Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan

Pautan dalaman[sunting | sunting sumber]

Penggunaan pautan untuk mengaitkan ke rencana yang lain, umpamanya [[George W. Bush]], adalah digalakkan. Gunakanlah pautan-pautan untuk semua perkataan dan istilah yang berkaitan dengan rencana.

Tujuan pautan dalaman ialah untuk membenarkan pengguna-pengguna mengikuti sifat ingin tahu atau penyelidikan mereka dengan mudah ke rencana lain. Pautan-pautan harus dicipta jika terdapatnya kemungkinan besar bahawa pembaca ingin mengikutnya ke rencana lain; umpamanya, dalam pendahuluan rencana, permulaan bahagian yang baru, sel jadual dan tajuk imej. Secara amnya, jika terdapat kemungkinan bahawa pembaca suka membaca topik yang lain, ia tidak dipaksa mencarinya dalam halaman.

Sebaliknya, jangan ciptakan terlalu banyak pautan. Sebuah rencana dianggap terlalu dipaut jika mana-mana satu yang berikut adalah benar:

  • melebihi 10% daripada perkataan dalam rencana dipaut;
  • terdapat lebih pautan daripada garis;
  • pautan diulangi dalam rencana yang sama (walaupun kekadangnya, terdapat alasan yang munasabah sekiranya pautan yang penting terlalu jauh daripada satu sama lain);
  • melebihi 10% daripada pautan adalah ke rencana yang belum wujud; atau
  • mencipta pautan yang mempunyai nilai tambah yang rendah, seperti1995, 1980-an dan abad ke-20.

Syarat-syarat di atas juga merangkumi jadual-jadual.

Jika tarikh mengandungi hari, bulan dan tahun — [[25 Mac]] [[2004]] — atau hari dan bulan — [[10 Februari]] — pautan akan membenarkan pelaksanaan kecenderungan tarikh pembaca. Kesemua hari, bulan dan tahun harus dipaut untuk memastikan bahawa kecenderungan akan dilaksanakan dengan betul. Tarikh lain seperti tahun (contohnya, 1981) harus dianggap sebagai sama dengan perkataan yang lain dan dipautkan jika ia berkaitan dengan rencana. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Wikipedia: Hanya ciptakan pautan yang berkaitan dengan konteks dan Wikipedia:Manual gaya penulisan (tarikh dan nombor)#Penformatan tarikh.

Sebagai peraturan am, anda harus memastikan bahawa tajuk bahagian tidak mempunyai pautan; bagaimanapun, ini boleh diterima jika tajuk terlalu rumit ataupun perenggan-perenggan pimpin terlalu panjang kerana mengandungi banyak konsep.

Pautan yang mengikut kaedah penamaan dalam Wikipedia akan lebih mungkin mencapai pengaitan kepada rencana yang wujud, dan jika belum adanya rencana tersebut, pautan yang baik akan memudahkan penciptaan rencana yang mempunyai tajuk yang betul oleh penulis yang berikutnya.

Perkataan yang tidak betul-betul sama dengan tajuk rencana yang dipaut juga boleh dipautkan, umpamanya [[Bahasa Inggeris|Inggeris]]. Bagaimanapun, pastikan bahawa maksud pautan masih jelas tanpa perlu mengikutinya. Untuk kata jamak, gunakanlah cara berikut: bahasa-[[bahasa]]. Ini adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk wiki berbanding dengan [[bahasa|bahasa-bahasa]] — dan juga lebih mudah untuk menaip. Sintaks ini juga boleh digunakan untuk perkataan yang mempunyai imbuhan seperti ber[[tauladan]], dan juga frasa bersengkang dan sebagainya.

Cuba berpaut dengan tepat. Sewaktu menyunting, anda boleh menggunakan pratonton untuk menyemak pautan anda dan mengikutnya melalui pembukaan halaman dalam tetingkap yang lain. Jika rencana yang anda memaut tidak wujud, buatlah pencarian yang pantas untuk memastikan kebenaran; rencana itu mungkin mempunyai nama yang berlainan daripada apa yang anda menganggap.

Pautan yang mengaitkan secara langsung kepada sasaran adalah lebih baik daripada pautan yang mengaitkan kepada halaman peralihan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Konsortium Jaring Sedunia, "Jangan cuma mengatakan 'klik di sini'; bukan setiap orang akan mengklikkan".

Penulisan dengan huruf besar: tiada peraturan sehingga kini yang mengatakan bahawa anda harus menulis "Lihat juga Kereta api" atau "Lihat juga kereta api" (serupanya juga dengan senarai berbulet), tetapi dalam kes pautan berbilang, ketekalan harus dipeliharakan.

Bacaan lanjut atau bahagian Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia bukannya koleksi pautan dan sebuah rencana yang cuma mengandungi pautan adalah tidak digalakkan.

Likhat juga Wikipedia:Pautan luar.

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Sintaks untuk merujuk kepada URL adalah mudah. Cuma mengurungkan dengan tanda kurung tunggal:

[tajuk pautan URL selepas ruang kosong]

URL harus bermula dengan http:// ataupun lain protokol yang umum, seperti ftp:// atau news://.

Tambahan pula, menulis URL dengan teks yang tidak mengandungi markap akan menghasilkan pautan secara automatik, umpamanya http://en.wikipedia.org/. Bagaimanapun, ciri ini akan dibatalkan pada versi yang akan datang. Oleh sebab itu, jika anda hendak memaparkan URL kerana ia mengandungi maklumat yang penting, adalah lebih baik jika anda menggunakan bentuk URL yang ringkas (nama hos) sebagai teks tidak wajib: [http://ms.wikipedia.org/ ms.wikipedia.org] akan menghasilkan ms.wikipedia.org.

Tajuk pautan[sunting | sunting sumber]

Anda harus tidak memasukkan tajuk pemerian kepada pautan HTML yang terbenam dalam sebuah rencana. Sebaliknya, sewaktu memberikan pautan terbenam sebagai sumber dalam rencana, cuma mengurungkan URL dengan tanda kurung siku, seperti berikut: [1]. Bagaimanapun, anda harus memasukkan tajuk pemerian jika anda menggunakan pautan luar untuk bahagian Rujukan, Bacaan tambahan, ataupun Pautan luar. Ini dilaksanakan dengan menuliskan teks pemerian selepas URL selepas ruang kosong dan kesemuanya dikurungkan dengan tanda kurung siku.

Umpamanya, untuk memasukkan tajuk kepada URL seperti http://ms.wikipedia.org/ (ini dipaparkan sebagai "http://ms.wikipedia.org/"), gunakanlah sintaks yang berikut: [http://ms.wikipedia.org/ ensiklopedia yang bebas] (ini dipaparkan sebagaiensiklopedia yang bebas").

Secara am, URL kelihatan hodoh dan tidak memberi maklumat; adalah lebih baik untuk memaparkan tajuk yang bermakna berbanding dengan pemaparan URL, umpamanya "Laman web Agensi Angkasa Eropah" lebih mudah dibaca berbanding "http://www.esa.int/export/esaCP/index.html". Terdapat pengecualian untuk url yang termasyhur ataupun merupakan nama syarikat. Dalam kes tersebut, meletakkan url dengan tajuknya bersama-sama adalah lebih memberi maklumat, umpamanya, "Laman web Agensi Angkasa Eropah, www.esa.int".

Jika URL dipaparkan, buatnya lebih mudah lebih baik; umpamanya, jika index.html tidak diperlukan, hapusnya sahaja (tetapi sila pastikan dahulu melalui mod pratonton).

Versi bercetak untuk sebuah halaman memaparkan kesemua URLnya dengan penuh, termasuknya URL yang diberikan dalam tajuk supaya tiada maklumat yang akan hilang.

URL sebagai pautan terbenam (bernombor)[sunting | sunting sumber]

Tanpa teks yang tidak wajib, rujukan luaran akan menjadi pautan bernombor secara automatik, umpamanya:

[http://ms.wikipedia.org/]

akan dipaparkan seperti berikut:

[2]

Dalam bahagian Rujukan dan Pautan luar/Bacaan tambahan, pautan harus ditukarkan supaya mengandungi teks pautan atau sedutan yang penuh, termasuk nama rencana, penulis, jurnal atau surat khabar yang mana rencana itu diambil, serta tarikh terbitan dan tarikh rencana itu diambil.

Bagaimanapun, apabila pautan HTML yang terbenam digunakan untuk memberikan sumber dalam rencana, pautan bernombor harus digunakan selepas tanda baca, seperti berikut: [3] dengan sedutan yang penuh diberik dalam bahagian Rujukan. Sila lihat Wikipedia:Menyebut sumber-sumber dan Wikipedia:Penentusahan untuk maklumat lanjut.

Kedudukan dalam rencana[sunting | sunting sumber]

Pautan terbenam diletakkan selepas ayat atau perenggan yang menggunakannya sebagai sumber, dan selepas tanda baca, seperti berikut: [4]

Sedutan yang penuh harus dimasukkan kemudian dalam bahagian Rujukan. Pautan yang tidak digunakan sebagai sumber boleh disenaraikan dalam bahagian Bacaan tambahan ataupun Pautan luar:

==Bacaan tambahan==
*[http://
*[http://

Sesama dengan tajuk peringkat tinggi yang lain, dua tanda persamaan harus diguna untuk menandakan tajuk Bacaan tambahan/Pautan luar (sila lihat Tajuk bahagian dalam rencana ini).

Sila lihat Wikipedia:Menyebut sumber-sumber#Pautan terbenam untuk cara menformatkannya, dan Wikipedia:Pengesahan yang merupakan dasarnya.

Tapak bahasa asing[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu, halaman web dalam Bahasa Melayu adalah lebih diutamakan. Bagaimanapun, mungkin disebabkan oleh kekurangan sumber Bahasa Melayu, pengaitan kepada halaman bahasa Inggeris dan bahasa yang lain boleh dilaksanakan:

  • sewaktu mengaitkan kepada halaman yang mengandungi peta, gambar rajah, foto, jadual; terangkan istilah kekunci dalam pautan, supaya pembaca yang tidak memahami bahasa itu masih boleh mentafsirkannya.
  • umpamanya, jika perkara rencana ialah surat khabar bahasa Sepanyol

Dalam kes-kes tersebut, tunjuklah bahasa tapak itu. Umpamanya:

Jenis fail[sunting | sunting sumber]

Jika pautan itu tidak mengaitkan fail HTML, namakanlah jenis fail itu. Jika pemalam pelayar diperlukan untuk melihat fail, nyatakannya juga.

Saiz fail[sunting | sunting sumber]

Jika pautan adalah dikaitkan kepada fail yang besar (fail html, termasuk imej), nota mengenainya amat berguna. Pengguna yang mempunyai sambungan yang lambat boleh menerima amaran yang wajar dan mungkin memutuskan tidak hendak mengikuti pautan tersebut.