Buluh
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Buluh | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.
Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buluh, antaranya adalah:-
- buluh akar
- buluh batu/tumpat
- buluh betung
- buluh cina
- buluh duri
- buluh gading
- buluh kasap
- buluh minyak/padang
- buluh peleting
- buluh perindu
- buluh sembilang
- Buluh lemang
[sunting] Gunaan Buluh
Di Indonesia, semasa penjajahan Belanda, pemuda-pemuda Indonesia meruncingkan buluh untuk dijadikan senjata.
[sunting] Peribahasa
Betung mendapat tempat dalam peribahasa Melayu. Antara peribahasa yang melibatkan betung adalah :-
| Bil. | Peribahasa | Maksud |
|---|---|---|
| 1 . | Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. betung = sebangsa buluh besar. |
Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. |
| 2 . | Alah di rumpun betung. | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. |
| 3 . | Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. |
| 4 . | Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. | Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak. |
| 5 . | Bagai membelah betung. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). |
Pendirian yang berat sebelah. |
| 6 . | Berteduh di bawah betung. | Mendapat pertolongan yang tidak memadai. |
| 7 . | Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. |
| 8 . | Betung ditanam aur tumbuh. | Mengharap untung, kiranya mendapat rugi. |
| 9 . | Macam betung seruas. | Terlalu jujur; lurus hati. |
| 10 . | Memijakkan betung sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). |
Pendidikan yang berat sebelah. |