Persatuan Cinta Syria Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari CINTA SYRIA MALAYSIA)
Persatuan Cinta Syria Malaysia
Kerangka
Jenis/bentuk sahpertubuhan bukan kerajaan
No. pendaftaranPPM-014-10-11082014
IndustriKesukarelawanan
Tapak webcintasyriamalaysia.com
Sejarah
Ditubuhkan
  • 2013 (2013) (sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan)
  • 2014 (2014) (sebagai Persatuan Cinta Syria Malaysia)
PengasasMusa Al-Nuwayri
Pengurusan
Ketua pegawai eksekutifMusa Al-Nuwayri
GabunganGabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Prihatin Turkiye-Syria (GPTS)
MyAqsa Defenders
Lokasi
Ibu pejabatBandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanJordan, Turki, Lubnan dan Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Cinta Syria Malaysia (Jawi: ڤرساتوان چينتا سوريا مليسيا, atau CSM) ialah sebuah pertubuhan di Malaysia yang menawarkan khidmat sukarelawan membantu pelarian Syria, khususnya bidang pendidikan.[1] Pertubuhan ini mula ditubuhkan pada 2013 di Mafraq, Jordan[2][3] oleh pengasasnya, Ahmad Musa al-Nuwayri Kamaruzaman.[4] Ia telah didaftarkan di Malaysia sebagai Persatuan Cinta Syria Malaysia pada 2014.[4]

Pada 2021, CSM menjadi anggota gabungan MyAqsa Defenders, sebuah gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia[5] yang ditubuhkan sebagai tindak balas akibat tercetusnya Perang Pedang al-Quds 2021. Pada 2023 pula, CSM bersama-sama beberapa pertubuhan lain menyertai Gabungan Prihatin Turkiye-Syria (GPTS) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan pascagempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria.[6]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Walaupun pernah diuji dengan pelbagai cabaran, pertubuhan ini masih gagah mengorak langkah sehingga tertubuhnya “Sekolah KITA”, iaitu sekolah percuma untuk anak-anak pelarian Syria.

Bukan itu sahaja, persatuan ini juga telah mengorak langkah dengan lebih efektif apabila telah mendapatkan Certification di bawah Management System ISO 9001:2015 (Quality Management System) pada 13 Oktober 2023 di bawah skop Provision Of Humanitarian Aid.

Persatuan ini juga aktif dalam memberikan sumbangan pada setiap tahun terutamanya pada Musim Sejuk, Bulan Ramadan, Hari Raya Qurban dan kegunaan untuk pendidikan.

Penubuhan pusat pendidikan untuk pelarian[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini telah menubuhkan pusat bimbingan alternatif dengan nama "Sekolah KITA" di tiga buah tempat di tiga buah negara iaitu Mafraq di Jordan, Kilis di Turki dan Bangi, Malaysia.[7] Di Malaysia, sekolah ini memberikan perkhidmatan pendidikan akademik holistik secara percuma kepada lebih 80 kanak-kanak pelarian Syria berusia lima hingga 12 tahun.[8]

Moto persatuan ini “Your Help, Their Future” dapat memberi ruang harapan kepada mereka yang memerlukan dalam meneruskan hidup dengan selayaknya.

Fokus Utama[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan
  • Bantuan Kecemasan
  • Kebajikan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hayin, Nor ‘Asyikin Mat (2018-02-28). "6 hari 5 malam dalam lokap". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-05.
  2. ^ Nizam, Mohammad Arif (2017-01-26). "Penuntut Malaysia dihalau dari Jordan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-05.
  3. ^ "Penglibatan artis dalam aktiviti kemanusiaan, dapat salur maklumat tepat". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-05.
  4. ^ a b "Penglibatan artis dalam aktiviti kemanusiaan, salur maklumat tepat". Sinar Harian. 2022-04-25. Dicapai pada 2024-02-05.
  5. ^ "MyAqsa Defenders kumpul RM17.8 juta dana untuk Palestin". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-05.
  6. ^ "GPTS sends humanitarian aid relief team to Turkiye, Syria". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-05.
  7. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2018-02-13). "Sekolah KITA untuk kanak-kanak pelarian Syria". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-05.
  8. ^ "Sekolah KITA untuk kanak-kanak pelarian Syria - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-15. Dicapai pada 2024-02-05.