Jerantut
| Jerantut ﺟﺮﻧﺘﻮﺕ |
|||
|---|---|---|---|
|
|||
| Koordinat: 3°55′59″U 102°22′01″T / 3.933°U 102.367°T | |||
| Negara | Malaysia | ||
| Negeri | Pahang | ||
| Daerah | Jerantut | ||
| Kerajaan | |||
| • Pegawai Daerah | YH. Dato' Hj Ismail Bin Hj Mohd Ali | ||
| Kawasan | |||
| • Jumlah | 7,563.46 km2 (2,920.27 sq mi) | ||
| Populasi (2004) | |||
| • Jumlah | 90,000 | ||
| Zon waktu | MST (UTC+8) | ||
| Poskod | 27000 | ||
Jerantut merupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Sepanjang yang diketahui mengikut cerita dan sejarahnya nama Jerantut telah disebut dan digunapakai semenjak zaman dahulu kala iaitu pada masa sebelum pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) Sultan Pahang yang pertama. Sultan Ahmad menaiki takhta memerintah Negeri Pahang selepas selesai perang saudara di antara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir di Pulau Tawar. Wan Ahmad mengatur strategi dan menyerang Pekan dengan bantuan padu dan tenaga yang banyak dan kuat untuk menawan Pulau Tawar dari dikuasai Tun Mutahir, apabila mendapat sokongan besar orang-orang besar kawasan dan ketua-ketua penduduk tempatan dari berbagai puak dan lapisan yang setia kepadanya dari semua kawasan sebelah Ulu Pahang, iaitu dari kawasan Temerloh dan Semantan yang diketuai oleh Pahlawan Dato' Bahaman, dari kawasan Lipis, Jelai dan Semantan Ulu Raub diketuai Dato’ Raja Jelai Wan Mahmud dan dari kawasan Jerantut dan sekitarnya diketuai oleh Dato’ Gajah Iman Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah.
Asal-usul [sunting]
Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".
Tokoh pejuang Melayu [sunting]
Di antara tokoh pejuang Melayu yang menjadi kebanggaan penduduk di Jerantut ini ialah :
- Mat Kilau - Mukim Pular Tawar
- Pawang Nong - Mukim Ulu Cheka
Statistik kawasan [sunting]
Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).
Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :-
- Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
- Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
- Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
- Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
- Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
- Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
- Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan
Tempat perlancongan dan rekreasi [sunting]
Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba Kenong.
Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang Asli, Gunung Tahan, Gunung Benom, dan Pusat Penyelidikan Rafflesia.
Kampung [sunting]
- Mukim Pulau Tawar
- Mukim Ulu Tembeling
- Mukim Kuala Tembeling
- Mukim Teh
- Mukim Damak
- Mukim Pedah
- Mukim Ulu Cheka
- Mukim Burau
- Mukim Tebing Tinggi
- Mukim Tembeling Tengah
- FELDA Kota Gelanggi 1
- FELDA Kota Gelanggi 2
- FELDA Kota Gelanggi 3
- FELDA Kota Gelanggi 4
- FELDA Algicalture Kota Gelanggi 5&6
- Kampung Sungai Mai
- Kampung Sungai Kiol
Pendidikan [sunting]
Sekolah rendah [sunting]
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jerantut
- Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut [1]
- Sekolah Kebangsaan Perian
- Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar
- Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok
- Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat
- Sekolah Kebangsaan Temin
- Sekolah Kebangsaan Jerantut
- Sekolah Kebangsaan Damak
- Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Hulu Cheka
- Sekolah Kebangsaan Felda Padang Piol
- Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Retang
- Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan [2]
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damak
- Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Tekam Utara & Sungai Tekam Getah
- Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi (1,2 & 3)
- Sekolah Kebangsaan Pedah
- Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding
- Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
Sekolah menengah [sunting]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut.
- Sekolah Menengah Padang Saujana
- Sekolah Menengah Temin [3]
- Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
- Sekolah Menengah Pulau Tawar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
- Sekolah Menengah Inderapura
- Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol
- Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Retang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tahan
- Sekolah Menengah Kota Gelanggi 2
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
Loghat daerah Jerantut [sunting]
Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.
Berikut merupakan contoh loghat daerah Jerantut:
Perkataan = Maknanya
- Keh / Kaweh = Saya / aku
- Awok / Di = Awak
- Pedo'oh / Bobok = Tipu / bohong
- Pepalih = Terlebih / terlalu
- Habat = Pengotor
- Mat nya = Kenapa nya
- Kek nya = Tetapi
- Berambi = Senonoh / berhati-hati
- Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
- Kerayai = Takut / cemas / bimbang
- Rodong = Kawan / teman
- Linyar = Permukaan yang licin
- Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
- Meretoh = Tidur
- Gampang = Kata makian / kata cacian
- Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
- Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
- Pandir = Bodoh
- Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
- Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
- Mantol = Pening-pening
- Pepoh = Pukul,hentam
- Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
- Mentekedaghoh = Makan / melahap
- Deme = Mereka / kalian
- Sapai = Habis
- Hamlor = Riang
- Ghobe = Terlalu / teruk
- Nyonyeh = Basah lenjut
- Lodek = Lumpur
- Konyo = Riak wajah
- Lantak = Biarkan
- Lopok = Bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
- Wokme = Mereka / kalian
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- www.Jerantut.com
- Laman web rasmi Majlis Daerah Jerantut
- Portal Perlancongan Jerantut
- Pemaju Jerantut
- Wau Hotel & Cafe Jerantut
- Taman Negara
|
||||||||||||||||||||