Caliciviridae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Caliciviridae
Pengelasan virus
Kumpulan: Group IV ((+)ssRNA)
Famili: Caliciviridae
Genus

Vesivirus
Lagovirus
Norovirus
Sapovirus

Caliciviridae merupakan sebuah famili virus, iaitu ahli-ahli Kelas IV skema Baltimore, yang lebih dikenali sebagai kalisivirus. Kalisivirus merupakan RNA bebenang tunggal yang berderia positif dan tidak bersegmen. Kalisivirus ditemui dalam sebilangan jenis hidupan seperti manusia, lembu, babi, kucing, ayam, dolfin, reptilia, dan amfibia. Kalisivirus mempunyai binaan yang ringkas dan tidak bersampul. Kapsidnya kelihatan berbentuk segienam/sfera dan bersimetri ikosahedral dengan diameter 35-39 nm.[1]

Kalisivirus tidak begitu dikaji dengan menyeluruh kerana ia tidak boleh tumbuh dalam kultur, apalagi tiadanya contoh haiwan yang sesuai. Namun begitu, penggunaan teknologi genom terkini telah membolehkan peningkatan pemahaman terhadap famili virus ini.[1] Genom virusnya telah pun ditentukan jujukannya.

Nama kalisivirus adalah bersempena perkataan Latin calyx yang bererti cawan atau piala. Nama ini sesuai kerana kebanyakan strain virus ini nyata mempunyai lekukan seakan cawan.

Famili Caliciviridae merangkumi genus-genus berikut:

Di Australia dan New Zealand, kalisivirus disebarkan secara sengaja untuk mengawal bilangan arnab di negara masing-masing.

Penjangkitan[sunting | sunting sumber]

Pada umumnya, kalisivirus dijangkitkan menerusi laluan tinja mulut, tetapi boleh juga dijangkitkan menerusi laluan pernafasan.

Penyakit manusia[sunting | sunting sumber]

Jangkitan kalisivirus biasanya menyebabkan gastroenteritis akut, iaitu keradangan perut dan usus. Simptom-simptomnya termasuk muntah dan cirit-birit. Simptom-simptom ini timbul selepas masa mengeram selama dua hari, dan biasanya hanya bertahan selama tiga hari. Kebanyakan kejadian jangkitan kalisivirus tidak memerlukan perhatian perubatan, tetapi bagi sesiapa yang terimunokompromi, mereka wajar dikejarkan ke hospital untuk terapi penghidratan semula.

Virus haiwan[sunting | sunting sumber]

Kalisivirus felin (FCV) merupakan salah sejenis patogen terpenting yang boleh menjangkiti kucing. Sapovirus, Norovirus dan Vesivirus pernah dikesan dalam babi, oleh itu babi menarik perhatian khusus dalam kajian patogenesis dan taburan perumah kalisivirus. Norovirus tikus yang pertama, iaitu novovirus murin 1 (MNV-1), ditemui pada tahun 2003. Semenjak itu, berbilang strain novovirus murin telah dikenal pasti lalu diberikan kumpulan gen baru dalam genus Norovirus. Virus penyakit berdarah arnab (rabbit haemorrhagic disease virus, RHDV) merupakan patogen arnab yang menyebabkan masalah besar di seluruh dunia di mana arnab diternak untuk makanan dan bulunya, memberikan sumbangan besar kepada ekologi ekosistem, dan menyokong hidupan liar berharga sebagai sumber makanan.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Hansman, GS (editor) (2010). Caliciviruses: Molecular and Cellular Virology. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-63-9. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]