Cair Paravel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Cair Paravel seperti dalam filem The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe.

Cair Paravel merupakan istana bagi pemerintah Narnia dalam Riwayat Narnia. Di situlah terletaknya empat buah tempat bersemayam bagi Raja Peter Pevensie, Permaisuri Susan Pevensie, Raja Edmund Pevensie dan Permaisuri Lucy Pevensie. Ia juga dianggap sebagai ibu negara atau pusat pentadbiran Negara Narnia.

Pada Zaman Kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Cair Paravel juga disebut-sebut dalam ramalan kuno masyarakat Narnia yang meramalkan akan muncul manusia menggantikan rejim Penyihir Putih apabila mereka ditabalkan menjadi raja di sana.

Apabila darah daging Adam tiba,
Bersemayam di Cair Paravel di singgahsana,
Maka tamatlah zaman bagi angkara murka.

Cair Paravel telah dibina sebelum Zaman Kegemilangan lagi, kemungkinan oleh Raja Frank dan Permaisuri Helen. Kemudian, empat adik-beradik Pevensie memasuki Narnia dan menjadi Raja dan Permaisuri bagi negeri tersebut setelah kalahnya Penyihir Putih. Maka, Cair Paravel menjadi kerusi kehakiman bagi Raja Tinggi Peter.

Cair Paravel merupakan istana yang berada di tepi laut dan mengadap ke Lautan Timur ini dikatakan bagai istana kayangan. Di dalamnya terdapat kamar diraja yang besar, dewan santapan, dan balai penghadapan. Di luarnya juga terdapat kebun yang menghijau yang pernah adik beradik Pevensie menanam kebun mereka pada suatu ketika sebelum ketibaan duta yang menjadi wakil Raja Calormen.

Berbeza dengan istana manusia, Cair Paravel menjadi tempat bagi semua makhluk memandangkan Raja Narnia menjadi tempat semua makhluk Narnia bernaung. Bak kata Susan dalam Putera Caspian:

"Dan aku ingat lagi ketika bermain catur dengan faun dan gergasi yang baik, dan ikan duyung menyanyi di laut dan kuda cantik aku – dan – dan –"

Pembinaan semula[sunting | sunting sumber]

Cair Paravel yang diilustrasikan oleh Pauline Baynes.

Ketika pemerintahan Raja Miraz si Perampas, Cair Paravel menjadi tinggalan, yang kawasannya dahulu adalah semenanjung, kini menjadi pulau yang di kelilingi Sungai Besar Narnia yang mengalir terus ke Lautan Timur. Caspian X telah membina semula pada penghujung pemerintahannya seperti yang ternyata dalam Kerusi Perak.

Ketika zaman Raja Tirian, Cair Paravel telah dikelilingi sebuah bandar dan kemudian dijarah oleh Tisroc dari Calormen. Tisroc hanya sempat menikmatinya bagi tempoh yang singkat memandangkan dunia Narnia dimusnahkan tidak lama kemudian.


Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Narnia | Daratan Liar Utara | Ettinsmoor | Telmar | Archenland | Calormen | Lautan Timur | Kepulauan Lone | Terebinthia | Dunia Bawah | Bism

Watak Makhluk Tempat