Bukti konsep

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dua bot sauk luar pantai menunda Bum (boom) penghalang minyak merentasi air semasa pertunjukkan Bukti Konsep tumpahan minyak dan pemulihan. Bum penghalang minyak adalah halangan terapung, yang digunakan bagi bertindak balas dengan pantas dan mengumpul dan mengembalikan tumpahan minyak luar pantai. Pertunjukkan bukti konsep menumpu pada keupayaan Tentera laut Amerika Syarikat dan negara-negara lain bagi bertindak dan menangani bahan merbahaya di perairan air.

Bukti konsep (proof of concept - POC) atau bukti prinsip adalah perlaksanaan kaedah atau idea tertentu bagi membuktikan kebolehlaksanaan,Investorwords.com atau pertunjukkan prinsip, yang tujuannya bagi mengesahkan bahawa sebahagian konsep atau theori memiliki potensi untuk digunakan. Bukti konsep biasanya kecil dan boleh jadi lengkap atau tidak lengkap.


Sejarah penggunaan[sunting | sunting sumber]

Kemunculan istilah ("proof of concept") dalam arkib akhbar mencadangkan ia telah biasa digunakan seawal 1973.News.google.com

Salah satu takrifan istilah bukti konsep adalah oleh Bruce Carsten dalam konteks "bukti konsep prototaip" dalam kolum "Carsten's Corner":


Kolum itu turut memberikan takrifan bagi istilah berbeza tetapi berkait 'papan reka', 'prototaip', 'prototaip jurutera', and 'papan uji (brassboard)'


Contoh[sunting | sunting sumber]

Dalam pembuatan filem[sunting | sunting sumber]

Sky Captain and the World of Tomorrow, filem 300, dan filem Sin City kesemuanya difilemkan di hadapan layar hijau dengan hampir kesemua keseluruhan latar dan prop dihasilkan oleh komputer. Ketiga-tiga menggunakan bukti konsep filem pendek. Dalam kes Sin City, filem pendek digunakn sebagai prologue kepada filem akhir. ..

Pixar kadang kala mencipta filem animasi pendek yang menggunakan teknik rumit atau tidak pernah diuji. Filem pendek mereka Geri's Game menggunakan teknik bagi animasi kain dan gambaran wajah manusia yang kemudian digunakan dalam filem Toy Story 2. Sama juga, Pixar mencipta beberapa filem pendek sebagai bukti konsep bagi teknik baru untuk pergerakan air, sesungut sea anemone, dan paus yang perlahan-lahan muncul sebagai persediaan bagi pengeluaran filem Finding Nemo.

Dalam kejuruteraan[sunting | sunting sumber]

Dalam kejuruteraan dan teknologi, prototaip kasar bagi idea baru sering dibina sebagai "bukti konsep". Sebagai contoh, konsep kerja bagi peranti eletrik mungkin dibina menggunakan papan reka (breadboard). Permohonan paten sering memerlukan pertunjukkan fungsi sebelum diterima. Sesetengah universiti memiliki pusat bukti konsep bagi memenuhi ruang pembiyaan" bagi "pelaburan awal tahap-pembenihan (seed-stage)" dan "memancu pemasaran ciptaan universiti". Pusat bukti konsep membekalkan "pembiayaan benih bagi membiayai penyelidikan tahap awal, unggul yang sering kali tidak akan di biayai oleh sumber biasa yang lain".http://www.kauffman.org/uploadedFiles/POC_Centers_01242008.pdf


Dalam Pembangunan Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang pembangunan perniagaan dan jualan, seseorang pembekal mungkin membenarkan potensi pelanggan menguji barangan tersebut. Kegunaan bukti konsep ini membantu menentukan kebolehlaksanaan, dan arah sejagat, selain memberikan suap balas bagi belanjawan dan bentuk lain proses membuat keputusan dalaman.

Dalam kes ini, bukti konsep mungkin bererti jurutera jualan khusus akan digunakan bagi memastikan pembekal membuat usaha sebaik mungkin.


Dalam keselamatan[sunting | sunting sumber]

Dalam kedua-dua keselamatan komputer dan enkripsi, bukti konsep merujuk kepada demonstrasi bahawa dari segi prinsip yang membuktikan bagaimana sesuatu sistem boleh dilindungi atau diceroboh, tanpa perlu membina kenderaan yang sempurna berfungsi bagi tujuan tersebut. Winzapper merupakan bukti konsep yang memiliki keupayaan hampir minima yang diperlukan bagi membuang item dipilih dari Log Keselamatan Windows, sungguhpun ia tidak dioptima bagi cara tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]