Budaya Goth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stail fesyen Goth di negara Barat

Budaya Goth merupakan sub-budaya kontemporari yang terdapat di banyak negara. Ianya bermula di England pada awal 1980-an dalam scene Gothic rock, satu cabang post-punk. Sub-budaya goth telah bertahan lebih lama daripada yang lain dalam era yang sama dan telah berkembang. Imej dan kecenderungan budaya ini menunjukkan pengaruh dari kesusasteraan Gothic abad ke-19, fantasi, mengerikan dan juga pengaruh filem seram.

Sub-budaya Goth dikaitkan dengan cita rasa dalam muzik, artistik, estetika dan fesyen. Muzik sub-budaya goth termasuklah beberapa gaya yang berbeza, seperti Gothic rock, deathrock, post-punk, darkwave, muzik industri, neoklasik dan ethereal. Gaya pakaian dalam kelompok ini diinspirasikan dari deathrock, punk, stail Zaman Victorian dan Zaman Gelap, ataupun kombinasi dari stail-stail tersebut, selalunya dengan pakaian, solekan, dan rambut yang berunsur gelap.

Golongan sub-budaya goth suka mempamerkan fesyen dan kelakuan mereka yang aneh, anti-sosial dan menyeramkan, dan berunsur fantasi di khayalak ramai. Baik lelaki mahupun perempuan gothic selalunya kelihatan pucat kerana solekan tebal. Ada yang kelihatan seperti Pontianak, Watak filem seram, Hantu, Watak Fantasi dan juga manusia dari zaman silam. Batasan diantara lakonan dan realiti inilah yang sering menjadi tarikan kepada pengikut Goth.

Di Jepun, remaja Jepun memperkenalkan fesyen Gothic “Lolita” yang lebih comel dan lebih kepada keremajaan dan fantasi. Syarikat seperti Angelic Pretty menjual pelbagai produk Lolita. Lolita juga diinspirasikan dari pelbagai filem anime Jepun yang popular.

Band yang ditakrifkan dan memeluk genre rock gothic adalah Bauhaus, The Damned, The Cure, Adam and the Ants, The Birthday Party, Southern Death Cult, Specimen, Sex Gang Children, UK Decay, Virgin Prunes, Christian Death, Grave dan Killing Joke. Tahun 1990-an menyaksikan pertumbuhan untuk beberapa band 80-an dan kemunculan banyak kugiran baru. Gaya muzik yang didengarkan di tempat-tempat gothic antaraya adalah gothic rock, deathrock, muzik industri, EBM, ambien, eksperimen pop, new-wave, synthpop dan punk rock

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]