Bukit Rang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Rang ialah sebidang tanah seluas 40 hektar yang terletak di mukim Pulau Tawar, Jerantut, Pahang yang dimajukan sebagai "Rancangan Penempatan Semula Berkelompok" bagi menempatkan generasi kedua penduduk kampung tradisional di daerah Jerantut.

Dr. Ahmad Shukri Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, berkata bahawa rancangan untuk membina 50 unit rumah untuk golongan miskin di kalangan generasi kedua itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Golongan miskin dan kurang upaya yang berumur tidak melebihi 45 tahun akan dipilih untuk menyertai rancangan penempatan semula itu. Gerai dan industri kecil akan dibangunkan di kawasan ini bagi menjana ekonomi penduduknya. Rumah kos rendah dan sederhana juga akan dibina di kawasan ini oleh pihak pemaju yang dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang.