Bunga rampai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunga rampai.
Bunga rampai.

Bunga rampai merupakan sejenis campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis maljlis dan adat istiadat di masyarakat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan Orang Ternama dan sebagainya. Bunga rampai ini memberikan satu aroma keharuman yang memberikan impak kesegaran di sesuatu majlis yang diadakan. Ianya memberikan satu terapi khusus kepada majlis persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin. Kesannya juga amat baik bagi mewujudkan satu perasaan yang aman damai dan ketenangan jiwa kepada yang mendapat baunya.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.