxUfW_9AP2C3IhyR0dFRQD-G0VU/delta/base64xml/L2dJQSEvUUt3QS80SVVFLzZfQ180MkQ!?yw_contentURL=%2FC1256EF4002AED30%2FW264VFT2439INFODE%2Fcontent.jsp. Capaian 2008-09-11. 
  38. Hans M. Kristensen (Februari 2005) (PDF). Senjata nuklear AS di Eropah: Kajian semula dasar pasca-Perang Dingin, tahap tentera dan perancangan perang. Majlis Pertahanan Sumber Asli (NDRC). m/s. ms. 9. http://www.nrdc.org/nuclear/euro/euro.pdf. Capaian 2008-09-11. 
  39. "Mahkamah Perlembagaan Persekutuan" (dalam bahasa Inggeris). http://www.bundesverfassungsgericht.de/en/index.html. 
  40. "§ 2 Aufgaben des Vollzuges" (dalam bahasa Jerman). Kementerian Kehakiman Persekutuan (BMJ). http://www.gesetze-im-internet.de/stvollzg/__2.html. Capaian 2008-09-13. 
  41. Perkara 72, Hukum Asas
  42. "Im Jahr 2050 doppelt so viele 60-Jährige wie Neugeborene (Pada tahun 2050 jumlah golongan berumur 60-an berganda berbanding yang baru dilahirkan)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 7 November 2006. http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/destatis/Internet/DE/Presse/pm/2006/11/PD06__464__12421,templateId=renderPrint.psml. Capaian 2008-09-14. "(69 juta orang dengan menganggap kadar bersih penghijrahan +100,000 orang setiap tahun, manakala 74 juta dengan menganggap +200,000 orang setahun.)" 
  43. "Kenaikan kecil penduduk dengan latar belakang asing" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 11 Mac 2008. http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/destatis/Internet/EN/press/pr/2008/03/PE08__105__12521,templateId=renderPrint.psml. Capaian 2008-09-14. 
  44. "Menschen mit Migrationshintergrund - neue Definition, alte Probleme (Golongan dengan latar belakang asing - takrifan baru, masalah lama)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Pembangunan Kerjaya (BiBB). Disember 2007. http://www.good-practice.de/zielgruppen_beitrag3533.php. Capaian 2008-09-14. 
  45. Richard Bernstein. "Kuiz untuk Bakal Warganegara Menguji Sikap Jerman", New York Times, 29 Mac 2006. Dicapai pada 2008-09-14. (Inggeris) 
  46. "Ausländische Bevölkerung (Penduduk Asing)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Kajian Penduduk (BiB). http://www.bib-demographie.de/nn_750728/DE/Demographie/Altersaufbau/auslaendische__bevoelkerung.html. Capaian 2008-09-14. 
  47. Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (Mac 2006) (dalam bahasa Inggeris). Dasar Kependudukan Dunia 2005. Penerbitan PBB. ISBN 9789211514209. http://books.google.com/books?hl=en&id=YgSsp6S1qnkC&printsec=frontcover&source=web&ots=kXSuhAamCt&sig=nf3BbgP2FUT4tFxHgFC1ZrZO_8A&sa=X&oi=book_result&resnum=7&ct=result#PPP1,M1. 
  48. Bahagian Kependudukan, Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (Mac 2006). "Penghijrahan Antarabangsa 2006" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Penerbitan PBB. http://www.un.org/esa/population/publications/2006Migration_Chart/2006IttMig_chart.htm. Capaian 2008-09-14. 
  49. "Erstmals seit 1990 weniger als 600 000 Ausländer zugezogen (Buat pertama kalinya sejak 1990 kurang daripada 600 000 pendatang asing baru)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 6 Julai 2006. http://www.destatis.de/presse/deutsch/pm2006/p2690025.htm. Capaian 2008-09-14. 
  50. 50.0 50.1 "Christen in Deutschland 2006 (Kristian di Jerman 2006)" (dalam bahasa Jerman). EKD accessdate=2008-09-14. http://www.ekd.de/statistik/mitglieder.html. 
  51. 51.0 51.1 "Religionen in Deutschland: Mitgliederzahlen (Agama di Jerman: Jumlah penganut)" (dalam bahasa Jerman). Perkhidmatan Maklumat dan Media bagi Sains Keagamaan (RMID). 6 September 2006. http://www.remid.de/remid_info_zahlen.htm. 
  52. "Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Euro Islam. 8 Disember 2007. http://www.euro-islam.info/spip/article.php3?id_article=1752. Capaian 2008-09-14. 
  53. Mariah Blake (10 November 2006). "Di tempat lahir Nazi, Jerman meraikan Zaman Pembaharuan orang-orang Yahudi" (dalam bahasa Inggeris). Christian Science Monitor. http://www.csmonitor.com/2006/1110/p25s02-woeu.html. Capaian 2008-09-14. 
  54. "Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Kongres Yahudi Eropah. http://www.eurojewcong.org/ejc/news.php?id_article=81. Capaian 2008-09-14. 
  55. "Eurobarometer tentang Nilai-nilai Masyarakat, Sains dan Teknologi" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Suruhanjaya Eropah. Jun 2005. pp. ms. 11. http://ec.europa.eu/public_opinion/archives/ebs/ebs_225_report_en.pdf. Capaian 2008-09-14. 
  56. "Eurobarometer Khas 243: Orang-orang Eropah dan Bahasa-bahasa mereka (Ringkasan Eksekutif)" (PDF). Suruhanjaya Eropah. Februari 2006. http://ec.europa.eu/public_opinion/archives/ebs/ebs_243_sum_en.pdf. Capaian 2008-09-14. 
    "Eurobarometer Khas 243: Orang-orang Eropah dan Bahasa-bahasa mereka (Kajian Pendapat)" (PDF). Suruhanjaya Eropah. Februari 2006. http://ec.europa.eu/public_opinion/archives/ebs/ebs_243_en.pdf. Capaian 2008-09-14. 
  57. (dalam bahasa Inggeris) (PDF) Banyak bahasa, satu keluarga. Eropah yang bergerak. Suruhanjaya Eropah. Julai 2004. m/s. ms. 4. ISBN 92-894-7759-8. http://ec.europa.eu/publications/booklets/move/45/en.pdf. Capaian 2008-09-14. 
  58. National Geographic (April 2006). National Geographic Collegiate Atlas of the World. Willard, Ohio: R.R Donnelley & Sons Co. m/s. ms. 257-270. ISBN 0-7922-3662-9, 978-0-7922-3662-7. 
  59. "Susunan kedudukan - KDNK (kuasa beli seimbang)" (dalam bahasa Inggeris). Buku Fakta Dunia. CIA. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html. Capaian 2008-09-08. 
  60. "Pertumbuhan teguh ekonomi Jerman pada tahun 2007" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 15 Januari 2008. http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/destatis/Internet/EN/press/pr/2008/01/PE08__015__811,templateId=renderPrint.psml. Capaian 2008-09-08. 
  61. "Dagangan Luar Jerman pada tahun 2007: Eksport +8.5%, Import +5%" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 8 Februari 2008. http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/destatis/Internet/EN/press/pr/2008/02/PE08__047__51,templateId=renderPrint.psml. Capaian 2008-09-08. 
  62. Jonathan Rynn (16 June 2008). "Bagaimana memasuki ekonomi hijau sejagat" (dalam bahasa Inggeris). Foreign Policy in Focus. http://www.fpif.org/fpiftxt/5299. Capaian 2008-09-08. 
  63. "Global 500 Jerman" (dalam bahasa Inggeris). CNN Money. 21 Julai 2008. http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2008/countries/Germany.html. Capaian 2008-09-08. 
  64. "Majikan Terbesar Global 500" (dalam bahasa Inggeris). CNN Money. 21 Julai 2008. http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2008/performers/companies/biggest/. Capaian 2008-09-08. 
  65. "100 Jenama utama paling berpengaruh 2008" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Millward Brown Optimor. 6 Ogos 2007. http://www.millwardbrown.com/Sites/Optimor/Media/Pdfs/en/BrandZ/BrandZ-2008-Report.pdf. Capaian 2008-09-08. 
  66. Stefan Berg, Steffen Winter & Andreas Wassermann. "Beban Timur Jerman: Harga bagi penyatuan semula yang gagal", 5 September 2005. Dicapai pada 2008-09-08. (Inggeris) 
  67. "Kadar pengangguran turun di bawah paras 3.2 juta", Tagesschau. Dicapai pada 2008-09-08. (Jerman) Diarkibkan drpd. yang asli di 2008-12-20. 
  68. "Perbalahan tentang belanjawan di Berlin: Menteri-menteri diarahkan memotong permintaan" (Cetakan semula), Spiegel Online, 10 April 2008. Dicapai pada 2008-09-08. (Inggeris) 
  69. "Dunia memasuki era baru tenaga nuklear" (Terjemahan), Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-09-09. 
  70. "Jerman berpecah tentang tenaga hijau", BBC, 25 Februari 2005. Dicapai pada 2008-09-09. (Inggeris) 
  71. "Intercity-Express" (dalam bahasa Inggeris). Deutsche Bahn. http://www.bahn.de/international/view/en/mobility/trains/ice.shtml. Capaian 2008-09-09. 
  72. "Semua penerima Hadiah Nobel". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/lists/all/. Capaian 2008-09-09. 
  73. J. M. Roberts (2002) (dalam bahasa Inggeris). Sejarah Dunia Baru Penguin. Penguin History. m/s. ms. 1014. ISBN 0141007230. 
  74. "Hadiah-hadiah Nobel pertama dianugerahkan". History.com. http://www.history.com/this-day-in-history.do?action=VideoArticle&id=7107. Capaian 2008-09-09. 
  75. "Tokoh-tokoh bersejarah di dalam bidang telekomunikasi". Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa date=14 Januari 2004. http://www.itu.int/aboutitu/HistoricalFigures.html. Capaian 2008-09-09. 
  76. Alan Kim (16 Jun 2006). "Wilhelm Maximilian Wundt". Ensiklopedia Falsafah Stanford. http://plato.stanford.edu/entries/wilhelm-wundt/. Capaian 2008-09-09. 
  77. Horst Zuse. "Kehidupan dan Sumbangan Konrad Zuse" (dalam bahasa Inggeris). Everyday Practical Electronics (EPE) Online. http://www.epemag.com/zuse/. Capaian 2008-09-09. 
  78. "Automobil" (dalam bahasa Inggeris). MSN Encarta. http://encarta.msn.com/encyclopedia_761576902_5/Automobile.html. Capaian 2008-09-09. 
  79. "Zeppelin" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Ulang tahun Ke-100 Penerbangan AS. http://www.centennialofflight.gov/essay/Lighter_than_air/zeppelin/LTA8.htm. Capaian 2008-09-09. 
  80. "Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz: Ringkasan" (dalam bahasa Inggeris). Masyarakat Kajian Jerman (DFG). http://www.dfg.de/en/research_funding/scientific_prizes/gw_leibniz_prize.html. Capaian 2008-09-09. 
  81. 81.0 81.1 81.2 "Profil negara=Jerman" (dalam bahasa Inggeris) (PDF). Bahagian Kajian Persekutuan, Perpustakaan Kongres AS. April 2008. http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Germany.pdf. Capaian 2008-09-10. 
  82. 82.0 82.1 "Pendidikan di Jerman: Rangka asas sistem pendidikan di Republik Persekutuan Jerman" (dalam bahasa Jerman & Inggeris) (PDF). Kementerian Persekutuan bagi Pendidikan dan Kajian. http://www.bmbf.de/pub/bildung_in_deutschland.pdf. Capaian 2008-09-10. 
  83. 83.0 83.1 Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (2007) (PDF). Ringkasan eksekutif: PISA 2006: Kemahiran sains untuk dunia akan datang Jilid 1: Analisa. Perancis: OECD. ISBN 978-92-64-04000-7. http://www.oecd.org/dataoecd/15/13/39725224.pdf. Capaian 2008-09-10. 
  84. 84.0 84.1 Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (2007) (PDF). PISA 2006: Kemahiran sains untuk dunia akan datang Jilid 1: Analisa. Perancis: OECD. ISBN 978-92-64-04000-7. http://www.oecd.org/dataoecd/30/17/39703267.pdf. Capaian 2008-09-10. 
  85. "Belajar dan Mengkaji di Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD). http://www.daad.de/deutschland/wege-durchs-studium/kosten/06199.en.html. Capaian 2008-09-10. 
  86. "Kedudukan Universiti Dunia THES-QS: 400 universiti utama". Quacquarelli Symonds. http://www.topuniversities.com/worlduniversityrankings/results/2007/overall_rankings/top_400_universities/. Capaian 2008-09-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoken Wikipedia-2

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

General

Facts and figures

Travel

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Germany.