Edmund Pevensie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Edmund Pevensie lakonan Skandar Keynes dalam The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe

Edmund Pevensie merupakan watak utama dalam karya C. S. Lewis iaitu Riwayat Narnia. Dia merupakan watak pentiing dalam tiga dari tujuh buah buku (Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, Putera Caspian, dan Pelayaran Pengembara Subuh), dan watak kecil dalam dua lagi iaitu (Kuda dan Budaknya, and Pertarungan Terakhir).



Walaupun pada mulanya, watak Edmund diperkenalkan sebagai seorang watak yang jahat kerana mengkhianati adik-beradiknya sendiri kerana terpengaruh pujukan Penyihir Putih, dia kemudiannya sedar akan kesalahannya dan kembali dengan bantuan Aslan untuk berperang menentang kaum pemberontak. Dengan memenuhi ramalan kuno, Edmund kemudian menjadi Raja Edmund yang Adil, Raja Narnia yang memerintah bersama dengan adik-beradiknya yang lain.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari[sunting | sunting sumber]

Dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, Edmund adalah seorang dari watak utama. Pegarang, yang mengasihani watak Edmund, menyatakan yang Edmund mula berkelakuan biadab sejak memasuki sekolah barunya. Dia selalu menganiaya Lucy apabila Lucy mula-mula menemui Narnia menerusi sebuah almari. Tetapi, apabila dia pula menemui Narnia, dia terserempak dengan Penyihir Putih dan memakan Manisan Turki yang dijampi yang menyebabkannya ketagih. Kerana itu, dia berjanji kepada Penyihir itu untuk membawa adik-beradiknya yang lain ke rumahnya. Malangnya, dia tidak ketahui yang Penyihir itu mahu mereka untuk menghalang dari ramalan kuno Narnia menjadi nyata.

Lebih teruk lagi apabila kembali ke rumah Profesor Kirke, dia menafikan yang dia pernah ke Narnia walaupun Lucy pernah berjumpa dengannya di sana. Kemudian, apabila keempat-empat mereka melobosi almari, Edmund cuba sedaya-upaya untuk membawa mereka ke rumah Penyiihir Putih itu. Malangnya, penangkapan Tumnus melengahkan mereka apabila Encik Memerang mengajak mereka ke rumahnya untuk menyampaikan berita tentang penangkapan Tumnus dan kepulangan Aslan. Apabila malam telah menjelma, Edmund menyelinap keluar ke istana Penyihir Putih itu yang mana dia menjangkakan untuk menjadi putera lantas menjadi raja kerana terpengaruh akan pujukan Penyihir itu.

Edmund memberitahu Penyihir itu akan kedatangan adik-beradiknya, lalu menyertainya mencari adik-beradiknya. Bagaimanapun, pandangannya berubah apabila melihat sekumpulan makhluk yang menikmati jamuan Krismas pemberian Bapa Krismas dijelma kepada batu oleh Penyihir itu kerana mereka tidak mahu menafikan yang Bapa Krismas telah tiba (menunjukkan tamatnya musim sejuk ciptaannya) walaupun Edmund menghalangnya. Kini, apabila dia telah sedar akan kekejaman Penyihir itu, dia telah dijadikan banduan. Penyihir itu bersedia untuk membunuhnya kerana telah itu telah menjadi hak dan tugasnya ke atas setiap pengkhianat, tetapi bantuan Aslan tiba menyelamatkan Edmund lalu membebaskannya dan kembali ke pangkuan adik-beradiknya yang lain. Setelah bercakap panjang dengan Aslan, dia akhirnya insaf.

Edmund ketika Perang Beruna

Pada hari kemudiannya, Penyihir itu menegaskan kembali haknya untuk menuntut nyawa Edmund. Penyihir Putih dan Aslan membuat satu perjanjian yang Aslan akan menggantikan tempat Edmund untuk dibunuh, tetapi Penyihir itu tidak mengetahui yang keajaiban alam akan mengambalikan nyawa Aslan.

Ketika Aslan bersama adik dan kakak Edmund menyelamatkan banduan yang disumpah di istana Penyihir itu, Edmund menyertai Perang Beruna dan memainkan peranan penting apabila dia memusnahkan kuasa tongkat sakti kepunyaan Penyihir itu sehingga mencederakan diri sendiri.

Walau bagaimanapun, dia terselamat daripada maut apabila Lucy menyelamatkannya dengan menggunakan cordial jus Bunga Api. Kemudian, dia bersama adik-beradiknya yang lain memenuhi ramalan dan ditabalkan menjadi Raja Edmund yang Adil, pemerintah bersama dengan Permaisuri Lucy, Permaisuri Susan dan Raja Tertinggi Peter, dan dianugerahkan gelaran Tuan Lantern Waste, Bangsawan Sempadan Barat, dan Panglima Kumpulan Meja yang Mulia.

Putera Caspian[sunting | sunting sumber]

Dalam siri Putera Caspian, Edmund bersama-sama adik-beradiknya yang lain membantu Putera Caspian menjadi Raja Narnia yang sah dengan menggulingkan pemerintahan bapa saudara Caspian, Raja Miraz. Pada kali ini, watak Edmund adalah lebih merendah diri dan patuh.

Kuda dan Budaknya[sunting | sunting sumber]

Dalam Kuda dan Budaknya, Edmund muncul sebagai watak tambahan iaitu sebagai Raja Edmund, Raja Narnia. Permulaan kemunculannya, Edmund menemani kakaknya, Permaisuri Susan ke Tashbaan di Calormen atas permintaan Putera Rabadash yang ingin mengahwini Susan. Walau bagaimanapun, mereka meluat dengan sikap putera itu dan ketika mereka merancang untuk melarikan diri dari Tashbaan, ketika itulah mereka terserempak dengan watak utama iaitu Shasta yang di anggap sebagai Raja Corin. Kemudian, pada penghujung cerita apabila Edmund menemui Shasta sekali lagi, dia mengatakan yang Shasta bukanlah mengkhianat apabila mencuri dengar perbualannya bersama Susan di Tashbaan dulu.

Edmund yang dilakonkan oleh Jonathan R. Scott dalam siri TV BBC

Kemudian, Edmund mengetuai perang untuk menggantikan abangnya, Peter yang berada di utara ketika itu, mempertahankan Anvard dari tentera Calormene yang dipimpin Putera Rabadash untuk menguasai Anvard sebagai jalan mudah untuk menakluki Narnia.

Pelayaran Pengembara Subuh[sunting | sunting sumber]

Dalam Pelayaran Pengembara Subuh, dengan ketiadaa Peter, Edmund harus menerajui perjalanan bersama Raja Caspian X dan mengawal perangai sepupunya, Eustace Scrubb. Pada siri kali ini, Edmund telah mengaku sendiri akan buruknya sikap dia ketika kali pertama datang ke Narnia apabila dia menasihati Eustace yang bersedih setelah pulih dari jelmaannya.

Eustace:"Dan, apa pun, saya mahu minta maaf. Saya risau yang saya telah berkelakuan buruk." Edmund:"Tak mengapa. Antara kita, kamu taklah sejahat saya ketika pertama kali ke Narnia. Kamu hanya teruk tapi saya adalah pengkianat."

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Dalam filem epik 2005 The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe, Edmund yang muda dilakonkan oleh Skandar Keynes manakala watak Edmund yang dewasa oleh Mark Wells. Bagi siri TV terbitan BBC tahun 1988, Edmund dilakonkan oleh Jonathan R. Scott.

Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum

Watak Makhluk Tempat